• Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Kemesraan yang berkekalan

  • Tentang Penulis
  • Pengiklanan
  • Pertanyaan
  • Peta Blog
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
  • Affiliate Area
  • DMCA
  • Newsletter
  • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
  • Tolong buat Artikel ini (request article)
  • LIVESCORE BOLA
  • Cart
  • Checkout
  • Shop
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Sukan / Badminton / MALAYSIA MARA KESEMI FINAL TEWASKAN INDONESIA 3-2 PIALA SUDIRMAN 2021

MALAYSIA MARA KESEMI FINAL TEWASKAN INDONESIA 3-2 PIALA SUDIRMAN 2021

Zik · Oct 2, 2021 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp

piala sudirman

Perlawanan yang cukup mendebarkan kita sebagai penyokong badminton semalam. Kita menang tipis dengan pasukan negara jiran yang mempunyai pemain ranking jauh lagi tinggi dari pemain malaysia. Tetapi kita lebih mempertaruhkan muka-muka baru dalam kejohanan kali ini. Lee Zii Jia selaku captain pasukan malaysia pastinya mahu pasukan malaysia dapat pergi jauh.

Malaysia mencipta kejutan apabila melangkah ke separuh akhir Piala Sudirman 2021 selepas menumbangkan musuh tradisi, Indonesia 3-2 dalam aksi suku akhir di Vantaa, Finland, awal pagi tadi. Ini adalah kemenangan pertama skuad negara ke atas Indonesia dalam saingan Piala Sudirman selepas tewas dalam dua pertemuan sebelum ini pada edisi 1999 dan 2011.

Kemenangan itu menyaksikan Malaysia akan membuat perhitungan menentang Jepun dalam perebutan tiket ke final pada jam 9 malam ini. Jepun melangkah ke kelompok empat terbaik selepas menewaskan Taiwan 3-1 dalam satu lagi aksi suku akhir. Sebelum ini kita tewas 1-4 dengan Jepun dalam peringkat kumpulan.

Terdahulu, beregu campuran, Hoo Pang Ron-Cheah Yee See muncul wira skuad negara apabila menyumbang mata kemenangan selepas kedua-dua pasukan terikat 2-2.

Pang Ron-Yee See yang menghuni ranking ke-27 dunia mempamerkan prestasi menakjubkan untuk menumbangkan pasangan nombor empat dunia yang juga pemenang pingat emas Sukan SEA 2019, Praveen Jordan-Melati Daeva Oktavianti 21-19, 9-21, 21-16.

Beregu lelaki nombor satu negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik membuktikan kemenangan ke atas pasangan nombor satu dunia, Marcus Fernaldi Gideon-Kevin Sanjaya Sukamuljo (Minion) ketika suku akhir Sukan Olimpik Tokyo 2020, Julai lalu bukan sekadar nasib apabila sekali lagi menumbangkan lawan itu untuk menyumbang mata pertama skuad negara.

Mereka yang masih segar dengan kejayaan memenangi pingat gangsa Olimpik Tokyo melakar kemenangan 21-12, 21-15. Indonesia bagaimanapun berjaya menyamakan kedudukan menerusi perseorangan wanita mereka, Gregoria Mariska Tunjung yang menewaskan S Kisona 22-20, 18-21, 21-19.

Pemain perseorangan lelaki negara yang juga juara Seluruh England 2021, Lee Zii Jia kembali meletakkan Malaysia di depan dengan mata kedua menerusi kemenangan ke atas Anthony Sinisuka Ginting 21-11, 21-16.

Beregu wanita negara, Pearly Tan-M Thinaah memberikan tentangan sengit kepada pemenang emas Olimpik Tokyo, Greysia Polii-Apriyani Rahayu sebelum tewas 20-22, 21-17, 18-21 untuk membolehkan Indonesia menyamakan kedudukan 2-2.

