Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Sukan / Malaysia menang 2-0 VS Indonesia, mara ke separuh akhir piala suzuki AFF 2012

Malaysia menang 2-0 VS Indonesia, mara ke separuh akhir piala suzuki AFF 2012

Zik · Dec 2, 2012 · 8 Comments

Share this on WhatsApp

malaysia vs indonesia 2012 , keputusan malaysia vs indonsia 2012

Dramatik-dramatik.

Satu kronologi yang sangat mencemaskan bagi kumpulan B yang sebenarnya 4 pasukan ini masih berperang, dan sebenarnya berpeluang untuk mara ke separuh akhir. Memang betul, Singapura yang perlu menang atau seri dan jaringan gol yang banyak, Indonesia yang perlu sekurang-kurangnya Seri untuk perlawanan malam semalam, dan Laos juga masih berpeluang untuk mara, dengan mengharapkan menang ke atas Singapura dan jaringan yang banyak, huhu.Sambil itu juga, malaysia perlu MENANG dalam perlawanan akhir dalam kumpulan akhir, seri (boleh tetapi perlu jaringan yang banyak dengan mengharapkan laos menang atau seri. Ah pening lah, yang penting dah settle.

Namun, semuanya telah terjawab malam tadi dengan keputusan:

  • MALAYSIA 2-0 INDONESIA
  • SINGAPURA 4-3 LAOS

Singapura dan malaysia mara ke semi final.

Manakala di Group A, Thailand unggul juara kumpulan A dan Philippine naib juara. Ini bermakna Juara kumpulan A, thailand akan bertemu dengan Malaysia pada 9 haribulan ini dan Singapura akan bertemu dengan  Filiphina.

Laluan sukar buat skuad harimau malaya di pentas separuh akhir.

Memang betul,  kita terpaksa berhadapan dengan pasukan yang dianggap pasukan pilihan untuk juara pada kejohanan kali ini iaitu Thailand. Namun, bagi pasukan juara bertahan ini seharusnya tidak menjadikan alasan untuk terus mengaku kalah sebelum berperang. Namun, memang diakui, ramai pemain kita dah ada yang mengalami kecederaan yang serius. Seminggu pun belum cukup untuk recover kecederaan yang dialami ini. Hadui, nak buat macam mana bro??

Apa eksperiman Datuk K raja Gopal??

Itu, aku tak tahu, mungkin ada beberapa rombakan yang akan dibuat oleh k raja gopal untuk memastikan barisan harimau malaya ini terus berada di tahap optimum. Seterusnya mendapat kelebihan awal di tempat sendiri pada 9 haribulan ini, dan mendapat bekalan yang selesa sebelum perlawanan timbal balik di thailand. Bukan suatu tugas yang mudah buat jurulatih kebangsaan kita ini.

Ringkasan Ulasan perlawanan malaysia VS Indonesia.

Malam tadi memperlihatkan persembahan titik tolak untuk melayakkan diri ke pusingan seterusnya dimana malaysia dan indonesia masing-masing memburu mata untuk menconfirmkan kedudukan yang lebih selamat. Namun, malaysia berjaya mengalahkan indonesia di tempat sendiri. Apepun perlawanan yang sungguh bermakna pada malam semalam.

Pada awal 15 minit pertama, malaysia dilihat goyah diserang hebat oleh indonesia dengan serangan demi serangan. Mujurlah, farizal marlias terus cemerlang menampan rembatan kencang dari mereka. Kelihatan malaysia belum mendapat rentak sebenar.

Pemain negara berjuang bermati-matian menangkis serangan-serangan berbisa lawan, terutama melalui Andik Vermansyah dan pujian harus diberikan kepada barisan pertahanan negara yang menyerap segala tekanan skuad Garuda.

Mahu tak mahu, Rajagobal terpaksa melakukan tiga pertukaran awal ketika permainan masih berbaki 20 minit ekoran masalah kecederaan yang dialami oleh pemain. Safee Sali terpaksa meneruskan permainan biarpun cedera dan semangat pahlawan Harimau Malaya memang wajar dipuji.

Jika Garuda berbangga dengan Andik, Wan Zack Haikal Wan Nor sebenarnya nampak lebih hebat daripada pemain itu dengan banyak kali berjaya membolosi kawalan pertahanan Indonesia.

Seperti dijangka, S. Kunanlan yang diberitakan mengalami kecederaan pangkal paha tidak diturunkan bersama Khyril Muhymeen. Datuk K. Rajagobal menurunkan Azamuddin mengisi posisi sayap di sebelah kiri.

Aksi di bahagian tengah juga kurang menjadi dengan Safiq Rahim yang digandingkan bersama Shakir Shaari sering kali melepaskan kawalan bola kepada Garuda.Namun, percaturan taktikal Rajagobal menukar Azamuddin ke bahagian kiri dan Wan Zack pula ke kanan memberikan pulangan lumayan apabila dua gol dapat dicipta dalam tempoh  yang sangat singkat dalam lebih kurang lima minit.

