Berikut dibawah ini adalah keputusan perlawanan bagi kumpulan A dan B. Dan juga keputusan pasukan yang layak mara ke separuh akhir.
Kumpulan A :
THAILAND U23 [0] VS SINGAPURA [2]
MALAYSIA U23 [1] VS INDONESIA [0]
KUMPULAN B
LAOS U23 [1] vs VIETNAM U 23 [3]
Carta Kumpulan A dan B
*Pasukan yang mendapat tempat 1&2 layak mara keseparuh akhir.
Singapura gagal mara ke separuh akhir biarpun menang!!
Singapura yang perlu menang dan mengharapkan malaysia kalah teruk dengan indonesia ternyata memang tidak memihak kepada pasukan ini untuk mara ke pusingan separuh akhir. Selain, perlu menjaringkan sebanyak mungkin Jaringan (4 gol) kalau tak silap. Untuk mengatasi jaringan malaysia.
Ternyata, harapan musnah apabila walaupun menang keatas thailand 2 kosong, tetapi malaysia menang keatas Indonesia 1-0 , menjadikan Singapura terpaksa menduduki tempat ketiga dalam saingan kumpulan A.
Myanmar dan Vietnam mara ke separuh akhir.
Kumpulan B memperlihatkan pasukan-pasukan yang bukan calang-calang sebenarnya. Apakah mampu untuk menundukkan myanmar buat malaysia dan Indonesia selaku tuan rumah adakah mampu untuk menundukkan Vietnam diantara pasukan yang digeruni.
Vietnam muncul juara kumpulan B setelah menewaskan Laos 3-1.
Biarpun terpaksa bermain 10 orang pada minit ke berapa (tak ingat). Pasukan ini garang membaut asakan. Biarpun pada awalnya ketinggalan 1-0. Namun bangkit mencari penyamaan dan menjarakkan kedudukan sehingga 3-1. (10 pemain tuh!)
Satu pasukan yang tidak boleh dipandang rendah sama sekali. Mungkin meramalkan, malaysia u23 akan bertemu Vietnam di pentas akhir nanti?? (ulangan akhir 2009 sukan sea) Apepun ia akan terjawab pada hari jumaat ini nanti.
Perlawanan Separuh akhir:
Malaysia u23 (Juara Kumpulan A) VS Myanmar U23 (Naib juara kumpulan B) 5 PM
Indoensia u23 (Naib Juara Kumpuan A VS Vietnam U23 (Juara kumpulan B) 8 PM
LOKASI: Stadium Bung Karno
cr table kedudukan terini sokernet.com
Tahniah Harimau Muda. well done boys. Next… Myanmar!
Tanniah kepada skuad Harimau Muda. Pertahanan kita main dengan begitu sekali.
myanmar dengan vietnam tu nampak macam sama kuat je