• Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Sukan / Malaysia u23 tewas 4-3 vs Indonesia u23 penentuan penalti separuh akhir sukan sea 2013

Malaysia u23 tewas 4-3 vs Indonesia u23 penentuan penalti separuh akhir sukan sea 2013

Zik · Dec 19, 2013 · 2 Comments

Share this on WhatsApp

image

Mesti ramai yang kecewa dengan keputusan games petang malam tadi. Malaysia u23 gagal mara ke final apabila tumpas kepada indonesia terikat 1-1 dan kalah dalam penentuan penalti. 4-3

Malaysia gagal pertahan emas.

Tak boleh nak salahkan siapa, mungkin banyak sangat kita mengharapkan skyad harimau muda terus cemerlang. Itulah dalam dunia bolasepak, mesti kena terima seadanya, kalau kita menafikan seolah-olah kita ini tidak terima kritikan.

Corak permainan harus ditukar.

Separuh masa pertama agak leka pemain kita yang mana kita ketinggalan satu gol dimana gagal mengunci pemain indonesia terus mengelicik dari kotak petak penalti. Kesilapab yang terbuka luas mengundang padah akhirnya. Indonesi didepan 1-0 ketika itu.

Separuh masa kedua.

Malaysia baru ada banyak menyerang. Tapi masih tak dapat idea yang betul betul tepat pada sasaran. Rozaimi dan hazman agak tenggelam.

Minit ke 65 kalau tak silap apabila oks memasukkan nazmi faiz mansur baru ada siri serangan yang menjadi. Namun penjaga gol indonesia lebih bersedia dan menangkap bola dengan kemas.

Peluang gol tercipta pada minit ke 84 , apabila malaysia mendapat sepakan sudut dan thamil arasu mendapat bolacdan terus merembat gol masuk ke sebelah kiri.

Permainan mengheret ke masa tambahan. Tiada serangan merbahaya. Pemain pun memang dah penat sangat, dua main dah hilang konsentrasi.

Penentuan penalti.

Ternyata indonesia punyai kelebihan penjaga gol meiga guntur yang tinggi lampai dan ada pengalaman lebih match 2 tahun yang lepas menjadi keeper lebih banyak gol dia dapat save. 2 sepakan pertama malaysia berjaya ditangkap. Memang dah morale down masa tuh.

Apa nak buat, indonesia memang lebih bersedia untuk persiapan penentuan penalti kali ini. Tahniah indonesia yang mara ke akhir sukan sea 2013.

Tahniah harimau muda.
Buat pasukan harimau muda janganlah bersedih dan bermuram. Anggaplah ini cabaran dan azimat untuk dihadapi pada masa hadapan. Kita harus terima keputusan ini dengan seadanya. Dan cuba perbaiki apa yang perlu ditambah lagi dalam apa-apa kejohanan dalam perlawanan. Kami dari sini sebagai penyokong sentiasa menyokong dari jauh. Kalah bukanlah bererti kita tidak akan bangkit pada masa akan datang.

Sokonglah pasukan harimau muda ketika kalah atau menang.

Itulah yang paling penting sekali. Jangan jadi penyokong lalang. Bila menang pujian melambung, bila kalah nak salahkan si polan bin si polan main tak betul lah. Salah fam lah, salah coach lah. Salahkan padang, salahkan refree. Macam-macamlah. Hati pemain lagilah sedih apatah lagi kita penyokong yang sedih dari hati yang lara nih.

Dah-dah malas aku nak meleret-leret panjang nih.

Indonesia mara ke final bertemu thailand(aku agak jerla) hari sabtu ini.sekian terima kasih dari meja sukan.

Posted from WordPress for Android

Share this on WhatsApp

Sukan indonesia u23 mara ke final sukan sea 2013, keputusan malaysia u23 vs indonesia u23. malaysia tewas indonesia 4-3 penentuan penalti sukan sea 2013, malaysia gagal pertahan sukan sea 2013

CNY PROMO LAZADA 2024

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Comments

  1. Razlan says

    December 21, 2013 at 1:16 am

    Perghh lama aku tak mai sini. Bro zik masih aktif ..cayala bro ..majulah sukan untuk negara

    Reply
    • Zik says

      December 21, 2013 at 8:45 am

      Xberapa sangatlah bro.. Suam2 kuku jer nih

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.

Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss