Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Home

Wan Kuzain sedia wakili Harimau Malaya?

Zik · Dec 20, 2018 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp

wan kuzain,

Sapa pulak mamat nih?? kalau yang tak tahu apa-apa memang blur sapa pulak wan kuzain ini??

KUALA LUMPUR: Adakah pemain kelahiran Amerika Syarikat, Wan Kuzain Wan Kamal memberi bayangan dia bersedia untuk menyarung jersi Harimau Malaya pada masa depan?

Anak Melayu yang beraksi dengan pasukan simpanan Sporting KC, Swope Park Rangers itu mendedahkan dia menyimpan hasrat untuk beraksi bersama dua pemain muda negara iaitu bekas pemain Kedah, Akhyar Rashid dan penyerang Johor Darul Ta’zim (JDT), Safawi Rasid.

Ketika dia belum lagi beraksi bersama skuad senior Amerika Syarikat, pemain berusia 20 tahun itu masih layak mewakili negara memandangkan ibu bapanya rakyat Malaysia.

“Dua pemain Malaysia menarik minat saya iaitu Akhyar dan Safawi kerana mereka menunjukkan aksi yang begitu berani dan sentiasa mencari jalan untuk mengatasi pertahanan lawan.

“Saya mahu menjadi pemain dengan kriteria sebegitu dan sudah tentu saya mahu beraksi bersama mereka,” katanya ketika ditemui pada sesi ramah mesra di Sunway Pyramid, hari ini.

Dia turut mengikuti perkembangan rapat skuad kebangsaan dan mengucapkan tahniah atas kejayaan pasukan negara meraih gelaran naib juara Piala AFF 2018, minggu lalu.

Bagaimanapun, pemain yang mendapat gelaran ‘Maestro’ dalam kalangan rakan sepasukannya itu mengakui dia masih berbelah bagi sama ada mahu mewakili Amerika Syarikat atau Malaysia.

“Saya tidak menutup mana-mana pintu. Saya boleh mewakili Amerika Syarikat tapi keluarga saya orang Malaysia. Saya mahu memberikan sesuatu kepada keluarga yang sentiasa menyokong karier saya.

“Buat masa ini, ia 50-50. Namun saya akan membuat keputusan terbaik apabila tiba masanya nanti.

“Apa pun, impian utama saya semestinya untuk terus bersama Sporting KC. Ini detik terbaik buat saya dan saya mahu melangkah lebih jauh dalam karier saya,” katanya.

Biodata Wan Huzain.

Date of Birth (Age): Sep 14, 1998 (20) 

Place of Birth: United StatesCarbondale, Illinois

Nationality: United StatesUnited States

Height: 1,78 m

Position: Defensive Midfield. 

[Read more…] about Wan Kuzain sedia wakili Harimau Malaya?

Share this on WhatsApp

Kakitangan Honda perlekeh kematian Adib dibuang kerja

Zik · Dec 20, 2018 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp

honda gantung tugas caryn ya

Pekerja wanita pusat edaran Honda Malaysia yang digantung baru-baru ini ekoran kenyataan tidak sensitif mengenai kematian anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim, telah dipecat.

“Kami ingin memberi makluman bahawa selepas siasatan dalaman dijalankan dan pekerja itu didapati melanggar dasar syarikat dengan salah lakunya, khidmat pekerja itu dengan Sri Utama Auto Sdn Bhd sudah ditamatkan serta-merta,” kata pengarah pusat edaran itu Wong Chee Keong.

“Kami sekali lagi ingin memohon maaf atas kesan yang berpunca daripada komennya. Kami akan lebih memberi perhatian dalam melatih dan mendidik pekerja kami dengan nilai moral dan sikap hormat kepada semua pihak pada setiap masa,” katanya lagi.

Pada 18 Disember lalu, komen pekerja wanita itu di media sosial menjadi tular, menyebabkan syarikat itu menggantung tugasnya dan melancarkan siasatan dalaman.

[Read more…] about Kakitangan Honda perlekeh kematian Adib dibuang kerja

Share this on WhatsApp

Sinopsis drama pujaan hati kanda, remy ishak ft mira filzah

Zik · Dec 20, 2018 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp

pujaan hati kanda,

Pujaan Hati Kanda.

Menggantikan seribu rindu, zul ariffin dan Aziran shafinaz dan Kembali kepad Remi IShak berganding Mira filzah. Mereka sebelum ini digandingkan dalam drama astro Lelaki Kiriman Tuhan. Chemistry diaorang memang da bomb!. So bagaimana dengan drama ini?? Drama ini merupakan adaptasi dari novel.

 

Pelakon dan Watak. 
Remy Ishak sebagai Megat Danish / Danny
Mira Filzah sebagai Tiara
Sarah Hildebrand sebagai Nadine
Syazwan Zulkifly sebagai Pali
Elisya Sandha sebagai Reena
Mustaqim Bahadon sebagai Kasyah
SINOPSIS PUJAAN HATI KANDA
Kisah Danny (Remy Ishak) seorang playboy yang sudah insaf dan mahu membina kehidupan baru. Sebelum dia kahwin memang dia playboy. Walaupun dia sudah mahu berubah, dugaan tetap ada  sewaktu hari akad pernikahannya, hadiah tidak diduga hadir apabila bayi kecil diletakkan di ruang legar masjid bersama kad ucapan dan sehelai sijil kelahiran. Calon isterinya, Nadine (Sarah Hildebrand )enggan meneruskan perkahwinan selagi misteri kehadiran bayi kecil itu tidak terungkai. Majlis pernikahan dibatalkan dan Danny perlu bertanggungjawab keatas bayi tersebut. Dah macam cerita Arianna Rose (the wadding breaker). Cuma plot dia lain sikitlah kan.

[Read more…] about Sinopsis drama pujaan hati kanda, remy ishak ft mira filzah

Share this on WhatsApp
  • « Go to Previous Page
  • Page 1
  • Interim pages omitted …
  • Page 1030
  • Page 1031
  • Page 1032
  • Page 1033
  • Page 1034
  • Interim pages omitted …
  • Page 2166
  • Go to Next Page »

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.