Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Home

Negeri 9 menjulang piala FA Malaysia!

Zik · Apr 25, 2010 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp

Salam semua. Berita gembira buat peminat bola sepak tanahair kita. Lebih- lebih lagi kepada skuad Rusa,  Hoben Jang Hoben.

“Ini peluang keemasan untuk skuad Negeri Sembilan membawa pulang Piala FA dan saya akan pastikan impian itu tertunai”
Pendapat anda mengenai perlawanan akhir Negeri 9 VS Kedah, FA baru-baru ini?survey software

KUALA LUMPUR: Negeri Sembilan juara Piala FA berjaya menewaskan Kedah 5-4 menerusi tendangan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1 pada perlawanan final di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam semalam.

Perlawanan berlarutan hingga ke penentuan sepakan penalti apabila kedua – dua pasukan terikat seri 1 – 1 selepas 90 minit perlawanan sebenar dan tambahan masa 30 minit.

Sumber: –  bernama.

Kepada pasukan yang kalah, pasukan kedah,  jangan mudah jangan mudah putus asa ok! . Kepada skuad,  Hoben Jang Hoben tahniah zik ucapkan, harap kekalkan prestasi untuk musim-musim yang akan datang.

Walaupun corak permainan dilihat kelihatan agak hambar. Untuk separuh masa pertama dan kedua. Namun banyak juga percubaan yang menarik cuba ditonjolkan dari kedua-dua pihak belah lawan. [Read more…] about Negeri 9 menjulang piala FA Malaysia!

Share this on WhatsApp

Cara Menghadapi Persaingan dalam business (perniagaan), Tanpa Menurunkan Harga

Zik · Apr 24, 2010 · 1 Comment

Share this on WhatsApp

Bukan mudah untuk terus bertahan dalam bidang perniagaan, kalau takda strategi yang mantap dan leader yang berfikiran jauh (Visionary).

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dalam setiap business/perniagaan, kita tidak akan lepas dari persaingan. Apatah lagi sekiranya perniagaan yang kita usahakan itu berjaya (takdala macam otai2 tuh), tentu pesaing-pesaing baru akan ikut kita punya strategi. Sejujurnya kita tidak boleh lokek dalam berkongsi idea untuk sama-sama berkembang maju. Strategi yang biasa digunakan para businessman/women, dalam menghadapi persaingan adalah perang harga.

Persoalannya, jika melancarkan kita perang harga, maka kita harus sedia untuk kehilangan sebahagian keuntungan dalam menampung kos-kos operasi yang lain. Dan perang harga yang berpanjangan ini sebenarnya  hanya akan ‘merosakkan’ ataupun mematikan perniagaan kita secara keseluruhan.

Jadi bagaimana cara menghadapi persaingan dalam bisnis tanpa harus menurunkan harga? Mari kita bincangkan bersama-sama.

  1. Pilih Pesaing Yang Tepat.

Menghadapi persaingan menjana  energi, waktu dan mampu. Sebabnya sebelum kita melangkah lebih jauh, sebaiknya kita harus menetapkan siapa pesaing kita terdekat pada saat ini. Jangan sampai tersilap langkah dalam menetapkan pesaing.  Siapa pesaing kitalah sebenarnya yang akan menentukan bagaimana cara menghadapinya.

Pesaing kita boleh menjadi skala business lebih kecil atau lebih besar dari Anda. Pesaing kita  juga boleh jadi tidak dari kategori perniagaan yang sama dengan anda.

2. Fokus Kepada Keunggulan Anda.

Jika selama ini pernigaan kita  sudah ‘menjadi’, kita harus yakin perniagaan atau produk kita memiliki keunggulan( kelebihan tersendri. Buktinya ada yang beli, kan ? Menghadapi betapa sengitnya persaingan ini, kita harus focus pada keunggulan business atau produk/servis kita.

Jika misalnya keunggulan business kita terletak pada kualiti produk, maka seharusnya mempertahankan kualiti yang ada itu. Lebih baik lagi kita terus tingkatkan kualiti produk  yang sedia ada. Dan dalam setiap promosi, tonjolkan saja keunggulan produk  tadi. Contoh lagi, kalau keunggulan kita terletak pada kelancaran layanan, maka keunggulan inilah yang harus kita pertahankan dan tingkatkan dari masa kesemasa.

3. Fokus Kepada Kelemahan Pesaing [Read more…] about Cara Menghadapi Persaingan dalam business (perniagaan), Tanpa Menurunkan Harga

Share this on WhatsApp

Wikipedia bukan sumber rujukan yang sahih??

Zik · Apr 23, 2010 · 2 Comments

Share this on WhatsApp
Tidak boleh dijadikan sumber rujukan yang sah,dikatakan puncanya ia boleh diubahsuai oleh sesiapa yang mempunyai akaun pada bila-bila masa

Amaran keras!, entry ini terlalu panjang untuk dibaca.

MEREKA yang terus tidak mahu ambil tahu dan selamba sahaja memetik Wikipedia sebagai bahan rujukan dalam artikel atau tesis, akan mendapati tulisan mereka turun markah atau dalam konteks penulis, artikel mereka akan susut nilai wibawa.

Namun, ramai juga yang `memilih untuk mengikut arus’ dan menolak hakikat sinikal yang dikaitkan dengan Wikipedia ini. Bagi golongan ini, perkembangan Wikipedia adalah menyerupai ledakan Internet yang turut menyaksikan generasi sekarang intim dengan Facebook atau Twitter. Jika kita mengenepikan Wikipedia, maka wujud kekurangan, kata mereka. Ini betul, bagi pendapat zik sendiri.

Maka tidaklah mengejutkan sangat bila ada teman dalam bidang perhubungan awam menyatakan bahawa antara skop tugas mereka sekarang ialah mengemaskini fakta-fakta mengenai syarikat dan ketua pegawai eksekutifnya yang dimuatkan dalam Wikipedia. Maknanya, mereka sendiri mencipta halaman mengenai mereka sendiri di situ. Atas faktor komersial, tidak mengapa. Malah sangat bagus sebenarnya.

Jadi, kadang-kala kita akan mungkin perasan bila mencari sesuatu dalam enjin carian (search engine, pak cik google), antara paparan teratas yang muncul ialah dari laman wikipedia.com yang sering kita dapat. Betul tak??

Malah disebabkan ada tugasan khusus bagi memantau dan mengemaskini maklumat, ia secara tidak langsung menjadi laman web percuma kepada entiti terbabit dan ramai pula yang mengaksesnya. Tetapi lain pula kalau kita kaitkan dengan Facebook dan Twitter yang mana ia berkaitan rangkaian sosial. Wikipedia pula secara langsung  berkenaan isu-isu ilmiah, fakta-fakta dan bukan gosip. Oleh kerana sifatnya, sesiapa sahaja boleh menulis dan mengolah kenyataan di dalamnya, menjadikan Wikipedia sangat berguna, jika dibuat cara betul dan sangat berbahaya, jika sebaliknya. [Read more…] about Wikipedia bukan sumber rujukan yang sahih??

Share this on WhatsApp
  • « Go to Previous Page
  • Page 1
  • Interim pages omitted …
  • Page 2137
  • Page 2138
  • Page 2139
  • Page 2140
  • Page 2141
  • Interim pages omitted …
  • Page 2164
  • Go to Next Page »

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.