
Pasukan perancis menang dengan penuh bergaya perlawanan malam semalam yang ditunjukkan oleh kedua-dua pasukan.
KAZAN, Russia: Jurulatih Didier Deschamps menegaskan Perancis berjaya menjawab kritikan dengan persembahan ‘hebat’ untuk mara ke suku akhir Piala Dunia selepas mengatasi Argentina 4-3, sebentar tadi.
Les Bleus bergelut dengan persembahan kurang meyakinkan sepanjang aksi kumpulan di Russia dan Deschamps berkata, beliau amat gembira kerana akhirnya pemain dapat menepati jangkaan.
“Kami perlu bertindak balas (kepada pengkritik) dan kami menjawabnya dengan baik hari ini. Sentiasa ada kritikan. Tapi kami perlu membuktikannya di tengah padang dengan persembahan berkualiti dan baik yang kami lakukannya malam ini.
“Kami memastikan Argentina merana. Ia perlawanan yang mendebarkan. Jelas sekali ada beberapa kesilapan.
“Kami bermula perlahan apabila ketinggalan 2-1 tapi kami tahu bagaimana untuk bertindak balas. Kami berjaya memastikan semuanya dilakukan dengan mudah pada hujung permainan.
“Ia amat menyeronokkan. Saya gembira buat pemain yang berjaya melayakkan diri ke suku akhir. Seperti yang saya katakan sebelum perlawanan, kami sudah membuat persiapan berbulan-bulan untuk bermain dalam perlawanan ini.”
KEPUTUSAN PENUH :
FRANCE 4-3 ARGENTINA.
Penjaring :
- France (Griezmann 13-penalti, Pavard 57, Mbappe 64, 68)
- Argentina 3 (Angel Di Maria 41, Mercado 48, Aguero 93)
Jumlah Penonton: 42,873
Pengadil: Alireza Faghani (Iran)
Pemain Terbaik Perlawanan: Kylian Mbappe (FRA)
Taktikal :
Perancis (4-2-3-1):
Hugo Lloris (kp); Benjamin Pavard, Raphael Varane, Samuel Umtiti, Lucas Hernandez; Paul Pogba, N’Golo Kante; Kylian Mbappe (Florian Thauvin 89), Antoine Griezmann (Nabil Fekir 83), Blaise Matuidi (Corentin Tolisso 75); Olivier Giroud.
Jurulatih: Didier Deschamps (FRA)
Argentina (4-3-3):
Franco Armani; Gabriel Mercado, Nicolas Otamendi, Marcos Rojo (Federico Fazio 46), Nicolas Tagliafico; Enzo Perez (sergio Aguero 66), Javier Mascherano, Ever Banega; Cristian Pavon (Maximiliano Meza 75), Lionel Messi (kp), Angel Di Maria.
Jurulatih: Jorge Sampaoli (ARG)
Kad kuning:
Perancis: Matuidi 72, Pavard 73, Giroud 93.
Argentina: Rojo 11, Tagliafico 19, Mascherano 43, Banega 50, Otamendi 93.
Ulasan perlawanan :
KAZAN – Bayangan trofi Piala Dunia 2018 seolah-olah memanggil nama Perancis selepas kejayaan menewaskan pasukan pilihan, Argentina 4-3 pada pusingan 16 pasukan terbaik di Stadium Arena Kazan malam tadi.
Penyerang muda, Kylian Mbappe muncul wira buat pasukan bimbingan Didier Deschamps apabila meledak dua gol sekali gus menghidupkan misi menjulang trofi paling berprestij tersebut buat kali kedua selepas muncul juara pada 1998.
Argentina yang diketuai penyerang terbaik dunia, Lionel Messi gagal mengulangi pencapaian layak ke final Piala Dunia 2014 di Brazil serta menamatkan kemarau selama 32 tahun menang Piala Dunia apabila kali terakhir berbuat demikian pada 1986 di Mexico.
Dalam aksi itu, Perancis membuka tirai jaringan pada minit ke-13 menerusi sepakan penalti yang disempurnakan penyerang Atletico Madrid, Antoine Griezmann.
Bagaimanapun, Angel Di Maria menyamakan kedudukan buat Argentina (m-41) sebelum Gabriel Mercado menceriakan penyokong-penyokong La Albiceleste dengan meletakkan pasukan bimbingan Jorge Sampaoli berada di depan buat pertama kali pada minit ke-48.
Namun, kegembiraan itu tidak bertahan lama apabila Benjamin Pavard kembali menyamakan kedudukan buat Les Bleus (m-57) sebelum Mbappe mencuri tumpuan dengan meledak gol ketiga dan keempat buat Perancis dalam tempoh empat minit (m-64 dan m-68).
Penyerang Argentina, Sergio Aguero kembali merapatkan jurang jaringan apabila meledak gol ketiga tetapi kebangkitan lewat La Albiceleste tidak bermakna apabila terpaksa akur tewas 3-4 kepada Perancis.
Tonton disini video goal highlghts :
FRANCE 4-3 ARGENTINA.
Bintang france Mbappe yang menyerlah..
MOSCOW: Lupakan seketika Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo kerana kini muncul seorang pemain muda berbakat besar yang sudah bersedia untuk menarik perhatian ramai serta mencipta nama selaku generasi baru bintang bola sepak dunia.
Pemain muda Perancis, Kylian Mbappe mempamer aksi bertenaga awal pagi tadi ketika membantu Perancis menewaskan Argentina yang diketuai Messi 4-2 pada pusingan kedua.
Dua gol sumbangannya menjadikan jumlah keseluruhan gol dijaringkan mencecah tiga, hanya ketinggalan dua gol di belakang penjaring terbanyak, Harry Kane dari England dan satu di belakang bintang Belgium, Romelo Lukaku.
Messi dan Ronaldo yang menyaksikan Portugal tewas 1-2 kepada Uruguay, diramal akan bertembung di suku akhir, namun kedua-dua bintang itu terpaksa pulang lebih awal.
Messi yang mencipta pelbagai kejayaan bersama Barcelona menyaksikan dia paling hampir menjulang Piala Dunia pada 2014, namun ketika itu Argentina tewas kepada Jerman.
Bintang Real Madrid, Ronaldo pula yang membantu Portugal muncul juara Eropah dua tahun lalu, kemungkinan besar tidak akan beraksi pada edisi Piala Dunia seterusnya sekali gus menyaksikan pencapaian terbaiknya di Piala Dunia adalah pada 2006 ketika Portugal mara ke separuh akhir.
Mbappe pula mencipta rekod baru yang belum pernah dapat dilakukan sejak 60 tahun lalu apabila muncul pemain muda pertama meledak dua gol di Piala Dunia sejak Pele pada 1958.
“Saya sangat gembira kerana dibandingkan dengan pemain hebat seperti Pele,” kata Mbappe yang lahir beberapa bulan selepas Perancis memenangi Piala Dunia 1998.
“Apapun, adalah sesuatu yang amat hebat dapat tersenarai bersama mereka yang meraih pencapaian luar biasa,” katanya lagi. – AFP

Leave a Reply