Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Isu semasa / Caj Penghantaran Gas Memasak Naik RM5, Harga GAS tak naik harga!

Caj Penghantaran Gas Memasak Naik RM5, Harga GAS tak naik harga!

Zik · Oct 31, 2018 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp

Kecoh nitizen semalam katanya gas naik hargalah, itu lah inilah, kerajaan zalimlah. Namun ini adalah berkaitan dengan caj penghantaran gas memasak naik harga. Jangan gelabah, sebaiknya tanya pada yang pakar dulu, sahkan.

SHAH ALAM – Caj perkhidmatan bagi penghantaran gas ke rumah, Petronas Home Delivery (GPHD) akan naik berkuatkuasa 1 November ini untuk semenanjung Malaysia. 

Petronas Dagangan Berhad (PDB) mengumumkan perkara itu dalam surat pekeliling kepada semua wakil pengedar gas Petronas yang menjalankan perkhidmatan GPHD.

Dengan itu, harga baharu bagi GPHD ialah RM31 untuk 12 kilogram (kg) dan RM35 bagi 14kg. Harga lama bagi perkhidmatan itu adalah RM26 untuk 12kg dan RM29.80 untuk 14kg.

Perubahan harga berkenaan hanya untuk caj penghantaran bagi tempahan yang dibuat di Mesralink dan dihantar melalui saluran GPHD. 

 

gasn , cas penghantaran gas naik harga 5ringgit, gas naik harga, gas masak naik harga november 2018, kadar kenaikan cas penghantaran gas masak

Tiada perubahan harga bagi yang mengambil sendiri selari dengan harga yang dikawal oleh kerajaan iaitu RM22.80 untuk 12kg dan RM26.60 untuk 14kg. 

Terdahulu, notis pemakluman mengenai perubahan struktur harga dan tempoh penghantaran GPHD mula tersebar di media sosial sejak beberapa hari lalu.

Credit to suaratv.com

KERAJAAN AKAN TELITI KENAIKAN HARGA PENGHANTARAN GAS. 

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan meneliti sama ada langkah PETRONAS Dagangan Berhad (PDB) menaikkan kadar caj penghantaran perkhidmatan Gas Petronas Ke Rumah (GPHD) sebanyak RM5 mempunyai unsur pencatutan atau sebaliknya.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, ketika menjelaskan perkara itu, berkata peruntukan subsidi untuk bekalan gas petroleum cecair (LPG) yang dibekalkan kerajaan untuk manfaat pengguna masih sama, iaitu pada kadar RM1.90 sekilogram.

Sehubungan itu, katanya, harga semasa pasara n LPG yang dijual di kedai runcit di seluruh negara bagi tong 12 kilogram (kg) ialah RM22.80 manakala tong 14 kg ialah RM26.60

“Kita pun terkejut dengan pengumuman oleh PDB ini secara tiba-tiba, sedangkan tiada perubahan mengenai peruntukan subsidi bekalan LPG kepada rakyat. Oleh itu, saya ingin menjelaskan bahawa yang naik ketika ini ialah caj penghantaran dikenakan pengedar PETRONAS sehingga mengundang kegusaran dalam kalangan pengguna.

“Mana-mana pengguna yang pergi kedai untuk membeli tong LPG masih boleh menikmati harga asal, iaitu RM22.80 dan RM26.60, masing-masing bagi tong 12 kg dan 14 kg,” katanya ketika dihubungi NSTP, hari ini.

Susulan rungutan pelbagai pihak berikutan pengumuman PDB, Saifuddin berkata, kementerian akan meneliti sama ada langkah menaikkan caj perkhidmatan penghantaran itu bercanggah dengan Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 (Akta 723).

Sementara itu, PDB menerusi surat pekeliling kepada wakil pengedar gas PETRONAS yang menjalankan perkhidmatan GPHD memaklumkan perubahan struktur harga, iaitu RM31 untuk 12 kg dan RM35 bagi 14 kg, berbanding harga lama berkadar RM26 dan RM29.80, masing-masing bagi 12 kg serta 14 kg akan berkuat kuasa 1 November ini untuk Semenanjung.

Perubahan harga berkenaan, katanya, tertakluk untuk caj penghantaran bagi tempahan yang dibuat di Mesralink dan dihantar melalui saluran GPHD, manakala tiada perubahan harga bagi perolehan sendiri selari harga kawalan ditetapkan kerajaan iaitu RM22.80 untuk 12 kg dan RM26.60 untuk 14 kg.

cerdit to bharian.com.my

Share this on WhatsApp

Isu semasa cas penghantaran gas naik harga 5ringgit, gas masak naik harga november 2018, gas naik harga, gasn, harga gas naik harga 1november 2018, kadar kenaikan cas penghantaran gas masak, kenaikan harga gas november 2018

About Zik

Berkongsi ilmu tentang, isu semasa, sukan, ekonomi, akademik, bijak wang, lelaki kacak dan peringatan untuk manfaat bersama-sama. Insyallah. Lanjut tentang penulis disini
PERINGATAN!! Pihak Zikri Husaini Dot Com, tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan. So, just be nice ok.

CNY PROMO LAZADA 2024

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.