Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Sukan / LIGA SUPER / MFL agih hak penyiaran sebanyak 18 juta +-

MFL agih hak penyiaran sebanyak 18 juta +-

Zik · Feb 20, 2020 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp

mfl

Berita baik untuk pasukan liga malaysia bagi tahun 2020. Liga Bolasepak Malaysia (MFL) telah mengumumkan agihan pendapatan atau hak penyiaran RM1 juta bagi pasukan Liga Super dan RM500,000 untuk pasukan Liga Perdana musim ini.

Berdasarkan Perlembagaan MFL Jadual 7 (Pengedaran Pendapatan Rakan Kongsi Liga) dan 7A, jumlah agihan kepada Rakan Kongsi Liga akan ditentukan Ahli Lembaga Pengarah MFL jika pendapatan penajaan kepada Rakan Kongsi Liga adalah kurang atau melebihi RM18 juta.

Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MFL Datuk Abdul Ghani Hassan berkata, berdasarkan peruntukan itu pemberian agihan kepada Rakan Kongsi Liga dibuat berdasarkan 75 peratus daripada pendapatan yang diraih oleh MFL.

“Berdasarkan pendapatan yang diraih MFL khususnya menerusi penajaan setakat ini, Insya-Allah kita akan membuat agihan pendapatan penajaan sejumlah RM18 juta keseluruhan kepada semua Rakan Kongsi Liga,” kata Abdul Ghani.

“Semua Rakan Kongsi Liga sedia maklum mengenai agihan ini menerusi taklimat yang kita adakan bagi menerangkan secara jelas mengenai pendapatan serta perbelanjaan operasi MFL musim ini.

“Sebagai Rakan Kongsi Liga, mereka faham bahawa agihan yang diterima berdasarkan pendapatan MFL tahun ini dan mengikut kontrak perjanjian bersama Rakan Kongsi Liga.”

Sebagai rekod, MFL berjaya mendapatkan dua penaja Liga Malaysia musim ini di manaTelekom Malaysia (TM) menjadi penyiar rasmi dan penaja utama Piala Malaysia 2020 termasuk penaja bersama Liga Super, Liga Perdana, Piala FA dan Piala Cabaran.

Sementara itu, CIMB Bank menjadi penaja utama Liga Super dan Piala Sumbangsih serta penaja bersama untuk pertandingan lain kelolaan MFL.

credit to bharian.com.my

 

Share this on WhatsApp

LIGA SUPER, Sukan MFL agih hak penyiaran 18 juta

About Zik

Berkongsi ilmu tentang, isu semasa, sukan, ekonomi, akademik, bijak wang, lelaki kacak dan peringatan untuk manfaat bersama-sama. Insyallah. Lanjut tentang penulis disini
PERINGATAN!! Pihak Zikri Husaini Dot Com, tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan. So, just be nice ok.

CNY PROMO LAZADA 2024

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.