• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

Zikri Husaini

Kemesraan yang berkekalan

  • Tentang Penulis
  • Pengiklanan
  • Pertanyaan
  • Peta Blog
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
  • Affiliate Area
  • DMCA
  • Newsletter
  • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Pengumuman / Alrernatif hentian puduraya!

Alrernatif hentian puduraya!

Zik · May 3, 2010 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp

hotKERJA KOSONGhot
Dalam proses pembaik pulih. Sabar ya semua!!

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Nampaknya masih ramai pengguna yang tidak tahu mengenai alternatif mahu pulang ke kampung/destinasi yang dituju  sejak pudaraya ditutup bulan lepas.  Rata-ratanya terus ke puduraya.

Sebelum ini, UDA Holdings bercadang menutup pangkalan bas dan teksi itu pada 19 Mac lalu tetapi menangguhkannya atas sebab-sebab tertentu.

Untuk makluman, hentian pudaraya yang ditutup ini telah diganti ke hentian sementara iaitu HENTIAN BUKIT JALIL.

Dari kejadian ini, telah menyebabkan keadaan agak kelam kabut kerana terlalu ramai yang menunggu untuk menaiki bas pengantara untuk ke terminal bas sementara di Bukit Jalil.

Untuk makluman kepada mereka yang ingin ke bukit Jalil, difahamkan sebanyak enam buah bas pengantara Hentian Puduraya-Bukit Jalil disediakan dengan kekerapan setiap 15 minit. Tambang yang dikenakan ialah sebanyak RM2.

“Kemudahan bas pengantara ini beroperasi seawal pukul 6 pagi hingga 12 malam untuk menghantar orang ramai ke Bukit Jalil.

Selain bas pengantara yang disediakan orang ramai mempunyai alternatif lain untuk ke Bukit Jalil seperti menggunakan sistem pengangkutan transit aliran ringan (LRT), iaitu STAR LINE.

Peta stesen LRT (panduan untuk pengguna yang ingin ke Bukit Jalil).

Selain itu juga, teksi juga disediakan , tetapi memang mahal la. Apa yang penting, rancang perbelanjaan perjalanan anda.  Dinasihatkan jangan la guna perkhidmatan teksi ini(ini cuma cadangan),  sebab kebanyakkan mereka mencekik darah. (suka ambil peluang) Grrr!! Mentang-mentang la tak biasa dengan bandar KL nie. Suka-suka je nak tipu pengguna ek!.

Keluhan pengguna.

Masing-masing melahirkan keluhan dengan penutupan terminal itu kerana sudah terbiasa mendapatkan bas dengan mudah di sini.

Sementara itu, seorang pelajar, Mohd. Azli Ideris, 25, berkata dia tidak tahu tentang penutupan hentian ini.

“Saya baru mengetahui mengenai penutupan ini baru hari ini,  dan terpaksa beratur untuk menaiki bas ke Bukit Jalil dan keadaan di sini juga kelam-kabut kerana masih ada lagi orang ramai tidak mengetahui tentang perkara ini,” jelasnya.

Pekerja industri perabot, Fazli Zan, 26, pula memberitahu walaupun kemudahan bas pengantara ke Bukit Jalil setiap 15 minit tetapi masih tidak mencukupi.

“Kita boleh lihat keadaan bas yang sesak dengan penumpang dan masing-masing ingin cepat sampai ke destinasi”.

    “Malah, untuk sampai ke Bukit Jalil mengambil masa hampir setengah jam dan keadaan ini menyukarkan khususnya warga tua yang terpaksa bersesak dengan orang lain,” katanya.

Tambahnya, pihak berkuasa juga perlu memastikan pemandu teksi tidak mengambil kesempatan untuk mengenakan tambang yang mahal.

“Pastikan meter yang digunakan betul kerana bimbang pemandu teksi mengambil kesempatan kerana kebiasaannya orang yang menaiki pengangkutan awam ini bukan dari golongan yang berpendapatan tinggi.

    Stesen bas selain di bukit jalil. Di hentian Duta.

Penutup.

Jadi, diharapkan penambahbaikan Hentian Puduraya ini dapat disiapkan dalam tempoh empat bulan seperti yang dijanjikan kerana kemudahan bas memang sangat diperlukan di sini. Tolong ya cepat sikit siap, kalau boleh sebelum raya tau!! Grrr!!!

P/s: Lama zik tak balik kampung muar Johor nie. Isk-isk..

Daftar email dan berpeluang untuk menang cabutan bertuah setiap minggu/bulan

Subscribe to our mailing list and get interesting stuff and updates to your email inbox.

Thank you for subscribing.

Something went wrong.

The form collects name and email so that we can add you to our newsletter list for project updates. Checkout our privacy policy for the full story on how we protect and manage your submitted data!

Share this:

  • Tweet
  • Print
  • Share on Tumblr
  • Telegram
  • WhatsApp

Like this:

Like Loading...

Related

Share this on WhatsApp

Pengumuman alternatif ke bukit jalil, alternatif selain pudu raya, alternatif selain puduraya, hentian pudu, hentian pudu ditutup, jalan nak kepudu raya ke bukit jalil

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Primary Sidebar

Search di zikrihusaini.com

Follow me on twitter. Official Twitter

banner

 



Ada promosi terbaru di shopee

Promosi di Lazada 


 

PESANAN PENAJA

THE BERKAT

Kerja Kosong

Recent Posts

  • Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) fasa1 mula 24 Februari 2021 -menteri kewangan
  • Live streaming friendly sabah vs kuala lumpur 23.2.2021
  • Live streaming Sri Pahang FC vs UiTM FC Shah Alam City Cup 23.2.2021
  • Ucapan selamat menyambut peperiksaan SPM 2020
  • Live streaming Sri Pahang FC vs Terengganu FC II 21.2.2021 Shah Alam City Cup

Sponsored Links :

Iklan teks: sebulan 5 ringgit jer

Tekan sini untuk info iklan

 

Jom Shopping ke JD SPORT


 


Kategori/Sitemap

Archives

RSS “The Berkat”

  • Cara Buat Resume Online (Untuk Cari Kerja Kosong)
  • Contoh Resume Terbaik (Format Ringkas & Simple 2020)

Copyright © 2021 · Monochrome Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in

  • Tentang Penulis
  • Pengiklanan
  • Pertanyaan
  • Peta Blog
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
  • Affiliate Area
  • DMCA
  • Newsletter
  • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka

Before you go

You may also be interested in these posts:

Ekonomi

Hentian Puduraya ditutup 19 Mac ini!

Share this on WhatsAppKERJA KOSONG Ditutup 4 bulan. Untuk kemudahan masa hadapan…

Pengumuman

Beli tiket awal, balik kampung

Share this on WhatsAppKERJA KOSONG Orang ramai dinasihatkan beli tiket kampung l…

%d bloggers like this: