• Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Kemesraan yang berkekalan

  • Tentang Penulis
  • Pengiklanan
  • Pertanyaan
  • Peta Blog
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
  • Affiliate Area
  • DMCA
  • Newsletter
  • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
  • Tolong buat Artikel ini (request article)
  • LIVESCORE BOLA
  • Cart
  • Checkout
  • Shop
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Sukan / Malaysia membelasah laos 5-1 Piala Suzuki 2010, mara ke peringkat seterusnya!

Malaysia membelasah laos 5-1 Piala Suzuki 2010, mara ke peringkat seterusnya!

Zik · Dec 7, 2010 · 49 Comments

Share this on WhatsApp

raja gopal, skuad kebangsaan, skuad harimau, malaysia mara ke separuh akhir piala suzuki 2010, jurulatih negara bola sepak raja gopalAssalamualaikum dan salam sejahtera.

Piala Suzuki peringkat kumpulan A, pasukan bola malaysia unggul membelasah Laos 5-1.

Manakala perlawanan yang serentak, Thailand bertemu dengan indonesia. Keputusan 2-1, indonesia mendapat 2 penalti percuma.  Harapan untuk malaysia agak pudar bila thailand mula mendahului 1-0 pada minit ke-68  dihasilkan oleh Suree Sukha.

Pada masa yang sama, aku ingin mengucapkan terima kasih kepada bekas penyerang import Selangor, Bambang Pamungkas yang menjadi watak penting dalam membantu skuad negara layak ke separuh akhir, semalam. Beliau menyempurnakan 2 sepakan penalti pada minit ke 81 , dan minit 88.

Ringkasan perlawanan malaysia menentang Laos.

Pada gol pertama, Amri menanduk masuk gol pertama Malaysia pada minit ketiga hasil hantaran Norshahrul, tetapi malaysia terlalu alpa, lantas Laos pantas menyamakan kedudukan menerusi Lamnao Singto pada minit ketujuh.

Namun Malaysia berjaya menamatkan separuh masa pertama dengan mendahului 2-1 hasil jaringan kedua Amri yang menolak masuk bola hantaran kapten, Safiq Rahim pada minit ke-39.

Sisa perjuangan Laos semakin luntur selepas Malaysia menambah gol ketiga menerusi pemain gantian, Amirulhadi pada minit ke-73 dan gol keempat menerusi Norshahrul pada minit ke-76, kedua-duanya hasil kesilapan pertahanan Laos, Kitsada. Pesta jaringan Malaysia diakhiri bek kanan, Mahali yang naik ke atas untuk menyumbat gol kelima pada minit ke-90.

Gol malaysia

  • Amri Yahya   :  minit ke3, 39 2 gol
  • Amirulhadi     :  minit ke 73 1 gol
  • Norshahrul    :   minit ke 76 1 gol
  • Mahali            :   minit ke 90 1 gol

Gol Laos :

  • Lamnao Singto  minit ketujuh.1 gol.

Tahniah diucapkan buat pasukan malaysia. Dengan ini secara rasminya malaysia terus mara ke separuh akhir. Namun misi ini masih belum selesai, pencapaian ini masih belum boleh lagi dibanggakan.

Kumpulan A (kedudukan terkini)

  • Indonesia 9 mata (layak ke separuh akhir)
  • malaysia 4 mata (layak ke separuh akhir)
  • Thailand 2 mata
  • Laos 1 mata

Malaysia selaku naib juara Kumpulan A akan berdepan juara Kumpulan B iaitu sama ada Filipina, Vietnam atau Singapura pada 15 Disember di Stadium Nasional, Bukit Jalil dan di tempat lawan pada 18 Disember depan. Nantikan liputan seterusnya dari kami. Yehaa..

Akan diupdate masa ke semasa. Sekian terima kasih.

Share this:

  • Tweet
  • Print
  • Share on Tumblr
  • Telegram
  • WhatsApp

Like this:

Like Loading...

