Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Home

Live streaming bajet 2019

Zik · Nov 2, 2018 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp

bajet 2019, belanjawan 2019,

BAJET 2019!!

KUALA LUMPUR: Hari ini akan mencatat sejarah apabila bajet persekutuan pertama dibentangkan di Parlimen oleh sebuah kerajaan baharu sejak negara mencapai kemerdekaan pada 1957.

Bajet 2019 oleh kerajaan yang diterajui Pakatan Harapan itu akan dibentangkan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng pada jam 4 petang. Boleh muat turun download ucapan penuh YB Lim Guang Eng Hari ini jam 7 petang.

UCAPAN PENUH BAJET 2019(PDF FILE)

Walaupun harapan rakyat tinggi, ia boleh menjadi satu daripada bajet yang paling sukar di tengah-tengah dakwaan penyelewengan, perbelanjaan diragui serta hutang tinggi yang ditinggalkan kerajaan Barisan Nasional, menjadikan lembaran imbangan fiskal hampir tidak dapat diperbaiki.

Baru-baru ini Lim berkata, bajet 2019 akan menjadi bajet yang sukar kerana kerajaan perlu mengurangkan hutang negara berjumlah RM1 trilion untuk membawa ekonomi kembali ke landasan yang betul secara fiskal dalam masa tiga tahun.

“Ini bermakna kerajaan baharu perlu melaksanakan tugas amat berat untuk memperkukuh kedudukan kewangannya dan pada masa yang sama mengemudi ekonomi keluar daripada kelembapan pada tahun-tahun akan datang,” kata Kenanga Investment Bank dalam satu Nota Penyelidikan.

Peruntukan Bajet 2019 berdasarkan purata harga minyak mentah AS$70 satu tong, walaupun penanda aras minyak mentah Brent mendekati AS$80 satu tong pada masa ini.

Berita baiknya ialah kerajaan bertekad untuk memperbaiki kerosakan yang ditinggalkan pentadbiran terdahulu tanpa mengetepikan kesejahteraan rakyat.

Setakat ini, beberapa petunjuk menunjukkan kemungkinan cukai baharu diperkenalkan.

Spekulasi tersebar berhubung pengenalan cukai harta pusaka, cukai keuntungan modal serta cukai baharu ke atas soda dan e-dagang.

Bagaimanapun, Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Amiruddin Hamzah, berkata cukai baharu terbabit tidak akan membebankan rakyat dan pendapatan itu akan digunakan untuk rakyat serta mengurangkan beban membayar balik hutang negara.

Beliau berkata, pendapatan itu akan diguna untuk menyelenggara operasi kerajaan bagi memastikan kesinambungan agenda pembangunan, menutup jurang pembangunan bandar-luar bandar serta menyelesaikan hutang kerajaan.

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad juga memberi jaminan bahawa bajet itu akan meletakkan Malaysia pada kedudukan lebih kukuh serta menjamin kemakmuran rakyat dan generasi akan datang.

Selain daripada dasar-dasar baru dan langkah-langkah yang “sukar”, adalah menarik untuk melihat bagaimana kerajaan akan menangani kekurangan pendapatan akibat pemansuhan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

Pendapatan kerajaan untuk 2018 akan merosot kepada RM21 bilion berikutan pelaksanaan semula Cukai Jualan dan Perkhidmatan pada 1 September 2018 bagi menggantikan GST.

Kesannya adalah kekurangan RM17 bilion dalam pendapatan kerajaan tahun ini.

Kerajaan baharu jelas perlu melakukan lebih banyak perkara dengan sumber terhad dan ia perlu melakukannya dengan segala kuasa dan keupayaannya. – BERNAMA

LIVE STREAMING BAJET 2019 : [Read more…] about Live streaming bajet 2019

Share this on WhatsApp

Live streaming Qatar vs South Korea afc u19 1.11.2018

Zik · Nov 1, 2018 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp

Perlawanan sudah sampai di separuh akhir, tinggal 4 pasukan yang masih berjuang dalam saingan piala afc u19 hari ini. Qatar , Korea Selatan, Jepun dan Arab Saudi. Petang ini sebentar lagi, pasukan qatar vs korea selatan. Pasukan Qatar mara setelah menewaskan pasukan thailand 7-3 , 4 gol terhasil ketika masa tambahan setelah 90 minit berkesudahan 3-3.

Manakala pasukan korea selatan mara setelah menewaskan Tajikistan 1-0 . Kita harapkan persembahan yang menarik dipersembahkan untuk penyokong yang tonton distadium dan di rumah secara online ini.

Last matches: QATAR U19
28.10.18CHCQatar U19Thailand U197 : 3
(3 : 3)
24.10.18CHCQatar U19Chinese Taipei U194 : 0
21.10.18CHCQatar U19Indonesia U196 : 5
18.10.18CHCUnited Arab Emirates U19Qatar U192 : 1
05.06.18TOUQatar U19South Korea U201 : 2

 

South korea performance last 5 matches

Last matches: SOUTH KOREA U19
29.10.18CHCSouth Korea U19Tajikistan U191 : 0
25.10.18CHCVietnam U19South Korea U191 : 3
22.10.18CHCJordan U19South Korea U191 : 3
19.10.18CHCSouth Korea U19Australia U191 : 1
08.11.17CHCSouth Korea U19Malaysia U193 : 0

\

Head to head.

Belum ada lagi.

LIVE STREAMING QATAR VS KOREA SELATAN 1.11.2018

Share this on WhatsApp

Caj Penghantaran Gas Memasak Naik RM5, Harga GAS tak naik harga!

Zik · Oct 31, 2018 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp

Kecoh nitizen semalam katanya gas naik hargalah, itu lah inilah, kerajaan zalimlah. Namun ini adalah berkaitan dengan caj penghantaran gas memasak naik harga. Jangan gelabah, sebaiknya tanya pada yang pakar dulu, sahkan.

SHAH ALAM – Caj perkhidmatan bagi penghantaran gas ke rumah, Petronas Home Delivery (GPHD) akan naik berkuatkuasa 1 November ini untuk semenanjung Malaysia. 

Petronas Dagangan Berhad (PDB) mengumumkan perkara itu dalam surat pekeliling kepada semua wakil pengedar gas Petronas yang menjalankan perkhidmatan GPHD.

Dengan itu, harga baharu bagi GPHD ialah RM31 untuk 12 kilogram (kg) dan RM35 bagi 14kg. Harga lama bagi perkhidmatan itu adalah RM26 untuk 12kg dan RM29.80 untuk 14kg.

Perubahan harga berkenaan hanya untuk caj penghantaran bagi tempahan yang dibuat di Mesralink dan dihantar melalui saluran GPHD.  [Read more…] about Caj Penghantaran Gas Memasak Naik RM5, Harga GAS tak naik harga!

Share this on WhatsApp
  • « Go to Previous Page
  • Page 1
  • Interim pages omitted …
  • Page 1065
  • Page 1066
  • Page 1067
  • Page 1068
  • Page 1069
  • Interim pages omitted …
  • Page 2167
  • Go to Next Page »

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.