Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Internet Services / Ninja Van Tracking cepat dan Mudah

Ninja Van Tracking cepat dan Mudah

Zik · May 20, 2020 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp

ninja van,

Ninja van boleh dikatakan pesaing terdekat pos laju, j&t , nationwide, abx express dan sewaktu dengannya. Kita sudah melalui fasa perkhidmatan hantar barang secara online. Jadinya semua barang yang kita dapat ada sistem yang sitematik oleh setiap syarikat logistik hantar barang ini. Sekarang cerita kita mengenai ninja van.

Ninja Van, Grab wujud rangkaian logistik yang sitematik.

SYARIKAT e-hailing yang berpangkalan di Singapura, Grab bekerjasama dengan Ninja Van bagi mengintegrasikan perkhidmatan logistik Ninja Van ke aplikasi mudah alih melalui GrabExpress.

Dengan menyatukan dua penyedia penyelesaian logistik terkemuka di Asia Tenggara menerusi aplikasi Grab, kerjasama itu akan dapat memenuhi keperluan perniagaan kecil dan sederhana, penjual perdagangan sosial serta pengguna.

Dalam satu kenyataan semalam, Grab berkata, perkhidmatan logistik Ninja Van akan tersedia di aplikasi Grab melalui GrabExpress pada suku kedua tahun ini.

“Perkhidmatan yang akan dilancarkan secara berperingkat di seluruh rantau ini akan diperluaskan dengan memasukkan lebih banyak pilihan seperti penghantaran berjadual di seluruh negara serta penghantaran antara bandar,” katanya.

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Ninja Van, Lai Chang Wen berkata, pihaknya teruja dengan perkongsian itu dan berharap ia akan mengubah perniagaan yang lebih kecil dan komuniti jualan sosial di Asia Tenggara.

“Malah, ia membolehkan pengguna menghantar bungkusan dari masa ke masa dengan menggunakan pangkalan pengguna yang luas kami dapat menawarkan pengguna cara yang paling mudah untuk mengakses perkhidmatan logistik lengkap kami dan menyediakan perkhidmatan penyampaian percuma yang boleh dipercayai,” katanya.

Cara nak semak Ninja Van tracking no.

Masukkan no tracking di bawah ini. Kalau nak masukkan banyak tracking no sekali 10 pun boleh, jangan lupa masukkan tanda , (koma).

Semak disini.

Sementara itu, Ketua GrabExpress, Adelene Foo berkata, oleh kerana e-dagang dan perdagangan sosial semakin berkembang di Asia Tenggara, Grab komited untuk membolehkan jutaan usahawan mikro e-dagang menilai perniagaan mereka di rantau ini melalui GrabExpress.

“Jalinan kerjasama dengan Ninja Van ini membolehkan kami menawarkan pelbagai pilihan penghantaran di Asia Tenggara daripada aplikasi Grab dan memudahkan para penjual, pembeli dan pedagang untuk menghantar dan menerima bungkusan,” katanya.

Perkembangan dunia online iaitu E-commerce nampaknya semakin berkembang dan dalam masa yang sama diterima oleh orang ramai. Banyak kelebihan yang berlaku diantara para penjual dan juga pembeli yang menggunakan platform E-commerce semasa urusniaga dijalankan.

Kebaikan yang diperolehi bagi pihak penjual adalah mereka tidak perlu menyewa kedai untuk menjual barangan mereka dan dari situ mereka boleh menjimatkan kos operasi syarikat mereka. Kepada pembeli pula, mereka mendapat manfaat dengan membeli barangan dengan harga yang lebih murah berbanding dengan kedai yang fizikal yang biasa.

Perkembangan E-commerce semakin meningkat dari tahun ke tahun dan seiringan itu juga, perkhidmatan penghantaran barang juga telah menerima tempias yang sama.

Syarikat penghantar barang yang kini turut tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan disebabkan permintaan yang tinggi didalam pasaran yang melibatkan penghantaran barangan yang dibeli melalui platform E-commerce.

Jika kita membeli barangan melalui platform E-commerce seperti Shopee atau Lazada, barangan yang kita beli itu mungkin dihantar melalui perkhidmatan syarikat courier tempatan atau pun dari luar negara. Jika kita bernasib baik, mungkin barangan kita itu dihantar melalui syarikat yang bergelar Ninja Van.

Hari ini kita akan mengikuti kisah bagaimana sebuah syarikat startup yang berpengkalan di Singapura yang kini sedang meningkat naik di Asia Tenggara termasuk negara kita sendiri.

Baru Berusia 6 Tahun.

Mula dari kosong, Syarikat ini adalah sebuah syarikat yang memberi perkhidmatan menghantar barang yang dibeli melalui platform online. Syarikat Ninja Van ini diasaskan pada tahun 2014 oleh seorang trader saham yang berkerja untuk Syarikat Barclays.

Chang Wen Lai merupakan seorang trader sepenuh masa dan mempunyai pendapatan yang sangat stabil pada ketika itu.

Walaupun beliau mempunyai pendapatan yang sangat stabil, masanya sangat terhad untuk kehidupan peribadinya akibat menumpukan sepenuh perhatian terhadap kerjayanya. Beliau yang kadang kala tidak sempat untuk balik ke rumah dan hanya tidur di pejabat akibat kesibukan yang melampau dengan kerjayanya itu.

