
Berita baik buat mereka yang telah lulus permohonan Geran Khas Prihatin 3.0. Ada yang sudah ramai dapat. Ada juga yang belum dapat.
Kebanyakkannya dari bank Cimb. [Read more…] about GKP 3.0 (Permai) Sudah masuk, semak sekarang!
Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss
Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024
Zik · · Leave a Comment

Berita baik buat mereka yang telah lulus permohonan Geran Khas Prihatin 3.0. Ada yang sudah ramai dapat. Ada juga yang belum dapat.
Kebanyakkannya dari bank Cimb. [Read more…] about GKP 3.0 (Permai) Sudah masuk, semak sekarang!
Zik · · Leave a Comment

KUALA LUMPUR: Sambutan Hari Polis ke-214 hari ini. Apa yang penting ialah Kerjaya Sebagai Polis bukanlah sesuatu yang mudah. Mereka jugalah frontliner yang bertugas mengawal pergerakan rakyat malaysia. Membuat sekatan jalan, berhujan panas. Macam-macam tugas polis.
Sang Saka Biru.
Terima kasih kepada petugas barisan hadapan yang bersama-sama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Sambutan Hari Polis tahun ini diadakan di Pusat Latihan Polis (Pulapol), Kuala Lumpur dengan mengekalkan tema ‘Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada’.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador, merakam penghargaan kepada seluruh warganya atas dedikasi mantap yang diberikan mereka.
Perbarisan kawalan kehormat oleh anggota dan pegawai serta pelbagai aset PDRM dijalankan dalam suasana pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.
Turut hadir dalam sambutan itu, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Bekas Ketua Polis Negara, Tun Mohamed Hanif Omar , Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin, Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Datuk Seri Affendi Buang dan Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Mohd Zuki Ali.
[Read more…] about Selamat hari Polis yang ke 214, Polis dan Masyarakat berpisah tiada 2021
Zik · · Leave a Comment

Penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) bagi setiap isi rumah yang mempunyai anak bersekolah, akan menerima subsidi pembelian telefon pintar atau peranti baharu sebanyak RM300.
Masalah yang timbul ialah:
Ketika pandemik Covid-19 berlaku, ia memperlihatkan hampir semua urusan penting perlu dilakukan dalam talian. Contohnya pada awal tahun kelas anak-anak kita nak buat kelas secara online, PDPR (Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah Online).
Keadaan ini memaksa kita untuk mempunyai Internet dan peranti yang baik – supaya line internet yang kita lawati atau tengah online berjalan lancar. Tak naklah tiba-tiba internet tersekat untuk melakukan kerja-kerja penting. Bukan line internet sahaja, mungkin ada yang diantara mereka yang kurang bernasib baik, ada gajet , tetapi terpaksa berkongsi dengan adik beradik yang ramai, demi nak belajar nih.
Kali ini, kerajaan benar-benar prihatin mahu kurangkan beban seterusnya dapat membantu kita mengatasi masalah peranti yang bermasalah.
PEMERKASA
Melalui Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA), kerajaan akan memberikan subsidi sebanyak RM300 kepada isi rumah yang mempunyai anak bersekolah bagi membeli telefon pintar atau peranti baharu.
Bantuan itu sekaligus menambahbaik subsidi telefon pintar sebelum ini yang hanya berjumlah RM180, seperti yang diumumkan di bawah Belanjawan 2021. Ia juga melibatkan peruntukan sehingga RM2 bilion dan dijangka akan mula dilancarkan pada Mei depan.
Merapatkan jurang diigital dikalangan golongan b40.
Menurut Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin – subsidi berkenaan diperkenalkan bagi merapatkan jurang digital di kalangan golongan B40 dan menyokong agenda pendigitalan negara.
PM seru syarikat telekomunikasi tawar pakej internet mampu milik.
Dalam masa sama, dalam ucapan beliau ada menyeru syarikat-syarikat telekomunikasi supaya dapat menawarkan pakej internet mampu milik dan meneruskan kuota tambahan.
5G selewat-lewatnya hujung tahun ini.
Tambahnya lagi, perkhidmatan 5G di negara ini dijangka akan beroperasi secara berperingkat bermula pada hujung tahun ini, selaras dengan agenda di bawah Rangka Kerja MyDIGITAL dan Ekonomi Digital Malaysia.
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) turut memperuntuk RM3.2 bilion pada tahun ini di bawah Kumpulan Wang Pemberian Perkhidmatan Sejagat, bagi menaik taraf stesen pemancar sedia ada dan menyediakan capaian gentian optik ke premis berkaitan.
“Seterusnya, SKMM akan memperkenal program MyBAIKHATI dengan kerjasama pihak syarikat telekomunikasi sebagai inisiatif ‘crowdsourcing’ peranti. Program ini akan dimulakan dengan penganjuran kempen kutipan peranti terpakai seperti komputer riba yang akan dibaik pulih dan diagihkan kepada, antara lain Pusat Internet Komuniti dan pertubuhan komuniti.” – Muhyiddin Yassin, petikan dari Berita Harian.
Setakat ini, kami tak tahu lagi bagaimana ia boleh dipohon, tapi kami akan beritahu korang dari masa ke semasa. Apa-apa pun, kami rasa ia adalah satu usaha baik dari kerajaan untuk bantu mereka yang kurang berkemampuan membeli telefon bimbit.
Semoga bantuan seperti ini akan membantu meringankan beban keluarga yang kurang berkemampuan.