Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Arts & Entertainment / Muzik-muzik semi final 34 minggu 1 2019

Muzik-muzik semi final 34 minggu 1 2019

Zik · Nov 15, 2019 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp

muzik-muzik,

 

Debaran semi final muzik-muzik kali ini tampak sengit nampaknya.

Pejam celik, tahun 2019 berbaki beberapa minggu sahaja lagi. Seperti kebiasaannya, sebelum Muzik Muzik menutup bukunya untuk tahun ini, terdahulu harus dinobatkan sebuah lagu terbaik, yakni juara kesemua lagu sepanjang tahun 2019. Selama tiga minggu berturut-turut, proses saringan akan berlangsung. 30 buah lagu bakal bertanding untuk menempah tempat ke acara kemuncak, Anugerah Juara Lagu. Adakah lagu pilihan anda tersenarai? Jangan terlepas siaran langsung Separuh Akhir Muzik-Muzik 34 di YouTube TV3Malaysia untuk jawapannya!

Masa yang dinanti-nantikan akhirnya telah tiba, di mana 30 buah lagu bakal berentap di pentas Muzik-Muzik 34 Separuh Akhir (SFMM34). Persaingan 30 buah lagu bagi merebut 12 tempat di pentas Anugerah Juara Lagu 34 (AJL34) bakal bermula pada 15, 22 dan 29 November ini. Dihoskan oleh Sherry Al-Hadad dan Haziq Hussni, SFMM34 akan bersiaran secara langsung pada setiap hari Jumaat, pukul 9.00 malam di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam. Para peminat juga boleh menikmati persembahan SFMM34 di www.tonton.com.my.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Encik Johan Ishak, “Muzik atau lagu merupakan sesuatu yang universal dan sering membuat kita merasai pelbagai jenis perasaan yang sukar untuk dijelaskan. Kadangkala apabila mendengar sebuah lagu, ianya seakan-akan membuatkan kita berada di dalam sebuah cerita kerana lirik dan melodinya amat dekat dengan kita. Itulah keajaiban muzik. Dengan itu, kami ingin terus memberikan pengiktirafan kepada para pemuzik khususnya pencipta lagu dan penulis lirik yang sentiasa berdedikasi untuk menghasilkan karya-karya terbaik serta menjadi inspirasi kepada para peminat muzik.”

Group minggu kedua Separuh Akhir 34 Muzik-Muzik 2019 sedia untuk berentap!

30 buah lagu yang layak adalah hasil undian peminat sebanyak 40% dan penilaian juri profesional sebanyak 60% di carta Muzik-Muzik 34. Setiap minggu, sebuah lagu juga akan dipilih sebagai lagu terbaik namun ini tidak menjaminkan bahawa lagu-lagu tersebut akan terus mara ke Anugerah Juara Lagu (AJL). Kesemua lagu ini akan dinilai oleh 7 juri profesional yang akan menentukan siapa bakal bertanding di pentas AJL nanti.

Persembahan Muzik-Muzik 34 Separuh Akhir (Minggu pertama, 15 November 2019)

  1. Drama – Drama Band (lagu terbaik minggu1)
  2. Paku – Ara Johari
  3. Hatiku Milikmu – Siti Nordiana
  4. Tiada Dirimu – Shila Amzah
  5. Mencuba – Sufian Suhaimi
  6. 123 – Khai Bahar
  7. Satukan Rasa – Siti Nordiana & Khai Bahar
  8. Terlalu Memuja – Wany Hasrita
  9. Bidadari – Ismail Izani
  10. Aku Yang Bersalah – Ucop
  11. Kepuraanmu – Luqman Faiz

 

Share this on WhatsApp

Arts & Entertainment live streaming muzik muzik separuh akhir minggu 1 2019, Muzik-muzik semi final 34 minggu 1 2019, separuh akhir muzik muzik 15.11.2019

About Zik

Berkongsi ilmu tentang, isu semasa, sukan, ekonomi, akademik, bijak wang, lelaki kacak dan peringatan untuk manfaat bersama-sama. Insyallah. Lanjut tentang penulis disini
PERINGATAN!! Pihak Zikri Husaini Dot Com, tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan. So, just be nice ok.

CNY PROMO LAZADA 2024

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.