Novel Hati Perempuan karya Nur Ain Al-Abbas merupakan diadaptasi ke drama bersiri di slot Akasia TV3. Drama arahan Kas Roshan ini menyusul selepas tamatnya drama Teman Lelaki Upahan. Menampilkan gandingan pelakon baharu iaitu Syarul Ridzwan dan Mia Ahmad (Sepupu Shila Amzah) . Saksikan drama ini bersiaran bermula 30 Mac 2015, pada setiap hari Isnin hingga Khamis pukul 6.55 petang di TV3. Juga boleh disaksikan di laman tonton.com.my
JUDUL : HATI PEREMPUAN
EPISOD : 28 episod
TARIKH : 30 Mac 2015 (Isnin-Khamis, 6.55 petang)
SIARAN : Slot Akasia TV3
PENGARAH : Kas Roshan
SKRIP : Nieza Nahar
NOVELIS : Nur Ain Al-Abbas
TERBITAN : Creative Skill Solution
PELAKON : Syarul Ridzwan, Mia Ahmad, Hafreez Adam, Hafeez Mikail, Nadzmi Adhwa, Bella Nazari, Zuhairie Ibrahim, Noniswara, Mustaqem Bahadhon, Azlan Azman, Beego, Niena Baharun, Azhar Sulaiman, Lia Asmizz, Hazwan Halim, Kuna Muzani, Ryiena Ismail, Khatijah Tan, Aidil Aziz, Hanafi Rahman
WATAK PELAKON
- Syarul Ridzwan sebagai Tengku Zaril
- Mia Ahmad sebagai Yuhanis
- Hafreez Adam sebagai Daniel Idrus
- Hafeez Mikail sebagai Tengku Zarul
- Nadzmi Adhwa sebagai Tengku Zaqif
- Bella Nazari sebagai Tengku Amalin
- Zuhairie Ibrahim sebagai Tengku Hazimi
- Noniswara sebagai Tengku Durahtul
- Mustaqem Bahadhon sebagai Syed Ammar
- Azlan Azman sebagai Nazim
- Beego sebagai Umar
- Niena Baharun sebagai Maisara
- Azhar Sulaiman sebagai Tuan Izuddin
- Lia Asmizza sebagai Edrina
- Hazwan Halim sebagai Jefry
- Kuna Muzani sebagai Safiah
- Ryiena Ismail sebagai Umairah
- Khatijah Tan sebagai Puan Sri Khadijah
- Aidil Aziz sebagai Nizam
- Hanafi Rahman sebagai Yazid
LAGU TEMA / OST HATI PEREMPUAN
Lagu : Sampai Mati
Penyanyi : Hazama
Lagu : Takkan Pudar
Penyanyi : Ernie Zakri
Lagu : Bunga Dhia
Penyanyi : Aiman
Pengalaman yang lepas telah mengajar Yuhanis tentang erti perbezaan taraf hidup. Akhirnya Yuhanis menjadi seorang wanita yang terlalu berhati-hati dan mementingkan rasional berbanding emosi. Kerana sikapnya itu, dia terlepas pandang terdapat insan yang menyayanginya dalam diam. Namun, pemberian kotak kecil berbalut rapi dengan ikatan reben berwarna keemasan tanpa nama penerima amat mengejutkan Yuhanis. Bertambah tidak percaya apabila kata-kata lamaran disertakan sebentuk cincin yang ada di dalam kotak kecil tersebut datang daripada sang pria terhangat di pasaran.
“Kenapa ni?” – Tengku Zaril.
“This is yours?” – Yuhanis.
“Adakah saya nampak macam lelaki yang memakai cincin perempuan? You must be joking.” – Tengku Zaril.
“Saya tak bergurau tapi tengku yang bergurau!” – Yuhanis.
“I proposed you, Cik Yuhanis.” – Tengku Zaril.
Kata orang cinta itu bukan sekadar ucapan, tetapi jika tidak diungkapkan, ia juga tidak akan lengkap dengan sendirinya. Jika cinta tidak diluahkan, ia tidak akan ke mana-mana. Jika cinta hanya sekadar luahan, ia menjadi kosong dan tidak bermakna.
“Just say ‘yes’ and we’ll begin.” – Tengku Zaril.
“Takkan semudah itu.” – Yuhanis.
Lalu… Mampukah cinta yang harus memiliki itu dapat dirasai oleh Yuhanis dan Tengku Zaril?
Atau mungkin Yuhanis masih ada kesangsian cinta Tengku Zaril terhadap dirinya?
Atau mungkin Yuhanis masih ada kesangsian cinta Tengku Zaril terhadap dirinya?
Sedikit petikan dari novel…
“Aril!” Ketukan di pintu bilik bertalu-talu menganggu tidur mereka. Yuhanis membuka matanya perlahan. Jam di meja sisi katil menunjukkan tepat pada pukul 8 pagi. Selepas solat subuh tadi mereka terlelap kembali. Kalau Tengku Zaril memang tidur mati. Mungkin penat bekerja sepanjang minggu.
“Aril, Anis!” Ketukan bergema lagi. Yuhanis pantas bangun menuruni katil mahu menuju ke pintu bilik. Tetapi langkahnya tergantung ketika tersedar sesuatu. Dia hanya memakai robe satin paras lutut berwarna krim. Jelas sekali suara yang memanggil di luar bilik itu adalah Tengku Hazimi.Yuhanis mendekati suaminya yang masih lena di bawah comforter.
“Zaril.” Tubuh itu digoncang perlahan. Tidak ada sebarang reaksi.
“Zaril, bangun!” Kali ini dia mengoncangkan tubuh itu lebih kuat. Hanya dengusan tidak puas hati yang diterimanya malah Tengku Zaril comforter ditarik menutupi kepalanya. Yuhanis mengetab bibir.
“Bangunlah!” marahnya sambil menarik comforter dan dicampakkan ke hujung tilam.Tengku Zaril membuka mata kerana terasa dingin. Matanya kuyu mencari wajah isterinya.
“What?” Dia memandang Yuhanis yang berdiri di sisi katil dengan keadaan separuh mamai.
“Aril!” Panggilan di pintu bilik kedengaran lagi. Yuhanis menjongketkan kening sambil mengisyaratkan ke pintu. Tengku Zaril mendengus.
“Ayahanda, masih awal ni. Aril penat. No golf, no riding, no anything. Ajak angah dan achik la.” Dia separuh menjerit. Kalau cuti ahad begini, apalagi aktiviti ayahandanya selain bermain golf atau menghabiskan masa dengan rakan seperniagaannya.
“Ayahanda tahu Aril penat tapi ayahanda nak Aril dan Anis bersiap sekarang. Why? Buka pintu ni dan ayahanda akan jelaskan.” Arah ayahandanya. Tengku Zaril tidak ada pilihan. Dia bangun.
“Pergi mandi dulu.” Dia memandang isterinya. Yuhanis pantas menapak menuju ke bilik mandi tanpa banyak soal. Setelah pasti wanita itu masuk ke bilik mandi barulah Tengku Zaril membuka pintu bilik.
“Apa hal, ayahanda? Sounds very important.” Wajah keruh dihadapan muka pintu bilik itu dipandang. Macam ada hal serius aje!
“Are you still remember Tan Sri Idris?”
“Tan Sri Idris? Owner Medival Corp or..”
“Ya, Med Corp. Dia dah tak ada. Accident malam tadi. Now, ayahanda dan bonda nak ke rumah keluarga arwah. Aril dengan Anis jangan tak pergi. Bawa adik-adik kamu sekali.”
“Inalillah Wainalillahi rajiuun.” Walaupun tidak ada sebarang urusan perniagaan dengan Medival Corp tetapi sebagai individu yang berada dalam dunia perniagaan, pemergiaan itu satu kehilangan.
“Jumpa kat sana nanti.” Tengku Hazimin berpaling.
“Tak cukupkah kalau ayahanda saja yang pergi?” soalnya membuat ayahandanya kembali menoleh.
“Kalau cukup tak ada ayahanda bangunkan Aril.”
“Oh..okay.” Dia senyum paksa.
“Dah. Jangan lupa ajak angah dan achik. Ayahanda dah suruh Mak Wan kejutkan mereka tadi.”Pesan ayahandanya sebelum berlalu.
Yuhanis memandang kearah banglo dua tingkat berbumbung warna kelabu itu. Dahinya berkerut. Tengku Zaril memakirkan keretanya agak jauh dari pintu pagar kerana halaman sudah dipenuhi kereta-kereta tetamu yang datang mahu menyampaikan ucapan takziah pada keluarga arwah.
Sewaktu Tengku Zaril menyebut nama Tan Sri Idris tadi, Yuhanis seperti terkena kejutan eletrik. Dia mula ragu-ragu mahu ke rumah itu. Tetapi dia tidak ada alasan yang boleh diberikan untuk mengelak. Malah Tengku Zaqif dan Tengku Zarul juga tidak ada pilihan apabila Tengku Zaril sendiri yang mengetuk pintu bilik mereka selepas ketukan Mak Wan tidak diendahkan.
“Kenapa nampak tak suka datang sini?”Tengku Zaril menoleh pada isterinya yang nampak gelisah sambil menarik brek tangan.
“Datang ke rumah orang meninggal siapa yang suka?” Soal Yuhanis kembali disambut dengan tawa lucu Tengku Zaqif.
“Iyalah, along. Tak ada orang yang suka.” Sahutnya. Tengku Zaril menoleh ke seat belakang memandang adiknya. Sengihan pemuda itu mati.
“Yang angah gelak apahal?” tempelaknya. Tengku Zarul menjelirkan lidah pada Tengku Zaqif sambil berbisik perlahan, ‘padan muka’. Tengku Zaqif menjegilkan mata.
Mereka menapak masuk ke perkarangan banglo yang dipenuhi orang ramai. Suasana suram dapat dirasai melalui air muka tetamu yang berada di situ. Lain pula dengan Yuhanis. Dia menapak masuk dengan perasaan gelisah dan resah. Bacaan Surah Yassin bergema di ruang tamu. Jenazah yang terlantar di ruang tamu sudah selesai dikafankan dan ditutupi dengan kain putih. Kedatangan mereka disambut ala kadar oleh saudara arwah Tan Sri Idris. Tengku Zaril sempat memberikan ucapan takziah bagi pihaknya dan adik-adiknya.
Yuhanis yang memakai baju kurung putih dan bertudung putih seolah kebingungan mahu duduk di mana. Tidak ada seorangpun yang dia kenali berada di situ. Pandangan orang yang menuju padanya hanya dibalas dengan senyuman hambar.
“Yuhanis.” Panggilan dari arah tangga mengejutkan Yuhanis. Wanita separuh umur memandangnya dengan pandangan yang sukar ditafsirkan maksudnya. Yuhanis bertambah resah. Tidak mustahil dia akan dihalau keluar dari situ dalam beberapa saat lagi. Dia mahu menjauh tetapi tapak kakinya seolah melekat di atas jubin biru lembut ruang hadapan rumah itu.
“Anis datang?” Puan Sri Khadijah laju menuruni tangga dan menapak mendekati Yuhanis. Ya, memang sekejap lagi dia akan dihalau dari situ. Dia terundur setapak. Lemah kakinya mahu menampung berat tubuhnya sendiri.
“Mummy!” Suara dari luar menegah kuat. Lelaki yang masuk terburu-buru itu tambah meresahkan Yuhanis.
