Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Home

Ajaran sesat di malaysia semakin parah

Zik · May 17, 2010 · 47 Comments

Share this on WhatsApp

ajaran sesat,

Sekadar gambar hiasan

Ajaran sesat semakin tenat menular dinegara kita.

Dewasa ini, diakhir zaman ini, fenomena kemunculan ajaran sesat seringkali berlaku. Kewujudannya merentasi masa, tempat dan keadaan. Sama ada di zaman awal peradaban Islam di alaf millenium mahupun akan datang. Paparan isu kebanyakannya didedahkan oleh pihak media secara terbuka. Memandangkan ia berkait rapat dengan agama, maka perhatian terhadapnya diberi satu tumpuan.

Isu ajaran sesat bersifat subjektif. Ia memerlukan penjelasan terperinci. Al-Qur’an al-Karim telah mengingatkan kita tentang bentuk kesesatan dari pelbagai sudut. Antaranya, kesesatan hawa nafsu, kejahilan, pujuk rayu syaitan dan pengaruh persekitaran sama ada dari teman, perubahan masa dan keadaan.

Definisi ajaran sesat.

Ajaran Salah/Sesat: Merupakan  sesuatu ajaran, fahaman atau amalan yang didakwa sebagai ajaran Islam tetapi bukan dari ajaran Islam. Bahkan bertentangan dengan ajaran Islam. Contohnya seperti ajaran Taslim, Qadyani, Bahai, Ahmad Laksamana, Hasan Anak Rimau dan lain-lain.

Latar belakang ajaran sesat.

Sejarah kelahiran ajaran sesat atau penyelewengan akidah Islamiah ini bukanlah suatu perkara baru tapi ianya telah bermula sejak sebelum wafat Nabi Muhammad s.aw di mana telah lahir beberapa orang mendakwa dirinya sebagai Nabi selepas Rasulullah s.a.w. dan menyebarkan ajaran-ajarannya kepada umat Islam pada masa itu seperti Musailamatul Kazab, Talhah al-Asady dari Kabilah Bani Asad dan al-Aswad al-Anusi di Yaman.

Pada masa ini di negara kita sudah banyak terdapat ajaran-ajaran sesat yang muncul dari semasa ke semasa di mana hampir keseluruhannya tidak dapat dihapuskan oleh pihak-pihak tertentu. Jika ditinjau masalah ajaran sesat ini ianya bukan sahaja lahir dalam masyarakat umat Islam sahaja bahkan semua agama dan semua bangsa menghadapi cabaran dengan kelahiran ajaran yang menyeleweng daripada ajaran asal seperti tragedy Guyana di mana pengikut-pengikutnya seramai 912 orang telah sanggup membunuh diri dengan meminum racun di bawah pimpinan Jim Jones.

Di kalangan umat Islam Malaysia ajaran-ajaran sesat yang telah dikesan dan dipercayai paling lama usianya ialah ajaran Taslim yang telah diasaskan oleh Tuan Haji Ahmad Matahari pada akhir abad ke-17 di Kampung Seronok Bayan Lepas Pulau Pinang. Setelah Haji Ahmad Matahari meninggal ajaran ini dipimpin oleh anaknya dan setelah meninggal ia telah dipimpin oleh cucunya dan setelah cucunya juga meninggal maka ia telah dipimpin oleh orang-orang kanannya hingga ajaran ini merebak ke seluruh negeri-negeri di Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

Jenis-jenis Ajaran Sesat. [Read more…] about Ajaran sesat di malaysia semakin parah

Share this on WhatsApp

Kenapa manusia berperang??

Zik · May 17, 2010 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp
Mereka yang tak berdosa menjadi mangsa

Peperangan bukan sesuatu yang asing.

Peperangan bukan lagi  sesuatu yang asing bagi kita. Setiap masa, peperangan berlaku di mana-mana sahaja, tanpa mengira tempat, waktu, keadaan dan cuaca. Antara contoh peperangan yang disenaraikan  oleh para pengkaji sejarah  ialah Perang Dunia Pertama dan Kedua, Perang Vietnam, Perang Teluk dan yang terkini pencerobohan Iraq oleh tentera Amerika Syarikat.

Peperangan  sudah menjadi  kebiasaan dalam  tamadun kita kerana  ini adalah sebahagian daripada sejarah kita. Namun, apa yang kita peroleh semasa dan selepas peperangan hanyalah suatu jenis kemusnahan berskala besar.

Ertinya, bukan salah perang. Tapi, niat apa yang menyebabkan berlakunya peperangan itu? Kalau perang itu bertujuan membebaskan sesebuah negara daripada ancaman penjajah yang zalim, bersifat menindas maka perang itu adalah sesuatu hal yang baik dan wajib dilaksanakan. Anda semua setuju??

Teknologi menyebabkan peperangan. [Read more…] about Kenapa manusia berperang??

Share this on WhatsApp

Selamat hari guru!

Zik · May 16, 2010 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp
Selamat hari guru!

Assalamualaikum dan salam sejahtera.  Apabila 16 haribulan, Mei setiap tahun merupakan hari guru diseluruh dunia.

Tema tahun ini “Guru Pembina Negara Bangsa”

Begitu berat cabaran dan rintangan yang perlu ditempuhi bagi seorang yang bergelar guru. Namun, kini profession perguruan yang satu masa dahulu dipandang mulia dan tinggi oleh masyarakat semakin getir melalui cabaran dan dugaan.

Saban waktu dilaporkan perilaku anak-anak murid yang memijak kehormatan guru dengan moral sumbang dan biadap. Diburukkan dengan tingkah ibu bapa yang sering menuding jari menyalahkan guru pada setiap perkara malahan ada yang mengambil tindakan mahkamah terhadap guru yang hanya menjalankan amanah membentuk peribadi anak-anak mereka. Salah siapa?? Entahla….

Tugas guru bukan hanya mendidik. [Read more…] about Selamat hari guru!

Share this on WhatsApp
  • « Go to Previous Page
  • Page 1
  • Interim pages omitted …
  • Page 2131
  • Page 2132
  • Page 2133
  • Page 2134
  • Page 2135
  • Interim pages omitted …
  • Page 2164
  • Go to Next Page »

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.