Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Akademik / FILEM TIGA ABDUL DAN SEJARAH TURKI UTHMANIYAH

FILEM TIGA ABDUL DAN SEJARAH TURKI UTHMANIYAH

Zik · Jun 7, 2020 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp

tiga abdul,

Sejak kecil lagi, kita selalu ditayangkan dengan filem-filem arahan dari pelakon dan pengarah terkenal, Allahyarham Tan Sri P.ramlee. Sukar untuk dilupakan, filem arahannya juga sentiasa mencuit hati kita, lagi-lagi kepada peminat tegar Tan Sri P.Ramlee.

Antara filem P.Ramlee yang terbaik dan best ialah Tiga Abdul. Filem ini mengisahkan tentang seorang hartawan bernama Ismet Ulam Raja yang mempunyai tiga orang anak iaitu Abdul Wahab, Abdul Wahib dan Abdul Wahub. Apa yang kita tahu, tiga adik beradik ni selalu bergaduh. Tapi korang tahu tak, sebenarnya filem Tiga Abdul ni nak tunjukkan suasana sebenar yang berlaku ketika khilafah Turki Uthmaniyah runtuh?

Ismet Ulam Raja tu sebenarnya P.Ramlee nak gambarkan pada kita sebagai ‘Turki Besar’ iaitu asal khilafah Uthmaniyyah. Bila Ismet meninggal dunia, itulah tandanya khalifah jatuh kemudian khilafah ni dipecahkan pulak kepada Tiga Abdul tu.

Golongan pertama ialah Abdul Wahab di mana maksud karakter Abdul Wahab ni golongan Turki tua, macam veteran ataupun orang lama dan cuba bangkitkan balik kegemilangan Turki Uthmaniyyah. Golongan kedua iaitu Abdul wahib ialah Turki muda iaitu geng darah muda, pejuang berjiwa besar. Nak berjuang saja tapi takde ilmu. Yang ketiga Abdul Wahub, tapi kita akan diceritakan kemudian.

Kita pergi kedua-dua abang ni dulu. Bila mana harta dan tanah pemerintahan khilafah itu dipecahkan kepada dua golongan abang itu, datanglah Saddiq Segaraga, dia ni geng orientalis Barat yang cuba jatuhkan lagi turki Uthmaniyyah supaya tak bangkit balik di kalangan rakyat Turki. Bagaimana dia buat?

PROKSI, dia hantar proksi. Dalam filem Tiga Abdul, proksinya adalah anak anak perempuan dia sendiri, Hamidah, Rafidah dan Ghasidah yang dihantar untuk cucuk dua orang abang tu supaya makan diri sendiri, menggadaikan harta dan maruah sendiri.

Macam tulah yang berlaku zaman sekarang, di mana orientalis barat ni memecah belahkan orang Islam. Asalnya memang tiada nama negara, semuanya bahawa khilafah Uthmaniyyah. Tapi bila mana jatuhnya khilafah, seakan akan hilang payung naungan dan tanah-tanah bawah khilafah berpecah belah. Masing-masing ada ketua sendiri. Kalau zaman Islam dulu, kita cuma ada sorang saja ketua iaitu Khalifah di Turki Uthmaniyyah.

Soalnya, Abdul Wahub ni Turki apa? Abdul wahub ni kalau kita tengok cerita dia, ada scene tu dia bermimpi berjumpa ayah dia. Dalam mimpi tu ayah dia kata dia sajalah yang boleh tolong abang-abang dia. Kemudian dia berjumpa dengan seorang peguam Sulaiman akhlaken. Jadi Abdul Wahub pergi ke satu firma Sulaiman Akhlaken, memang betul ada. Dia ke sana nak dapatkan nasihat saja, tapi dapat lebih dari itu iaitu harta peninggalan.

Kalau ikutkan, dia tak dapat bahagian harta dari ayahnya. Tapi bila peguam tu terangkan balik, sebenarnya ada harta luar negara hasil perniagaan ayahnya. Kalau dalam konteks Turki, luar negara tu maksudnya negara-negara luar daripada Turki. Dari situlah nampaknya pembaharuan Turki yang sebenar akan berlaku, di mana negara-negara yang pernah berada di bawah naungan Uthmaniyyah akan naik.

Kalau kita tengok dalam filem sampai habis, Abdul Wahub yang berjaya kalahkan Saddiq Segaraga dan menolong abang-abangnya dan menyelamatkan harta-harta sendiri dari Saddiq Segaraga. Lagi satu, scene anak yatim piatu yang berjalan kat luar bandar menyanyi tolong kami bantu kami tu, sebenarnya P.Ramlee nak tunjuk keadaan kita sekarang. Umat Islam sekarang bila hilangnya khilafah, seakan-akan kita menjadi anak yatim piatu dan kita mencari penaung kita. Takde orang yang kita nak jumpa, dan takde orang yang menaungi kita.

Kiriman Hafiz IV.

Share this on WhatsApp

Akademik, Sejarah filem tiga abdul, FILEM TIGA ABDUL DAN SEJARAH TURKI UTHMANIYAH

About Zik

Berkongsi ilmu tentang, isu semasa, sukan, ekonomi, akademik, bijak wang, lelaki kacak dan peringatan untuk manfaat bersama-sama. Insyallah. Lanjut tentang penulis disini
PERINGATAN!! Pihak Zikri Husaini Dot Com, tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan. So, just be nice ok.

CNY PROMO LAZADA 2024

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.