Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Alam sekitar / Menghadapi musim panas luar biasa feb, mac dan april 2015

Menghadapi musim panas luar biasa feb, mac dan april 2015

Zik · Feb 24, 2015 · 6 Comments

Share this on WhatsApp

cuaca panas 2015

Ini laporan monsun yang dikeluarkan dari pihakberwajib, www.met.gov.my.

Sekarang ini memang tengah musim panas, so parit pun dah kering banyak tempat aku , johor nih. Katanya fenomena Ekuinoks, berlaku dinegara kita. Berdasarkan ramalan oleh portal cuaca, AccuWeather pula, bacaan suhu di beberapa bandar utama di Malaysia mulai 25 Februari ini mencecah 36 darjah Celcius dan boleh mencecah sehingga 38 darjah Celcius untuk negeri-negeri tertentu.

Suhu 38 darjah Celcius adalah bersamaan dengan suhu purata pada awal musim di Mekah, Arab Saudi dan cuaca normal di Malaysia adalah 34 darjah Celcius dan lebih daripada itu dianggap sebagai cuaca panas luarbiasa.

Pada amnya Negara masih berada di dalam Monsun Timur laut yang dijangka berakhir pada Mac nanti. Pada bulan lalu menunjukkan taburan hujan lebih tertumpu di kawasan Sabah dan Sarawak, di mana terdapat beberapa kejadian banjir telah berlaku di Sarawak pada awal tahun ini. Pada masa yang sama juga beberapa kawasan telah mengalami keadaan panas dan kering terutamanya di Utara dan Selatan Semenanjung Malaysia.

Sehingga awal Februari 2015, suhu di tropika timur Lautan Pasifik lebih panas daripada biasa, walaupun terdapat tanda-tanda ia mula menyejuk sedikit. Oceanic Niño Indeks (ONI) bagi bulan November (purata SST bagi Oktober-November-Januari 2014) kekal kepada 0.7°C. Berdasarkan apa yang berlaku sekarang, kemungkinan El Niño terbentuk adalah semakin kecil. Kebanyakan model-model iklim masih menjangkakan kemungkinan untuk berlakunya El Niño yang lemah sehingga Mac 2015 adalah antara 40-55%. Walau bagaimanapun, El Niño lemah tidak memberikan kesan cuaca yang signifikan kepada negara.

Berdasarkan keadaan cuaca global pada ketika ini, jangkaan hujan pada bulan Mac 2014 di Semenanjung Malaysia dan Sarawak adalah pada paras purata manakala Sabah dijangka menerima hujan sedikit di bawah paras purata. Manakala. bagi bulan April 2015 pula, seluruh Negara dijangka menerima taburan hujan yang normal.

Semenanjung
Jangkaan hujan pada bulan Mac dan April 2015 adalah pada paras purata. Dengan anggaran jumlah hujan pada bulan Mac 2015 adalah sehingga 300 mm bagi hampir ke semua kawasan, kecuali di Utara Semenanjung yang dijangka menerima hujan yang sedikit iaitu kurang 100 mm. Manakala, jangkaan jumlah hujan bagi April 2015 pula, adalah antara 100 mm hingga 300 mm bagi seluruh kawasan kecuali Kelantan dan Terengganu yang dijangka menerima hujan yang kurang dengan anggaran kurang dari 100 mm.

Sabah
Pada bulan Mac 2015 dijangkakan menerima hujan sedikit di bawah purata dengan anggaran jumlah hujan kurang 200 mm. Manakala pada April 2015 pula, jangkaan hujan adalah pada paras purata dengan anggaran jumlah hujan antara 100 mm hingga 300 mm bagi seluruh kawasan.

Sarawak
Ssepanjang tempoh ramalan dijangka menerima taburan hujan pada paras purata. Pada bulan Mac 2015 anggaran jumlah hujan adalah di antara 200 mm sehingga 500mm manakala anggaran hujan bagi bulan April 2015 adalah antara 100 mm hingga 400 mm.

Jangkaan taburan hujan dan peratusan anomali hujan di seluruh negara bulan Mac dan April 2015 adalah seperti berikut.

Orang ramai dinasihatkan ikut peringatan seperti dibawah gambar ini. Minum air dalam kuantiti yang banyak yer. Huhu

cuaca panas2

Share this on WhatsApp

Alam sekitar fenomena cuaca panas 2015, Fenomena Ekuinoks februari 2015, musim kemarau 2015, musim kemarau mac dan april 2015, peringatan musim panas, perkara yang harus dilakukan musim panas, pesanan musim kemarau 2015

About Zik

Berkongsi ilmu tentang, isu semasa, sukan, ekonomi, akademik, bijak wang, lelaki kacak dan peringatan untuk manfaat bersama-sama. Insyallah. Lanjut tentang penulis disini
PERINGATAN!! Pihak Zikri Husaini Dot Com, tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan. So, just be nice ok.

CNY PROMO LAZADA 2024

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Comments

  1. Hero Borneo says

    February 24, 2015 at 1:10 am

    risau juga kalau cuaca panas dah 38 darjah celsius!

    Reply
  2. islam di dadaku says

    February 24, 2015 at 3:43 am

    selalu bertawakkal kepada Nya akan ujian di Dunia ini semoga kita dilindungi dari segala Bahaya Amin

    Reply
  3. ZOOL says

    February 24, 2015 at 11:26 am

    memang cabaran besar menghadapi musim panas ni.. kena minum air kosong banyak

    Reply
  4. titan says

    February 25, 2015 at 10:24 pm

    memang panas gak la.

    jadi minum la air banyak-banyak sikit.

    Reply
  5. adarain says

    March 4, 2015 at 11:35 am

    Memang panas time nak tido malam pun panas. Tapi mengingatkan ada lagi tempat yg panas kira syukurlah panas ni sementara sahaja.

    Reply
  6. puan asmaa says

    March 17, 2015 at 11:20 pm

    kena kurangkan aktiviti luar, minum air masak banyak. Musim panas ni merisikokan kita kepada strok haba. Strok haba ni keadaan yang tidak boleh diambil mudah kerana boleh menjejaskan kesihatan dengan serius

    Reply

Leave a Reply to Hero Borneo Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.