Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Home

Selamat hari buruh 2010!

Zik · May 3, 2010 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp
Pelbagai sektor, perladangan, pembinaan, perkhidmatan, perniagaan dah sebagainya

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Dikesempatan ini. ingin mengucapkan selamat hari buruh kepada mereka yang bekerja tidak kira bekerja jabatan kerajaan ataupun bekerja sendiri di seluruh dunia, tanpa mengira bangsa, agama, fahaman politik dan sewaktu dengannya.

Tentunya banyak sumbangan mereka dalam meningkatkan taraf ekonomi negara masing-masing. Pelbagai sektor dan bidang yang mereka ceburi demi meneruskan kehidupan dalam mencari nafkah dan membesarkan anak-anak.Tanpa mereka, lumpuhlah ekonomi negara.

Dalam itu, janganlah kita lupa jasa mereka semua ini. Jadi, hari ini, sabtu. 1 mei 2010, kepada BOSS kalau boleh  bagilah cuti kepada pekerja-pekerja (bagi yang bekerja sendiri, cutilah apa lagi) meluangkan masa bersama-sama keluarga, mencari ketenangan jiwa katanya.

P/s: Dalam kesempatan cuti nie jugak, ada banyak jemputan kerja kahwin dekat kampung. Wahh lama tak balik kampung nie.

Share this on WhatsApp

Minggu final exam!

Zik · May 3, 2010 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp

Minggu peperiksaan sudah bermula!!

Salam semua. Ingin mengucapkan selamat menyambut final exam kepada mereka yang terlibat dalam peperiksaan akhir  IPTA dan IPTS untuk semester kali ini.

Pastikan cukup tidor dan persediaan yang semaksimum!

Kepada semua budak UniKL pastikan semua senjata-senjata sudah siap sedia untuk berperang minggu hadapan! Pastikan semuanya ada ya! (termasuk toyol).

  • Pensel 2b (sediakan  2,3 batang)
  • Penggorek pensel/Pisau
  • Calculator (bagi subjek kira-kira)
  • Pen( sediakan 2,3 batang)
  • Pembaris
  • Alatan drawing (subject tertentu)

Pastikan handphone silent/matikan tak payah bawak lagi bagus.

Tips sedikit menghadapi peperiksaan. Semoga kita boleh kurang sikit perasaan takut tuh. [Read more…] about Minggu final exam!

Share this on WhatsApp

Alrernatif hentian puduraya!

Zik · May 3, 2010 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp
Dalam proses pembaik pulih. Sabar ya semua!!

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Nampaknya masih ramai pengguna yang tidak tahu mengenai alternatif mahu pulang ke kampung/destinasi yang dituju  sejak pudaraya ditutup bulan lepas.  Rata-ratanya terus ke puduraya.

Sebelum ini, UDA Holdings bercadang menutup pangkalan bas dan teksi itu pada 19 Mac lalu tetapi menangguhkannya atas sebab-sebab tertentu.

Untuk makluman, hentian pudaraya yang ditutup ini telah diganti ke hentian sementara iaitu HENTIAN BUKIT JALIL.

Dari kejadian ini, telah menyebabkan keadaan agak kelam kabut kerana terlalu ramai yang menunggu untuk menaiki bas pengantara untuk ke terminal bas sementara di Bukit Jalil.

Untuk makluman kepada mereka yang ingin ke bukit Jalil, difahamkan sebanyak enam buah bas pengantara Hentian Puduraya-Bukit Jalil disediakan dengan kekerapan setiap 15 minit. Tambang yang dikenakan ialah sebanyak RM2.

“Kemudahan bas pengantara ini beroperasi seawal pukul 6 pagi hingga 12 malam untuk menghantar orang ramai ke Bukit Jalil.

Selain bas pengantara yang disediakan orang ramai mempunyai alternatif lain untuk ke Bukit Jalil seperti menggunakan sistem pengangkutan transit aliran ringan (LRT), iaitu STAR LINE. [Read more…] about Alrernatif hentian puduraya!

Share this on WhatsApp
  • « Go to Previous Page
  • Page 1
  • Interim pages omitted …
  • Page 2135
  • Page 2136
  • Page 2137
  • Page 2138
  • Page 2139
  • Interim pages omitted …
  • Page 2165
  • Go to Next Page »

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.