Belum reda lagi dengan isu yang ada sekarang ini, iaitu Long tiger. Apepun long tiger dah pun kena tangkap. Ada orang pulak buat hal lagi dalam kita masih memerangi Covid19 dibulan puasa. Adakah ini strategi marketing mereka di bulan yang mulia ini? Kalau ianya Strategi marketing yang bahaya sebenarnya. Dia ceritanya macam ini Pasal SOP dikedai mereka yang akan dibuka pada 4 mei nanti , (isnin).
Kronologi apa sebenarnya yang berlaku??
Semalam di seding media, Perdana Menteri Malaysia telah mengumumkan kebenaran untuk beberapa sektor perniagaan membuka kembali perniagaan mereka bermula 4 Mei ini dibawah perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat.
Pengumuman yang dibuat kerajaan ini memberikan peluang kepada peniaga untuk membuka kembali perniagaan dengan mengikut standard SOP yang telah ditetapkan oleh MKN dan juga KKM. Jadinya jakel akan dibuka kembali pada 4 mei 2020.
Status asal.
Muzaffar asalnya di status igstory jakel sudah mula dibuka pada 4 mei 2020. Namun begitu….
“Nantikan kluster Jakel…”
Walau bagaimanapun, sebilangan rakyat Malaysia dilihat melontarkan perasaan tidak puas hati dan risau dengan kelonggaran yang diumumkan oleh kerajaan ini di media sosial.
Syarikat Jakel antara perniagaan yang mengumumkan bahawa gedung mereka bakal beroperasi semula pada 4 Mei ini. Namun, ramai mula menunjukkan tidak senang atas pembukaannya ekoran wabak COVID-19 ini lagi belum reda.
“SOP tu bahasa Melayu…”
Muzaffar Jakel dilihat memuat naik status di Instagram miliknya ekoran orang ramai mula mempertikaikan tindakannya untuk menjalankan perniagaan 4 Mei ini.
“Saya minta maaf…”
Ekoran terlanjur kata sebelumnya, Muzaffar Jakel memohon maaf perlakukannya dan membuatkan ramai orang salah faham.
Mungkin maksud dia lain, iaitu tak paham bahasa melayu ke sop kan ada.? Itu mungkin maksud penulis. Tetapi nasi dah jadi bubur bro. Dia pun dah delete instagram dan facebook , sebab tak tahan kena serang dengan jabatan nitizen negara. Bulan puasa kita kena bersabar. tetapi apabila disebut pasal bangsa melayu bodoh ianya satu kenyataan yang boleh bawa perang sebenarnya.
Apakah status beliau yang mengundang marah niziten kali ini??
Muzaffar mohon maaf.
View this post on Instagram
Ini bukan ig dia yang betul. Yang betul dia dah delete.
” Saya minta maaf…” – Muzaffar Jakel
Ekoran keterlanjuran kata-kata sebelum itu, Muzaffar Jakel memohon maaf diatas postingnya itu yang membuatkan ramai orang salah faham.
“ SOP JAKEL”
Muzaffar Jakel turut menjelaskan SOP yang bakal dibuat oleh gedung mereka apabila perniagaan bakal dijalankan kelak.
Tidak cukup dengan itu , dia sekali lagi memohon maaf di laman Facebooknya kerana memperlihatkan netizen masih lagi tidak berpuas hati dengannya..
” Salam semua maafkan saya saya hanya insan biasa. Saya sekali lagi memohon maaf diatas kekhilafan dan keterlanjuran yang dikatakan dlm IGS posting.
” Apa yg saya ingin nyatakan adalah kesalahan saya kerana saya secara tak sengaja menggunakan ayat yang tidak saya sepatutnya digunakan.
Saya bukan shareholder atau owner Jakel.
Dia turut menjelaskan bahawa dia hanyalah bekerja di Jakel yang dimiliki oleh abangnya itu.
Segala kata-kata yang keluar daripadanya ialah kenyataan peribadinya dan tidak berkaitan dengan syarikat Jakel.
Dia jugak kesal mengunakan ayat yang tidak sepatutnya digunakan olehnya.
” Saya ingin jelaskan juga, saya hanya bekerja dgn syarikat abang saya. Saya bukan shareholder atau owner Jakel.
” Kenyataan yg dikeluarkan oleh saya adalah kenyataan peribadi dan bukanlah mewakili dari kenyataan syarikat Jakel.
” Sempena di bulan yg penuh barakah ini, saya dgn rendah diri memohon maaf sekali lagi atas keterlanjuran saya dlm mengeluarkan kata kata yg menyinggung perasaan ramai pelanggan Jakel dan nitizen . Maaf zahir batin.” – akhiri Muzaffar
Muzaffar Jakel, adik bongsu Jakel yang dididik berkerja di Gudang & Kedai sehingga lebih 15 jam.
Ada juga sehingga berhari tanpa tidur adalah contoh yang semua patut ambil untuk didik kehidupan agar tidak bergantung dengan kemewahan keluarga.
Biodata Muzaffar Jakel.
Adik kepada Datuk Faroz, Pemilik Gedung Tekstil Terkemuka Jakel.
Nama sebenar dia Muzaffar bin Mohd Jakel.
Kakak Ipar beliau, Datin Farah Haryani Muhammad Philip iaitu Isteri kepada Datuk Faroz, merupakan Pengarah Pemasaran Ariani Textiles & Manufaturing (M) Sdn Bhd
Berikut sedikit Info Mengenai Muzaffar yang sebelum ini dia pernah menceritakan perihal kehidupan melalui satu posting di IG. Dah deletenya pun.
Menyesal pun tak guna.
Bak Kata Pepatah MELAYU mengatakan – Menyesal Dahulu Pendapatan, Menyesal Kemudian Tidak Berguna.
Apa kesan yang akan Jakel terima daripada perbuatan MuzaffarJakel ini? Dalam musim PKP, netizen mempunyai banyak masa melayari laman sosial dan sebarang naikmuat yang sensitif biasanya akan menerima kecaman bertalu-talu.
Dalam hal ini Jakel perlu bersedia menghadapi serangan ‘Geng Bawang’ yang akan mempertikaikan segalanya berkaitan Jakel dari pekerja hinggalah pengurusan tertinggi Jakel.
Leave a Reply