Oleh kerana tidak mampu meneruskan kehidupan yang terlampau sibuk itu, beliau mengambil keputusan untuk berhenti dari pekerjaanya itu dan membuka sebuah syarikat perniagaan online yang memfokuskan kepada penjualan pakaian. Chang menjemput dua orang lagi kawan baiknya untuk bersamanya bagi menjadi rakan strategik perniagaanya.

Pada permulaan perniagaanya, beliau menghadapi kesukaran hendak menghantar barangan kepada pelanggan mereka. Beliau mengambil keputusan untuk menghantar sendiri barangan kepada pelanggan dan menyedari bahawa proses pengnhantaran barang bukanlah sukar seperti yang dibayangkanya.

Bisnes Mula Berkembang Maju.

 

Chang mula mengambil upah untuk menghantar barangan orang lain di samping barangan perniagaanya sendiri. Selepas setahun, mereka telah mengambil keputusan untuk berhenti melakukan perniagaan online dan memfokuskan kepada perkhidmatan penghantaran barang. Ini kerana keuntungan yang diperolehi dengan menghantar barang adalah lebih tinggi berbanding dengan perniagaan pakaian.

Mereka telah mengembangkan lagi perniagaan mereka merentasi sempadan dengan mereka telah dibantu oleh pelabur dari luar yang melabur didalam syarikat ini pada permulaan perkembangnya. Di antara pelabur terawal yang melabur didalam syarikat ini adalah pengasas bersama Syarikat Facebook iaitu Eduardo Saverin yang memberi suntikan modal sebanyak $30 juta dan juga dari Monk’s Hill Ventures.

Dalam tempoh setahun ditubuhkan, mereka telah mempunyai cawangan di  negara-negara Asia Tenggara seperti Malaysia, Indonesia, Thailand, Filipina dan juga Vietnam.

Kelebihan Ninja Van. 

Antara kelebihan yang dimiliki oleh Ninja Van berbanding dengan pesaing yang lain adalah mereka mempunyai teknologi yang mana dikenali sebagai  “real-time tracking updates” di mana teknologi ini membantu para pelanggan mereka menjejaki parcel mereka melalui GPS. Dari no tracking yang korang dapat tuh, akan dapat tahu dimana barang itu sedang berada. haa itu dia..

Oleh kerana perkembangan internet yang begitu luas sehingga kawasan pedalaman, syarikat ini dapat berkembang dengan begitu pesat berbanding dengan pesainya yang lain disebabkan mempunyai kedudukan kewangan yang lebih stabil.

Selain itu juga, prinsip perniagaan yang dilakukanya adalah tidak menggunakan pekerja separuh masa seperti pesaingnya yang lain. Pekerja yang bekerja sepenuh masa akan berjaya meningkatkan produktiviti berbanding pekerja yang bekerja separuh masa.

Setakat ini, syarikat ini mempunyai 20,000 orang pekerja tetap.

Oleh kerana perkembangan yang begitu drastik, syarikat ini telah berjaya dinilai dengan nilaian yang begitu besar pada tahun lepas iaitu berjumlah sebanyak $300 juta. Para pelabur dari luar Singapura telah mula melihat potensi syarikat ini seperti European Delivery Group juga mula melabur dan dijangka Ninja Van akan mencapai taraf $1 bilion dalam tempoh yang terdekat.

Ianya sejajar dengan perkembangan perniagaan online yang dijangka akan berkembang menjadi $55.7 bilion pada tahun 2025.Selain itu juga, mereka bekerjasama dengan Grab untuk mengembangkan lagi pasaran mereka.

Sebarang pertanyaan dan alamat :

Company Name:

NINJA LOGISTICS SDN BHD

Registration Number:

(1118651-U)

Address:

Mapletree Logistics Hub, Ground Floor Unit 3.3, Jalan 22/1, Persiaran Jubli Perak, Seksyen 22, 40300 Shah Alam, Selangor

Phone Number:

+60 111 7225600

Email Address:

support_my@ninjavan.co

Sumber Bacaan 

  • https://www.cnbc.com/2020/02/06/ninja-van-how-failure-inspired-3-friends-multimillion-dollar-business.html
  • https://www.channelnewsasia.com/news/singapore/how-ninja-van-s-smart-and-ruthlessly-aggressive-co-founder-hooke-8601638

 

Share this on WhatsApp

Internet Services, Teknologi dan IT alamat ninja van, cara nak semak tracking no ninja van, how to use ninja van, ninja van, ninja van contact number, ninja van delivery time, ninja van drop off point malaysia, ninja van port dickson, ninja van tracking, ninja van tracking no, ninja van warehouse, no contact ninja van, poslaju tracking, shopee ninja van

About Zik

Berkongsi ilmu tentang, isu semasa, sukan, ekonomi, akademik, bijak wang, lelaki kacak dan peringatan untuk manfaat bersama-sama. Insyallah. Lanjut tentang penulis disini
PERINGATAN!! Pihak Zikri Husaini Dot Com, tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan. So, just be nice ok.

CNY PROMO LAZADA 2024

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.