Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Home

Cheng Hoe gembira pemain kerja keras sehingga ke akhir perlawanan- kelayakan piala dunia 2022

Zik · Jun 17, 2021 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp

tan cheng ho,

Biarpun kita dah tidak layak untuk mara, tetapi game yang last ini penting untuk semua untuk naikkan semula morale semua pemain dan juga jurulatih untuk meneruskan kemaraan dalam pusingan ketiga dalam kempen piala asia 2023, china sebagai tuan rumah.

Ketua Jurulatih Harimau Malaya Tan Cheng Hoe gembira, atas kerja keras dan kemenangan 1-0 anak buahnya ke atas Thailand dalam kempen kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Stadium Al Maktoum, Dubai, pada Selasa Malam (awal pagi Rabu di Malaysia).

Cheng Hoe memuji prestasi baik dan komitmen pemainnya atas kejayaan mendapat tiga mata dalam perlawanan hidup atau mati menentang pasukan Thailand itu, sekali gus memastikan pasukan negara mendapat tempat dalam pusingan selanjutnya pada Kelayakan Piala Asia 2023.

“Ia tentunya satu perlawanan yang sukar untuk kami, pemain berusaha bermatian bagi mengelakkan Thailand menjaringkan gol sehingga ke saat pengadil meniupkan wisel (penamat),” katanya pada sidang media selepas perlawanan di Dubai seperti yang dikongsikan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) hari ini.

Muhammad Safawi Rasid yang masuk pada separuh masa kedua menjadi wira Harimau Malaya, apabila beliau menjaringkan satu-satunya gol, menerusi sepakan penalti pada minit ke-52.

Gembira tetapi peluang terhidang gagal dapat gol , harapkan jenalti. [Read more…] about Cheng Hoe gembira pemain kerja keras sehingga ke akhir perlawanan- kelayakan piala dunia 2022
Share this on WhatsApp

Telefon kualiti rendah: Kalau dibagi sardin, takkan kita minta ayam – MB Perak

Zik · Jun 17, 2021 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp

menteri besar perak sa'rani

 

Menteri Besar Perak Saarani Mohamad mempertahankan tindakan kerajaan negeri mengedarkan 20,000 telefon pintar kepada pelajar, ekoran kritikan bahawa peranti yang diedarkan itu tidak sesuai untuk pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR).

Dalam satu sidang media dalam talian tengah hari ini, dia menjelaskan bahawa telefon itu bukanlah dibeli menggunakan dana awam, sebaliknya merupakan sumbangan daripada Yayasan YTL.

Majlis mesyuarat kerajaan negeri Perak telah meluluskan pengedaran itu selepas diberikan taklimat oleh pihak yayasan dan memutuskan bahawa model telefon itu sesuai digunakan untuk PdPR.

Telefon yang menjadi pertikaian dikenal pasti sebagai telefon model YES Altitude 3 yang dijual oleh YTL Communications. Antara spesifikasinya ialah skrin 5 inci, resolusi 854×480 piksel, pemproses 1.3GHz, 1GB RAM dan 8GB storan. Telefon itu diedarkan kepada pelajar daripada keluarga B40 di bawah inisiatif “Tuisyen Cikgu Saarani”, yang dinamakan bersempena nama Saarani.

“Bila kita susah, orang nak sedekah kita terima. Tak adalah demand-demand (meminta itu dan ini) kan?

“Kalau masa kita tengah susah ni, orang bagi ikan sardin, ikan sardinlah kita makan. Tak ada kita (minta) nak makan ayam pula.

“Itulah ceritanya. Jadi nak gambarkan bahawa telefon pintar itu diberi secara percuma dan kami menerimanya dan kami telah pun mengedarkan kepada pelajar-pelajar.

“Saya sangat-sangat berterima kasih kepada Yayasan YTL dan mengalu-alukan mana-mana lagi syarikat yang (mahu) berkolaborasi nak bagi sumbangan secara percuma kepada kerajaan negeri khususnya kepada orang miskin dalam apa juga bentuk bantuan untuk tujuan pelajaran,” katanya.

Tambahnya, kerajaan negeri telah menerima 13,000 telefon daripada 20,000 yang dijanjikan. Setiap peranti dilengkapi dengan pelan data internet selama 12 bulan.

Pejabat pendidikan daerah telah ditugaskan untuk menentukan pelajar yang akan menerima telefon pintar percuma itu. [Read more…] about Telefon kualiti rendah: Kalau dibagi sardin, takkan kita minta ayam – MB Perak

Share this on WhatsApp

Video goal highlights italy 3-0 Switzerland euro 17.6.2021

Zik · Jun 17, 2021 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp

euro, euro 2020,

Pasukan italy pasukan pertama yang mengesahkan tempat mara ke peringkat pusingan round of 16 apabila mengutip tiga mata penuh pada perlawanan yang kedua awal pagi tadi menewaskan switzerland 3-0.  Setakat ini 6 gol, bolos takda lagi.

KEDUDUKAN KUMPULAN A. 

  1. ITALY 6 MATA
  2. WALES 4 MATA
  3. SWITZERLAND 1 MATA
  4. TURKEY 0 MATA

KEPUTUSAN PENUH

ITALY 3-0 SWITZERLAND [Read more…] about Video goal highlights italy 3-0 Switzerland euro 17.6.2021

Share this on WhatsApp
  • « Go to Previous Page
  • Page 1
  • Interim pages omitted …
  • Page 457
  • Page 458
  • Page 459
  • Page 460
  • Page 461
  • Interim pages omitted …
  • Page 2173
  • Go to Next Page »

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.