Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Home

Nadi Eriksen terhenti, Doktor- Denmark vs Finland euro 2020

Zik · Jun 13, 2021 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp

nadi erikson

Cemas game awal pagi (waktu malaysia) Apabila doktor pasukan Denmark menyifatkan ia pengalaman yang mengerikan selepas mendapati nadi Christian Eriksen terhenti ketika pasukan perubatan bertungkus-lumus bagi menyelamatkannya di hadapan pemain dan penonton yang berada dalam keadaan trauma.

Pemain inter milan rebah. 

Pasukan perubatan terpaksa memberikan bantuan pernafasan kecemasan (CPR) kepada pemain tengah Inter Milan itu selepas dia rebah ketika aksi Denmark menentang Finland dalam saingan Euro 2020, awal pagi tadi.

Bagaimanapun, Eriksen kini dilaporkan sudah sedarkan diri dan dalam keadaan stabil selepas menerima rawatan di hospital di Copenhagen.

“Kami dipanggil ke dalam padang apabila Christian rebah, ketika itu sangat jelas yang dia tidak sedarkan diri,” kata doktor, Martin Boesen ketika sidang media.

“Apabila saya tiba dia bernafas dan saya dapat berasakan nadinya, tetapi secara tiba-tiba ia berubah dan seperti yang semua nampak kami mula memberikannya CPR.

“Bantuan diberikan sangat pantas daripada pasukan perubatan, kakitangan pasukan dan kerjasama semua pihak dengan kami melakukan apa yang perlu dilakukan. Akhirnya, kami berjaya mendapatkan Christian kembali.”

Sementara itu, jurulatih Denmark, Kasper Hjulmand memuji barisan pemainnya apabila mereka bersetuju kembali ke padang dan menamatkan perlawanan biarpun selepas melalui pengalaman yang mengerikan.

eriskson dibawa ke hospital rawatan susulan

Erikson dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut.

Denmark bagaimanapun tewas 0-1 dalam aksi pertama Kumpulan B itu.

“Semua orang bersetuju untuk bermain dan apa yang kami cuba lakukan sangat menakjubkan.

“Mereka pada mulanya membuat keputusan untuk tidak melakukan apa-apa sehingga Christian kembali sedarkan diri.

“Jadi, kami mempunyai dua pilihan, sama ada menamatkan perlawanan malam ini atau bermain pada tengah hari esok. Semua orang bersetuju untuk bermain hari ini,” katanya yang penuh emosi. – AFP

CREDIT TO bharian.com.my
Share this on WhatsApp

Keputusan dan Kedudukan terkini carta Piala Euro 2020/21

Zik · Jun 13, 2021 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp

euro, euro 2020,

Perlawanan euro 2021 sudahpun melabuhkan tirainya dalam beberapa hari yang lepas. Uniknya untuk kejohanan kali ini berlangsung 12 negara. Memandang kita masih lagi bergelut dengan Pandemik, namun kali ini kita lebih bersedia dari segi SOP dan juga ianya juga pendapatan buat pemain bola dan juga banyak pihak yang terlibat untuk menjana ekonomi, EURO 2020 ini harus diteruskan. Ada beberapa insiden yang berlaku sepanjang EURO 2020 ini berlansung tetapi kita harap dapat diteruskan kejohanan ini.

Kita akan kemaskini KEPUTUSAN TERKINI CARTA KUMPULAN A,B,C,D, E, F, G dan kedudukan ketiga, 4 terbaik yang layak mara ke peringkat kalah mati , best of 16. [Read more…] about Keputusan dan Kedudukan terkini carta Piala Euro 2020/21

Share this on WhatsApp

Bola sepak kerja berpasukan, jangan salahkan pemain tertentu – Tan Cheng Hoe

Zik · Jun 13, 2021 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp
tan cheng ho,
KUALA LUMPUR: Ketua jurulatih Harimau Malaya Tan Cheng Hoe mengambil pendirian tidak mahu menyalahkan mana-mana pemainnya atas kekalahan 1-2 skuad negara menentang Vietnam di Al Maktoum Stadium di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) awal hari semalam.
Bagaimanapun, Cheng Hoe yang kehilangan ayahnya kira-kira 12 jam sebelum sepak mula, berkata bola sepak merupakan kerja berpasukan dan berharap anak buahnya akan berusaha meningkatkan prestasi dan bermain sebagai satu pasukan untuk muncul sebagai skuad yang hebat pada masa depan.
Bapanya, Tan Chooi Siak, 95, meninggal dunia kerana sakit tua pada kira-kira 12 tengah hari semalam, di Alor Setar, Kedah.

[Read more…] about Bola sepak kerja berpasukan, jangan salahkan pemain tertentu – Tan Cheng Hoe

Share this on WhatsApp
  • « Go to Previous Page
  • Page 1
  • Interim pages omitted …
  • Page 454
  • Page 455
  • Page 456
  • Page 457
  • Page 458
  • Interim pages omitted …
  • Page 2165
  • Go to Next Page »

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.