
Satu berita baik buat seluruh peminat bola sepak tempatan, apabila Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican mengesahkan, penonton akan mula dibenar menyaksikan perlawanan Liga Malaysia (Liga-M) di stadium bermula 6 April ini.
Ini selepas Reezal Merican turun menonton perlawanan projek perintis kemasukan penonton ke stadium antara Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Melaka United FC di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, kelmarin, demikian menurut kenyataan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) tempohari.
Kenyataan itu menyebut pengawasan serta pematuhan prosedur operasi standard (SOP) di Stadium Sultan Ibrahim, menyakinkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk memberi lampu hijau kepada MFL dalam membenarkan kembali kemasukan penonton. [Read more…] about Penonton dibenar masuk stadium mulai 6 April 2021-Liga Malaysia

