Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Sukan / Russia tewas 3-4 Penentuan penalti Russia 2vs2 Croatia piala dunia 2018

Russia tewas 3-4 Penentuan penalti Russia 2vs2 Croatia piala dunia 2018

Zik · Jul 8, 2018 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp

piala dunia, world cup 2018, logo piala dunia 2015,

SENGIT!!

Namun pasukan Russia tidak boleh mengharapkan penalti sekali lagi setelah mengetepikan pasukan Spain dengan kemenangan 4-3 perlawanan yang lepas setelah terikat 1-1. Kali hampir sama skripnya, cuma dari segi corak permainan dan jaringan. Russia terikat 2-2 dengan Croatia dalam perlawanan bertarung selama 120 minit termasuk masa tambahan.

KEPUTUSAN PENUH PERLAWANAN :

RUSSIAN 2-2 CROATIA*

Croatia menang melalui sepakan penalti 4-3.

Penjaring :

  • Russia 2 (Denis Cheryshev, m31, Mario Fernandes, m115)
  • Croatia 2 (Andrej Kramaric, m39, Domagoj Vida, m100)

Ulasan cap ayam. 

Russia terlebih dahulu menjaringkan gol pendahuluan pada minit ke 31 dari pemain Denis yang menyepak sebelah kanan gawang dan gol. Keeper hanya tergamam melihat sepakan deras itu.

Namun kegembiaraan Pasukan Russia tidak lama, apabila pada minit  ke 39, Croatia menyamakan kedudukan 1-1 apabila tanddukan Andrej tepat di kepala dan terus masuk ke gawang hasil dari hantaran Manzhukic tepat kepada andrej tinggal hulur kepala , keeper tak dapat nak tampan bola itu.

Diminit masa tambahan inilah masing -masing mendapat satu gol lagi mengikat kedudukan 2-2. Nyaris-nyaris russia tertewas akhir sehingga masa perlawanan hampir tamat, minit ke 115 berjaya menjaringkan gol penyamaan. Maka terpaksalah melalui penentuan penalti. Setelah habis minit ke 120. Tiada lagi jaringan berjaya dihasilkan.

Video goal highlights :

Russia tidak menjangka perjuangan mereka di Piala Dunia akan berakhir dengan penentuan sepakan penalti selepas persembahan membanggakan pada suku akhir menentang Croatia, awal pagi tadi.

Malah, semangat melawan yang dipamerkan pasukan tuan rumah itu meninggalkan pentas Piala Dunia kali ini dengan pujian daripada peminat mereka sama ada di dalam dan luar negara.

Russia memasuki kejohanan sebagai pasukan bawahan tetapi berjaya mara hingga ke suku akhir, mengalahkan juara dunia 2010 Sepanyol pada pusingan 16 terakhir.

Seluruh peminat mereka mungkin tidak akan menjangkakan persembahan seperti itu daripada barisan pemain yang dianggap sebagai wira negara.

Jurulatih Russia, Stanislav Cherchesov mengakui pasukannya tetap kecewa dengan keputusan yang diperoleh.

“Saya percaya bahawa perkara paling utama adalah bagaimana cara kami tinggalkan kejohanan ini – lebih baik untuk meninggalkannya apabila anda berasa bangga,” kata Cherchesov kepada pemberita.

“Kami tidak mempunyai apa-apa peluang untuk memenangi piala ini dan sudah tentu kami sedih. Tetapi kami menunjukkan nilai pasukan kami.”

Sepakan penalti Fyodor Smolov diselamatkan Danijel Subasic dan walaupun penjaga gawang Russia, Igor Akinfeev menyelamatkan tendangan Mateo Kovacic, nasib mereka ditentukan dengan kegagalan Mario Fernandes menyudahkan sepakan ketiga.

Cherchesov berkata, pasukannya yang menduduki tangga ke-70 dalam ranking Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) sebelum Piala Dunia, sepatutnya berada pada tahap lebih tinggi.

“Sejak saat pertama saya membentuk pasukan ini, saya tahu di mana tempat yang kami akan tuju,” katanya.

“Saya percaya kami sudah berjaya, tetapi sudah tiba masanya untuk membuka langkah ke hadapan.”

Cherchesov turut menjelaskan Presiden Russia, Vladimir Putin menghubunginya sebelum dan selepas perlawanan.

“Vladimir Putin bercakap dengan saya hari ini dan beliau menghubungi saya dengan mengucapkan tahniah,” kata Cherchesov.

“Kami memaklumkan kepada beliau yang kami kecewa. Beliau berkata kami perlu terus membuka mata dan bergerak ke langkah yang seterusnya.” – Reuters

Pasukan Croatia akan bertemu dengan Pasukan England dalam saingan separuh akhir piala dunia pada hari selasa ini jam 2 pagi. 10.7.2018. Tahniah buat pasukan croatia,!!!Tahniah juga buat pasukan Russia selaku tuan rumah. Dapat sampai di suku akhir aku rasakan ianya satu pencapaian yang cukup baik buat tuan rumah.

 

Share this on WhatsApp

Sukan keputusan penuh croatia vs russia 8 julai 2018, keputusan penuh russia vs croatia 8 julai 2018, keputusan russia vs croatia 8.7.2018, ulasan croatia vs russia 2018

About Zik

Berkongsi ilmu tentang, isu semasa, sukan, ekonomi, akademik, bijak wang, lelaki kacak dan peringatan untuk manfaat bersama-sama. Insyallah. Lanjut tentang penulis disini
PERINGATAN!! Pihak Zikri Husaini Dot Com, tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan. So, just be nice ok.

CNY PROMO LAZADA 2024

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.