Related

Share this on WhatsApp

Sukan indonesia 2-thailand 1 piala suzuki, keputusan thailand bertemu indonesia piala suzuki, malaysia benam laos 4-1, malaysia ke separuh akhir piala suzuki, malaysia vs laos, pasukan malaysia kalahkan laos, penjaring perlawanan malaysia vs laos piala suzuki, piala suzuki, piala suzuki 2010, piala suzuki AFF indonesia 2010, thailand vs indonesia

lazada
Formula Naikkan Followers Tiktok

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Comments

  1. nash says

    December 7, 2010 at 10:39 pm

    tahniah malaysia yg bermain mati2 an mengalahkan laos walaupun loas xkuat mane pon…n tahiah buat indon gak..kalahkan thailand 🙂

    Reply
    • akubiomed says

      December 8, 2010 at 12:12 pm

      Kena berterima kasih kepada pasukan Indonesia kerana menunjukkan semangat kesukanan tinggi walaupun dah confirm ke separuh kalau tak melepas lar Malaysia. Pasukan Filipina pun menampak peningkatan yang mendadak tak boleh pandang enteng

      Reply
  2. fitri says

    December 7, 2010 at 10:46 pm

    wah..power lak pemain malaysia ni..huhu..bila la zaman kegemilangan nak kembali lagi~

    Reply
    • Zik says

      December 11, 2010 at 9:46 am

      the times will be comes…. now support to us…

      Reply
  3. Ladfe Amir says

    December 7, 2010 at 10:48 pm

    bagus, tahniah untuk pasukan negara. pas ni boleh jumpa ngan Indonesia sekali lagi. Tapi kita akan jadi pemenangnya pula. InsyaAllah

    Reply
    • akubiomed says

      December 8, 2010 at 12:13 pm

      Harap dapat pasukan Malaysia dan Indonesia jumpa di final nanti 🙂 Apa pun bola bulat apa pun boleh terjadi

      Reply
      • suri says

        December 9, 2010 at 12:54 pm

        oh bola lagi…

        Reply
  4. eimsperfume says

    December 7, 2010 at 10:50 pm

    heheh.. lajunya update :p

    nway.. tahniah kepada skuad malaysia.. kene pulak thai kanthoii..
    alhamdulillah leh msuk semi final 😀

    kipap the good work 😀

    Reply
    • Zik says

      December 11, 2010 at 9:49 am

      hah tuhla..dah standby katanya..hehe

      Reply
  5. etomyam says

    December 7, 2010 at 10:59 pm

    wow terhebat tu..steady malaysia

    Reply
    • Zik says

      December 11, 2010 at 9:54 am

      terbaik… nasib baik indonesia pun membantu malaysia…

      Reply
  6. tengkorak emas says

    December 7, 2010 at 11:09 pm

    terima kasih Bambang Pamungkas 😀

    dan kepada skuad kebangsaan, tahniah dan diharap jgn bergantung pada pasukan lain lagi..

    Reply
    • Zik says

      December 11, 2010 at 9:55 am

      ya next game ..dah tak boleh harap2 team lain lagi…

      Reply
  7. suffer8zine says

    December 7, 2010 at 11:28 pm

    tahniah malaysia!

    Terkini : 100 Manusia Paling Berpengaruh Di Dunia

    Reply
    • Zik says

      December 11, 2010 at 11:38 am

      hope boleh menang semi final nanti..

      Reply
      • suffer8zine says

        December 15, 2010 at 7:26 pm

        malam ni penuh debaran

        Terkini : Antara 10 Jam Tangan Termahal Di Dunia | Telefon Bimbit Paling Lasak Di Dunia | 10 Gunung Tertinggi Di Dunia.

        Reply
  8. Nadri says

    December 7, 2010 at 11:34 pm

    tahniah buat player malaysia…awal2 dah score gol cantik…x sangka blh belasah Laos 5-1…

    Reply
    • Zik says

      December 11, 2010 at 11:42 am

      nasib baiklah indon pun menang… seri pun dah ok diaorang nie… kita tunggue next semi final ..meet dgn vietnam…

      Reply
  9. Rahsia Buah Pinggang Sihat says

    December 7, 2010 at 11:45 pm

    Sempat tengok sekejap tadi perlawanan antara malaysia dan laos.Keseluruhannya sebagai rakyat malaysia,boleh berbangga dengan kesungguhan yang ditunjukkan.

    Apa pun,coach malaysia,Rajagopal kelihatan amat lega dengan keputusan tersebut.

    Reply
    • Ali ridha says

      December 9, 2010 at 10:45 am

      sempat dengar adik menjerit Gol!!!!!!!!!!!

      Reply
  10. rina says

    December 7, 2010 at 11:51 pm

    yeayyy go go malaysia

    Reply
    • Zik says

      December 13, 2010 at 10:47 am

      semi final nie kat bukit jalil… tapi tengok kat rumah jela..huhu

      Reply
  11. marki says

    December 7, 2010 at 11:58 pm

    thanks pada bambang! ..hehe

    Reply
    • Ali ridha says

      December 9, 2010 at 10:46 am

      Ye, Bambang terbaik. 😆

      Reply
  12. Faizul says

    December 8, 2010 at 2:03 am

    bagus, bagus.. tak sangka plak aku akan berterima kasih kat bambang!.. hahaha

    Reply
    • Ali ridha says

      December 9, 2010 at 10:56 am

      Belanja bambang makan laksa buyung. :biggrin:

      Reply
  13. Pejuang Kesenian Extreme says

    December 8, 2010 at 3:56 am

    Tak boleh suke lagi bro..Skuad Malaysia masih lagi dibelenggu kecederaan tongak2 utama..

    Reply
    • Zik says

      December 13, 2010 at 10:50 am

      yup… harap2 dah sembuh la… semi nie lawan kat bukit jalil nih… huhu

      Reply
  14. Shaklee Trial Pack says

    December 8, 2010 at 8:37 am

    bagus2. memang saspen gak masa thailand nak menang tu, huhu

    Reply
    • Zik says

      December 13, 2010 at 10:51 am

      hurm betul tuh sis… semi nie lawan kat bukit jalil… menentang vietnam.. agak2 boleh menang tak?? huhu

      Reply
  15. Lalalitamplom says

    December 8, 2010 at 8:43 am

    Fluke2 jak tu…main pun macam budak sekolah menengah…..Laos boleh belasah lah…tengok bila jumpa team yang kuat…hancus….nama Liga Pro…tapi main macam kampung…. :devil:

    Reply
    • Zik says

      December 13, 2010 at 10:52 am

      kita tengok semi final nie… agak2 boleh menang tak???

      Reply
  16. NK says

    December 8, 2010 at 12:03 pm

    yeah! terima kasih bambang pamungkas bantu malaysia mara ke separuh akhir!!

    Reply
    • Zik says

      December 13, 2010 at 10:53 am

      yah betul tuh… berterima kasih sangat…

      Reply
  17. ProfHariz says

    December 8, 2010 at 12:57 pm

    Baru bersemangat sikit tengok bola semalam 😛

    Reply
    • Ismail N says

      December 8, 2010 at 4:10 pm

      tak patriotik gitew! takkan sokong time menang aje.. he he (aku pun) 😀

      Reply
    • Ali ridha says

      December 9, 2010 at 11:27 am

      semangat aku telah dikembalikan. :cwy:

      Reply
  18. dnobiz says

    December 8, 2010 at 1:42 pm

    heheh Thank Indon sebab membantu Malaysia ke peringkat seterusnya,
    Ps : Harap Lepas ni pemain Mal dapat bermain dengan lebih baik

    Reply
    • Zik says

      December 13, 2010 at 11:00 am

      harapan buat penyokong malaysia sangat tinggi nie… bukit jalil jadi medan pertempuran kali ini..

      Reply
  19. Ismail N says

    December 8, 2010 at 4:09 pm

    Jangan lupa kita belanja ref yang bagi 2 penalti pada Indonesia tu.. 😀

    Reply
    • Zik says

      December 13, 2010 at 11:02 am

      belanja mcd …hehe

      Reply
  20. Ali ridha says

    December 8, 2010 at 6:39 pm

    Gol pembukaan oleh Amri.huhuhu……..

    Reply
    • Zik says

      December 13, 2010 at 11:04 am

      itu dia… amri yahya… zaman kegemilangannya sudah kembali…

      Reply
  21. tehr says

    December 8, 2010 at 7:27 pm

    ada tengok malam tadi
    nampak sangat pertahanan laos tertekan
    syabas malaysia dan terus maju

    Reply
    • Zik says

      December 13, 2010 at 11:07 am

      semoga berjaya di peringkat separuh akhir dan bakal bertemu indon sekali lagi…

      Reply
  22. Hadi Rofiee says

    December 8, 2010 at 7:38 pm

    Tahniah untuk pasukan Malaysia & terima kasih kepada Indonesia. :biggrin:

    Reply
    • Zik says

      December 13, 2010 at 11:09 am

      lepas nie dah tak boleh harap team lain lagi..huhu

      Reply
      • Hadi Rofiee says

        December 13, 2010 at 11:28 am

        Betul tu Zik. Sampai bila nak macam tu. :getlost:

        Reply
  23. Zik says

    December 11, 2010 at 9:48 am

    bro kenapa susah nak ke blog?? server down ker…

    Reply

Leave a Reply to dnobiz Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Copyright © 2023 · Monochrome Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in

  • Tentang Penulis
  • Pengiklanan
  • Pertanyaan
  • Peta Blog
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
  • Affiliate Area
  • DMCA
  • Newsletter
  • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
  • Tolong buat Artikel ini (request article)
  • LIVESCORE BOLA
  • Cart
  • Checkout
  • Shop
%d bloggers like this: