Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Sukan / PIALA DUNIA / MOROCCO SINGKIR PORTUGAL 1-0 , MARA KE SEPARUH AKHIR PIALA DUNIA 2022

MOROCCO SINGKIR PORTUGAL 1-0 , MARA KE SEPARUH AKHIR PIALA DUNIA 2022

Zik · Dec 11, 2022 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp

Morroco ke separuh akhir piala dunia

Bukan mudah untuk skuad ini mara ke separuh  akhir piala dunia, dan bakal bertemu dengan france atau England. Kita akan ketahui diantara dua pasukan ini. Apepun, skuad Mororroc berjaya mara ke separuh akhir dengan rekod yang cukup baik, baru bolos sekali itu pun gol sendiri.

DOHA: Youssef En-Nesyri meledak gol tunggal dalam kemenangan 1-0 Maghribi ke atas Portugal pada suku akhir Piala Dunia 2022 di Stadium Al Thumama sebentar tadi. En-Nesyri, yang dua kali tandukannya melepasi palang sebelum itu, melompat tinggi mengatasi penjaga gol Portugal, Diogo Costa dan pertahanan, Ruben Dias pada minit ke-42 untuk meletakkan Maghribi di depan.

Penyerang Portugal, Joao Felix mempunyai dua peluang untuk meletakkan pasukannya di depan, tetapi penjaga gol Maghribi, Yassine Bounou berjaya menyelamatkan keadaan pada minit ke-31 dan satu lagi tersasar.

gol morocco

Pemain Maghribi, Youssef En-Nesyri menjaringkan gol pembukaan Magribi ketika aksi suku akhir Piala Dunia di Stadium Al Thumama, Doha. – Foto REUTERS

 

Bruno Fernandes juga mempunyai peluang untuk menyamakan kedudukan sebelum rehat, namun rembatannya dari sebelah kanan padang terkena palang. Cristiano Ronaldo, yang dimasukkan di awal babak kedua, mempunyai peluang di akhir permainan untuk menjaringkan gol untuk Portugal, namun Bounou sekali lagi pantas menyelamatkan keadaan. Maghribi akan bertemu pemenang antara Perancis dan England yang akan beraksi selepas ini.

Tahniah buat pasukan Morocco, buat pasukan Portugal jangan bersedih, team korang pun hebat, cuma dibahagian finishing kurang tajam dan palang jadi halangan pulak. Ini adalah penyertaan terakhir piala dunia buat Cristiano Ronaldo dalam pentas piala dunia edisi 2022. Pastilah dia sedih, menangis, member tak rileks ,ada jugak yang datang dekat dia nak sign autograph lah apa nak menganjing ke apa.

 

Share this on WhatsApp

PIALA DUNIA, Sukan MAGRIBI ke separuh akhir piala dunia tewaskan portugal 1-0, MARA KE SEPARUH AKHIR PIALA DUNIA 2022, MOROCCO SINGKIR PORTUGAL 1-0, morroco mara ke separuh akhir piala dunia 2022

CNY PROMO LAZADA 2024

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.