Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Home

PANDUAN MENULIS KARANGAN SPM

Zik · Apr 3, 2024 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp

karangan cemerlang

Panduan Menulis Pendahuluan Format SPM

Pendahuluan mengandungi

  1. a) Ayat Rangsangan (Tema Karangan) (2-3 ayat)
  2. b) Ayat Arahan (Kata Kunci Soalan) (1 ayat)

Contoh Soalan:

Gejala buli, semakin hari semakin berleluasa. Bincangkan langkah-langkah bagi  membendung masalah ini.

Menurut Kamus Dewan, “buli” membawa maksud perbuatan mendera dan mempermainkan seseorang untuk menyesuaikan diri dengan suasana baharu. “Buli” juga boleh dikaitkan dengan mempermain-mainkan orang, biasanya orang yang lemah untuk mengertak atau menakutkan orang berkenaan dengan menunjukkan kekuatan. Hal ini secara tidak langsung menjadikan mereka yang lemah mematuhi atau menghormati mereka yang kuat. Secara keseluruhnya, gejala buli merangkumi perbuatan yang boleh mendatangkan ketidakselesaan kepada mangsa. (Rangsangan) Bagi memastikan gejala ini tidak terus berlaku, kita perlulah mencari langkah-langkah yang berkesan untuk mengatasinya (Arahan).

(80 perkataan)

—————————————————————————————————————-

Pengenalan (IKTHH) – Cara Menghasilkan Idea untuk Pendahuluan [Read more…] about PANDUAN MENULIS KARANGAN SPM

Share this on WhatsApp

STR FASA 2 , BERMULA 3 APRIL 2024 [Login bantuanhasil.gov.my]

Zik · Apr 1, 2024 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp

STR FASA KEDUA 2024

 

PUTRAJAYA – Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 2 kepada lebih kurang 8.4 juta penerima akan bermula Rabu ini (3 April), seperti yang diumumkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini di putrajaya. Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 2 akan dikreditkan secara berperingkat mulai 3 April 2024. 

STR Fasa 2 akan melibatkan bayaran antara RM100 hingga RM650.

Kementerian Kewangan (MOF) dalam kenyataan hari ini memaklumkan pembayaran itu akan dibuat kepada penerima sedia ada dan penerima baharu yang berdaftar dalam pangkalan data STR melalui pengkreditan ke dalam akaun bank atau disalurkan secara tunai melalui Bank Simpanan Nasional (BSN), dan juga bank yang lain yang telah penerima isi di borang STR online, secara berperingkat, mengikut kategori kelayakan STR masing-masing.

Menurut MOF, mulai 2024 kerajaan mengambil pendekatan baharu untuk membuka pendaftaran STR 2024 sepanjang tahun bagi memberi peluang kepada lebih ramai rakyat mendapat manfaat daripada bantuan kerajaan. [Read more…] about STR FASA 2 , BERMULA 3 APRIL 2024 [Login bantuanhasil.gov.my]

Share this on WhatsApp

KARANGAN, CARA-CARA MEMUPUK AMALAN BERJIMAT CERMAT

Zik · Mar 29, 2024 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp

faedah berjimat cermat

Ini adalah point sahaja. Lain korang pandailah goreng. Ada banyak typo tuh, kena hati-hatilah yer. Haha.

 

Lapan puluh peratus graduan lepasan universiti disenarai hitam merupakan sebahagian daripada petikan akhbar arus perdana yang membuktikan sikap boros telah menyebabkan kerugian pada diri sendiri. Sejak akhir-akhir ini, sikap membazir don boros juga semakin banyak terjadi sepantas ledakan teknologi yang berlaku pada alaf pandemik ini. Kite dapat melihat kegilaan masyarakat membeli barangan claim talian sehingga syarikat-syarikat penghantar barangan menghadepi lambakan barangan yang hendak dihantar ke rumah pelanggan. Iklan-iklan di televisyen semakin kerap. Kesemua ini, menjadi faktor berlakunya pembaziran dan sikap boros dalam diri masyarakat. Oleh itu, usaha perlu dilakukan untuk menyekat nafsu berbelanja dalam tempoh kritikal ini,

Dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), ibu bapa seharusnya mengambil peluang keemasan ini dengan memupuk amalan berjimat cermat kerana kebanyakan ibu bapa bekerja dari rumah. Mereka mestilah menjadi contoh kepada anak-anak dengan menunjukkan cmalan berjimat cermat. Ibu bapa hendaklah memastikan anak-anak menutup suis lampu atau kipas apabila keluar dari bilik. Begitu juga dengan penggunaan air. Ibu bapa pula hendaklah menyediakan juadah untuk keluarga mengikut keperivan. Amalan ini dapat mengurangkan sikap suka membeli makanan di luar atau menempah makan secara dalam talian. Oleh itu, ibu bapalah menjadi penentu dalam memupuk amalan berjimat cermat. [Read more…] about KARANGAN, CARA-CARA MEMUPUK AMALAN BERJIMAT CERMAT

Share this on WhatsApp
  • « Go to Previous Page
  • Page 1
  • Interim pages omitted …
  • Page 50
  • Page 51
  • Page 52
  • Page 53
  • Page 54
  • Interim pages omitted …
  • Page 2167
  • Go to Next Page »

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.