“Anis, Ya Allah!” Puan Sri Khadijah tidak mengendahkan tegahan anaknya. Dia memegang tangan Yuhanis yang sah tergamam.
“Mummy, don’t make a mess. Please.”Rayu Danial. Dia sudah penat menghadapi semua itu.
“Danny, ini Anis kan? Ya Allah akhirnya mummy berpeluang juga jumpa Anis. Anis ingat aunty kan?” mesra dan tiada sumpah seranah seperti yang dia fikirkan. Yuhanis was-was. Tengku Zaril memandang bingung. Tidak memahami situasi itu.
“Ingat aunty kan?”Tukas wanita itu. Yuhanis angguk. Mana mungkin lupa pada wanita yang pernah melemparkan sumpah seranah padanya dulu.
“Dah lama aunty nak jumpa Anis tapi Danny tak benarkan. Sumpah, aunty memang nak sangat jumpa Anis.”Mata wanita tua itu berkaca. Yuhanis tidak tahu reaksi bagaimana yang sesuai dia pamerkan saat ini. Wajah sugul Danial dipandang sebelum beralih pada suaminya yang jelas keliru dengan situasi itu. Tengku Zaril turut membalas pandangannya. Meminta penjelasan yang sememangnya hak baginya.
“Mummy.”Danial memaut bahu Mummynya. Menenangkan wanita yang baru sahaja bergelar balu Tan Sri Idris. Dia sendiri masih tidak dapat menyingkirkan kesedihan di hati atas musibah yang menimpa keluarganya.
“Maafkan segala dosa uncle pada Anis sebelum ni. Aunty rayu sangat kat Anis. Aunty pun minta maaf. Aunty tahu dosa aunty yang tidak rasional dan membabi buta pada Anis dulu.” Puan Sri Khadijah teresak. Kedua belah tangan Yuhanis diraih. Wajahnya yang sembab kini basah.
“Kalaulah masa boleh diputar kembali, aunty mahu Danny bahagia. Aunty mahu Anis jadi keluarga aunty. Aunty minta maaf. Semuanya salah aunty.”
“Mummy,Danny bahagia.” Pujuk Danial. Untuk apa dikesali perkara yang sudah berlalu. Itu hanya akan menambah deritanya.
“Kalau Anis tak sudi maafkan aunty..”
“Puan Sri, saya tak pernah berdendam pada Tan Sri dan Puan Sri. Setiap ibu bapa mahukan yang terbaik untuk anak-anaknya. Saya cukup faham.” Yuhanis memintas. Dia tidak selesa menghadap kesedihan Puan Sri Khadijah. Juga tidak senang dengan pandangan mereka yang berada di situ.
“Maafkan aunty.” Makin meruntun perasaan esakan wanita itu. Mungkin kerana pemergian suami tercinta secara tiba-tiba.
“Saya dah lama maafkan uncle dan aunty.”Yuhanis menguntumkan senyuman untuk meyakinkan mummy Danial. Berdendam pun apa gunanya pada Yuhanis. Hanya akan menambahkan penyakit hati.
“Betul?” wanita itu menagih kesungguhan. Yuhanis angguk. Serentak itu tubuhnya dipeluk Puan Sri Khadijah erat. Tangisan dilepaskan di bahu Yuhanis.
“Alhamdulillah. Terima kasih Ya Allah. Terima kasih, Yuhanis.” Terasa berkurangan bebanan dosa yang ditanggungnya selama ini. Yuhanis membalas pelukan wanita itu. Bahu Puan Sri Khadijah diusap lembut. Tidak sangka mereka boleh berpelukan sebegitu.
copy paste. infotaip.blogspot.com
mrhanafi.com says
wah..ceritai yang menarik..pasti ramai yang terhibut nanti
Noriza Rahman says
Ooooo..Mia Ahmad ni sepupu Shila Amzah..belum follow lagi cerita ni…