Gol pertama nekad malaysia, ulang tayang aksi 2010.

Melalui gerakan satu dua bersama Wan Zack, Mahali melakukan hantaran silang cantik ke dalam kotak penalti Indonesia yang sempat disentuh sedikit oleh Safee dan dilunaskan penuh bergaya oleh Azamuddin Akil, pemain pahang katanya. Huhu.

Gol pertama minit ke 26.

Gol itu ternyata menggamatkan lebih kuranglah 85,000 penonton yang membanjiri Stadium Nasional Bukit Jalil, di mana 70,000 daripadanya adalah penyokong Malaysia. Banyakkan!!!

Tidak sampai tiga minit kemudian, kegembiraan penyokong Harimau Malaya berterusan.

Berpunca daripada kawalan Wan Zack, dia bijak menduga gerakan Mahali dan melorongkan bola kepada bek kanan negara itu sebelum melepaskan percubaan daripada sudut sukar bagi meletakkan Harimau Malaya selesa di hadapan. 2-0 Ketika itu, satu komunikasi yang baik, dan satu peluang yang tidak seharusnya disia-siakan.

http://img254.imageshack.us/img254/6504/mahalijasuli.jpg

Tersentak dengan jaringan itu, Nil Mahzar tiada pilihan kecuali memasukkan bintang muda mereka, Andik tetapi kubu pertahanan Malaysia yang dikendalikan Aidil Zafuan dan Mohd. Fadhli Shas berjaya memenuhi janji mereka bagi memastikan gawang Harimau Malaya tidak bocor lagi.

Bagaimanapun kemenangan Malaysia terpaksa dibayar dengan harga yang mahal kerana dua penyerang utama, Norshahrul dan Safee berdepan kecederaan dan belum pasti dapat pulih dalam tempoh seminggu ini. Itu belum kira dengan berapa koleksi kad kuning malaysia dapat tuh?? huhu.

metro harimau malaya, eksiperimen k raja gopalmenjadi,

Hehe. Saja bagi harian metro versi troll nih.

Syabas buat skuad harimau malaya dan indonesia jangan bersedih.

Selaku penyokong setia skuad kebangsaan, kita memang mengharapkan kemenangan dan juga harap pasukan kita dapat lakukan yang terbaik untuk aksi dipentas seterusnya di separuh akhir ini nanti. Buat pasukan indonesia, janganlah bersedih dan terus kalian mencaci pasukan kami. Seharusnya kita bersatu menyokong pasukan kami pula yer!! All the best !!!

Share this on WhatsApp

Sukan gol azamuddin akil malaysia vs indonesia 2012, gol azamudin akil malaysia vs indonesia 2012, gol mahali jasuli malaysia vs indonesia 2012, keputusan malaysia vs indonesia 2012, keputusan terkini malaysia vs indonsia 2012, malaysia mara ke semi final piala aff 2012, video goal mahali jasuli malaysia vs indonesia, video gol highlights malaysia vs indonesia 2012, Video Malaysia vs Indonesia Piala AFF 2012, youtube goal highlights malaysia vs indonesia 2012

About Zik

Berkongsi ilmu tentang, isu semasa, sukan, ekonomi, akademik, bijak wang, lelaki kacak dan peringatan untuk manfaat bersama-sama. Insyallah. Lanjut tentang penulis disini
PERINGATAN!! Pihak Zikri Husaini Dot Com, tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan. So, just be nice ok.

CNY PROMO LAZADA 2024

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Comments

  1. TehR says

    December 3, 2012 at 6:30 pm

    aku tak berdebar sangat main kat tempat sendiri nanti
    kena menang banyak gol tu buat bekalan ke tempat lawan

    Reply
  2. SamDaddyCool says

    December 5, 2012 at 7:31 pm

    Lega.. Malaysia menang game ni.

    Reply
  3. Juan says

    December 6, 2012 at 2:07 am

    yeyyyy malaysia menang

    Reply
  4. Jebeng Otai™ says

    December 6, 2012 at 11:11 pm

    tahniah kepada malaysia..hehe

    Reply
  5. ano says

    December 8, 2012 at 11:15 pm

    Truskan kemaraan harimau malaya…..gogogo

    Reply
  6. ohcikgu says

    December 9, 2012 at 1:20 am

    harap menang masa lawan thailand. tak kiralah tempat sendiri ke kat tempat lawan.

    Reply
  7. Timbangan Digital Murah says

    December 9, 2012 at 6:45 am

    harus sabar dan kerja keras di lain waktu kita balas demi sportifitas

    Reply
    • Zik says

      December 9, 2012 at 7:28 am

      ya mas,,, makasih diatas komentar yang profesional…

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.