Pang Ron-Yee See memastikan kemenangan milik Malaysia apabila menghadiahkan mata kemenangan menerusi kejayaan menewaskan Praveen-Oktavianti.

Sebagai rekod, Malaysia tidak pernah muncul juara Piala Sudirman sejak ia diperkenalkan pada 1989 dengan pencapaian terbaik adalah melangkah ke separuh akhir pada edisi 2009.

 

KEPUTUSAN PENUH PERLAWANAN SUKU AKHIR MALAYSIA VS INDONESIA PIALA SUDIRMAN 2021.

MALAYSIA 3-2 INDONESIA 

Keputusan Penuh Pemain Malaysia Vs Indonesia (1 Oktober)

1.BEREGU LELAKI (MALAYSIA MENANG)

AARON CHIA/ SOH WOOI YIK VS MARCUS GIDEON/ KEVIN SUKAMULJO

SET 1 21-12 

SET 21-15 

2. PERSEORANGAN WANITA (INDONESIA MENANG)

KISONA SELVADURAY VS GREGORIA MARISKA TUNJUNG

SET 1 20-22 

SET 2 21 18

SET 3 19-21 

3. PERSEORANGAN LELAKI (MALAYSIA MENANG).

LEE ZII JIA VS ANTHONY SINISUKA GINTING

SET 1 21 -11

SET 2 21-16

4. BEREGU WANITA (INDONESIA MENANG).

TAN PEARLY/ THINAAH MURALITHARAN VS GRESYIA POLII /APRIYANI RAHAYU

SET 1 20-21

SET 2 21-17

SET 3 18-21 

5. BEREGU CAMPURAN (MALAYSIA MENANG) 

HOO PANG RON / CHEAH YEE SEE VS PRAVEEN JORDAN /MELATI DAEVA OKTAVIANTI

SET 1  21-19 

SET 2 9 -21

SET 3 21-16 

Beregu Lelaki Set 1 Set 2 Set 3
Aaron Chia | Soh Wooi Yik 21 21 –
Marcus Gideon | Kevin Sukamuljo 12 15 –
Perseorangan Wanita Set 1 Set 2 Set 3
Kisona Selvaduray 20 21 19
Gregoria Mariska Tunjung 22 18 21
Perseorangan Lelaki Set 1 Set 2 Set 3
Lee Zii Jia 21 21 –
Anthony Sinisuka Ginting 11 16 –
Beregu Wanita Set 1 Set 2 Set 3
Tan Pearly| Thinaah Muralitharan 20 21 18
Gresyia Polii | Apriyani Rahayu 22 17 21
Beregu Campuran Set 1 Set 2 Set 3
Hoo Pang Ron | Cheah Yee See  21 9 21
Praveen Jordan | Melati Daeva Oktavianti 19 21 16

 

Esok misi mencabar bakal diteruskan kerana #MAS  akan bertemu #JPN  kembali di separuh akhir #SudirmanCup. Macam biasa, kita kena standby bagi sokongan  dekat skuad negara! #KamiTeamMalaysia

Share this:

  • Tweet
  • Print
  • Share on Tumblr
  • Telegram
  • WhatsApp
  • Email

Like this:

Like Loading...

Related

Share this on WhatsApp

Badminton, Sukan Keputusan penuh malaysia vs indonesia piala sudirman 1.10.2021, MALAYSIA MARA KESEMI FINAL TEWASKAN INDONESIA 3-2 PIALA SUDIRMAN 2021

lazada
Formula Naikkan Followers Tiktok

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Copyright © 2023 · Monochrome Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in

  • Tentang Penulis
  • Pengiklanan
  • Pertanyaan
  • Peta Blog
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
  • Affiliate Area
  • DMCA
  • Newsletter
  • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
  • Tolong buat Artikel ini (request article)
  • LIVESCORE BOLA
  • Cart
  • Checkout
  • Shop
 

Loading Comments...
 

    %d bloggers like this: