Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Home

Pemberian rm300 untuk beli telepon pintar b40-pemerkasa 2021

Zik · Mar 24, 2021 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp

Subsidi Rm 300 beli telepon pintar

Penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) bagi setiap isi rumah yang mempunyai anak bersekolah, akan menerima subsidi pembelian telefon pintar atau peranti baharu sebanyak RM300.

Masalah yang timbul ialah: 

Ketika pandemik Covid-19 berlaku, ia memperlihatkan hampir semua urusan penting perlu dilakukan dalam talian. Contohnya pada awal tahun kelas anak-anak kita nak buat kelas secara online, PDPR (Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah Online).

Keadaan ini memaksa kita untuk mempunyai Internet dan peranti yang baik – supaya line internet yang kita lawati atau tengah online berjalan lancar. Tak naklah tiba-tiba internet tersekat untuk melakukan kerja-kerja penting. Bukan line internet sahaja, mungkin ada yang diantara mereka yang kurang bernasib baik, ada gajet , tetapi terpaksa berkongsi dengan adik beradik yang ramai, demi nak belajar nih.

  1. Gajet takda,(handphone)
  2. Ada,tapi tak cukup. Nak kena kongsi dengan adik beradik yang lain.
  3. Capaian internet, kadar internet yang terlalu mahal.

Kali ini, kerajaan benar-benar prihatin mahu kurangkan beban seterusnya dapat membantu kita mengatasi masalah peranti yang bermasalah.

PEMERKASA

Melalui Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA), kerajaan akan memberikan subsidi sebanyak RM300 kepada isi rumah yang mempunyai anak bersekolah bagi membeli telefon pintar atau peranti baharu.

Bantuan itu sekaligus menambahbaik subsidi telefon pintar sebelum ini yang hanya berjumlah RM180, seperti yang diumumkan di bawah Belanjawan 2021. Ia juga melibatkan peruntukan sehingga RM2 bilion dan dijangka akan mula dilancarkan pada Mei depan.

Merapatkan jurang diigital dikalangan golongan b40. 

Menurut Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin – subsidi berkenaan diperkenalkan bagi merapatkan jurang digital di kalangan golongan B40 dan menyokong agenda pendigitalan negara.

PM seru syarikat telekomunikasi tawar pakej internet mampu milik. 

Dalam masa sama, dalam ucapan beliau ada menyeru syarikat-syarikat telekomunikasi supaya dapat menawarkan pakej internet mampu milik dan meneruskan kuota tambahan.

5G selewat-lewatnya hujung tahun ini. 

Tambahnya lagi, perkhidmatan 5G di negara ini dijangka akan beroperasi secara berperingkat bermula pada hujung tahun ini, selaras dengan agenda di bawah Rangka Kerja MyDIGITAL dan Ekonomi Digital Malaysia.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) turut memperuntuk RM3.2 bilion pada tahun ini di bawah Kumpulan Wang Pemberian Perkhidmatan Sejagat, bagi menaik taraf stesen pemancar sedia ada dan menyediakan capaian gentian optik ke premis berkaitan.

 

“Seterusnya, SKMM akan memperkenal program MyBAIKHATI dengan kerjasama pihak syarikat telekomunikasi sebagai inisiatif ‘crowdsourcing’ peranti. Program ini akan dimulakan dengan penganjuran kempen kutipan peranti terpakai seperti komputer riba yang akan dibaik pulih dan diagihkan kepada, antara lain Pusat Internet Komuniti dan pertubuhan komuniti.” – Muhyiddin Yassin, petikan dari Berita Harian.

Setakat ini, kami tak tahu lagi bagaimana ia boleh dipohon, tapi kami akan beritahu korang dari masa ke semasa. Apa-apa pun, kami rasa ia adalah satu usaha baik dari kerajaan untuk bantu mereka yang kurang berkemampuan membeli telefon bimbit.

Semoga bantuan seperti ini akan membantu meringankan beban keluarga yang kurang berkemampuan.

 

 

Share this on WhatsApp

Cara Semak kelulusan Gkp 3.0 (PERMAI)

Zik · Mar 24, 2021 · 1 Comment

Share this on WhatsApp

Gk0 3.0

 

Kenyataan Media – RM883 JUTA BAYARAN GKP TAMBAHAN KEPADA 900,000 PKS MIKRO DISALURKAN MULAI 25 MAC 2021

Di bawah Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI), Kerajaan betul-betul serius untuk membantu mereka yang terkesan dalam memulihkan ekonomi rakyat. Jadinya baru-baru ini perdana menteri telah mengumumkan bantuan kewangan secara one-off sebanyak RM1,000 melalui Geran Khas Prihatin (GKP) Tambahan kepada PKS mikro di 12 negeri Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berkuatkuasa pada bulan Januari dan Februari 2021 serta RM500 kepada PKS mikro di negeri bukan PKP. GKP Tambahan ini bertujuan meringankan beban kewangan perniagaan ekoran penularan wabak COVID-19 dan bagi meningkatkan produktiviti pengeluaran dan perkhidmatan PKS mikro..

GKP 1.0 dan 2.0 akan dapat RM 1000/500.

Sukacita dimaklumkan bahawa semua PKS mikro yang telah diluluskan di bawah GKP 1.0 dan GKP 2.0 sebelum ini akan menerima bayaran GKP Tambahan mulai 25 Mac 2021 melibatkan implikasi kewangan sebanyak RM883 juta. Pembayaran akan dikreditkan terus ke akaun bank yang didaftarkan dalam sistem GKP dan semakan status kelulusan boleh dibuat mulai 24 Mac 2021 di Portal GKP, iaitu https://gkp.hasil.gov.my .

 

Mengambil kira GKP 1.0, GKP 2.0 dan GKP Tambahan yang diluluskan, jumlah keseluruhan penerima GKP adalah hampir 900,000 PKS mikro dengan jumlah bantuan kewangan sebanyak RM3.58 bilion.

Cara nak semak GKP 3.0 lulus atau tidak.

Terus login ke laman GKP

GKP login. 

  1. Masukkan details anda seperti biasa bagi yang sudah ada akaun GKP yang sudah lulus tuh.

ID Pengguna. ( no IC anda) .

gkp login semak permai rm1000

2. Tekan butang semak, pastikan no kad pengenalan anda adalah betul.

gkp permai 2021

3. Adakah ini kata kunci keselamatan anda, tekan ya jika betul. Dia ada keluar kata kunci keselamatan yang korang dah setkan. Klaau salah, tekan tidak . Buat semula, mungkin korang salah masuk no IC agaknyalah.

gkp permai 3.0

4. Kemudian, masukkan no kata kunci anda (password). Dah ok, semua. Tekan Butang Log Masuk.

 

gkp 3.0 permai sudah masuk

5. Kalau lulus seperti diatas ini , dapatlah RM 1000.00 . Dijangka akan dapat pada 25 mac 2021 seperti yang telah dimaklumkan kementerian kewangan.

Cara Memohon GKP 3.0 

Pemohon yang ingin membuat permohonan boleh melakukan perkara tersebut menerusi laman web https://gkp.hasil.gov.my mulai 1 April 2021.

Proses Pembayaran. 

Bagi permohonan yang lulus, bantuan tersebut akan dikreditkan terus ke akaun pemohon. Jadinya, semua pemohon perlu memastikan bahawa akaun bank yang didaftarkan mestilah masih lagi aktif bagi mengelakkan sebarang masalah.

Maklumat Lanjut. 

Sebarang maklumat atau pertanyaan lanjut mengenai GKP 3.0, sila hubungi Hasil Care Line di talian 03-8911 1000/603-8911 1100 (Luar Negara).

Share this on WhatsApp

Reaksi Shahrom Kalam selepas pemain JDT menyerang pengadil menentang Perak

Zik · Mar 23, 2021 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp
shahrom kalam,
Ulasan shahrom sangat matang.. cara berkomunikasi, lontaran kata-kata dan penggunaan bahasa sangat baik.. Ada beberapa isu yang dibualkan mengenai keputusan pengadil yang agak berat sebelah.
Ikuti temubual shahrom Kalam bersama dayang mengenai liga super yang berlaku pada minggu lepas.  Mengenai prestasi pasukan selangor , baru terapkan DNA germany.  Terengganu kalah dengan Sabah, terengganu adakah mampu untuk memberi tentangan yang hebat buat pasukan JDT untuk musim ini.
Masalah konsistensi diantara pasukan , mungkin ketiadaan Da silva yang mengalami kecederaan pada perlawanan yang hari tuh takda main. So untuk perlawanan yang akan datang, mungkin kekuatan pasukan terengganu akan kembali on form.

[Read more…] about Reaksi Shahrom Kalam selepas pemain JDT menyerang pengadil menentang Perak

Share this on WhatsApp
  • « Go to Previous Page
  • Page 1
  • Interim pages omitted …
  • Page 499
  • Page 500
  • Page 501
  • Page 502
  • Page 503
  • Interim pages omitted …
  • Page 2164
  • Go to Next Page »

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.