Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Home

England hantar Germany pulang awal , menang 2-0 EURO 2020

Zik · Jun 30, 2021 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp

sterling

London: Raheem Sterling dan Harry Kane menjaringkan dua gol pada babak kedua bagi membantu England menewaskan musuh lama, Jerman 2-0 di Wembley, hari  ini, sekali gus mara ke suku akhir Euro 2020.

Skuad the Three Lions itu akan menentang pemenang perlawanan antara Sweden dan Ukraine di suku akhir.

ENGLAND menempah tempat ke saingan suku akhir Euro 2020 selepas menewaskan Jerman 2-0 dalam pusingan 16 pasukan terakhir di Stadium Wembley pada awal pagi Rabu.

Sterling dan Harry Kane pemusnah GERMANY 

Raheem Sterling dan Harry Kane menjadi pemusnah dengan kedua-dua pemain itu meledak gol pada separuh masa kedua sekali gus menamatkan badi kemenangan England ke atas Jerman dalam semua kejohanan utama sejak 1966.

Aksi separuh masa pertama berlangsung seimbang apabila kedua-dua pasukan mempunyai peluang untuk menjaringkan gol dengan percubaan terbaik buat Jerman hadir pada minit ke-33 selepas Timo Werner menerima lorongan cantik daripada Kai Havertz.Namun, penyerang Chelsea itu gagal menyudahkan peluang tersebut selepas percubaan leretnya bijak dibaca oleh penjaga gol England, Jordan Pickford.

Manakala, peluang terbaik England pula muncul di penghujung babak pertama selepas Sterling memintas hantaran kebelakang oleh pemain tengah Jerman, Thomas Muller sebelum melorongkan bola kepada Kane.

Bagaimanapun, sentuhan pertama Kane terlalu jauh dan sempat dikeluarkan oleh pertahanan Jerman Mats Hummels pada ketika penjaga gol skuad Die Mannschaft, Manuel Neuer sudah tertewas.

Gol yang dinanti-nantikan oleh England muncul jua melalui jaringan Sterling yang tenang menyudahkan hantaran Luke Shaw pada minit ke-75.

[Read more…] about England hantar Germany pulang awal , menang 2-0 EURO 2020

Share this on WhatsApp

Keputusan terkini Sweden vs Ukraine 30.6.2021

Zik · Jun 30, 2021 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp

euro, euro 2020,

Pasukan England sudah menempah tiket suku akhir dalam saingan euro 2020. Baru sahaja tadi menewaskan pasukan yang sangat hebat, germany 2-0. Bukan senang beb nak lawan dengan germany nih. Apepun perlawanan sekarang ini diantara pasukan Sweden vs Ukraine kita kena tengok jugalah. Lagi satu pasukan manakah yang akan melangkah ke pusingan suku akhir saingan euro 2020.

Keputusan terkini SWEDEN VS UKRAINE 30.6.2021

[Read more…] about Keputusan terkini Sweden vs Ukraine 30.6.2021

Share this on WhatsApp

8 Pasukan mara ke pusingan suku akhir EURO 2020

Zik · Jun 29, 2021 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp

euro, euro 2020,

Macam-macam dugaan sebelum mereka mara ke peringkat suku akhir. Nama-nama besar dalam bolasepak pun ada yang sudah terkandas, apatah lagi penyandang juara dan juga juara piala dunia edisi yang lepas pun tersingkir. Kalah tipis dan kalah besar pun ada. Jom kita tengok pasukan yang sudah mengesahkan ke peringkat suku akhir piala euro 2020.

  1. BELGIUM
  2. ITALY
  3. SWITZERLAND
  4. SPAIN
  5. CZECH REPUBLIC
  6. DENMARK
  7. ENGLAND
  8. UKRAINE

[Read more…] about 8 Pasukan mara ke pusingan suku akhir EURO 2020

Share this on WhatsApp
  • « Go to Previous Page
  • Page 1
  • Interim pages omitted …
  • Page 435
  • Page 436
  • Page 437
  • Page 438
  • Page 439
  • Interim pages omitted …
  • Page 2173
  • Go to Next Page »

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.