• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

Zikri Husaini

Kemesraan yang berkekalan

  • Tentang Penulis
  • Pengiklanan
  • Pertanyaan
  • Peta Blog
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
  • Affiliate Area
  • DMCA
  • Newsletter
  • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
  • Tolong buat Artikel ini (request article)
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Sukan / Malaysia juara piala aff championship u 19 tewaskan myanmar 4-3 2018

Malaysia juara piala aff championship u 19 tewaskan myanmar 4-3 2018

Zik · Jul 15, 2018 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp

malaysia vs myanmar, piala aff u 19,

MALAYSIA JULANG PIALA AFF U 19 CHAMPIONSHIP 2018!!

Kita cukup berbangga dengan pasukan harumau muda ini. Dahla dibaling batu, baling botol., diberikan padang buruh untuk latihan. Kita digertak puluhan di stadium. Namun kita tetap berjuang sehingga ke titisan air peluh keringat. 90 minit berjuang!! Dan akhirnya MEREKA PULANG DENGAN KEJAYAAN. Tapi bagi aku ianya satu kejayaan yang kecil sahaja. Masih lagi banyak yang perlu diperbaiki dalam hal ini. 

Gilerlah satu pertarungan yang cukup epik malam tadi. Pada mulanya sudah leading 2-0. Kemudian jadi babak mengejar dari pasukan myanmar , 1-2, 2-2. Dah tak boleh terima 3-2 sampai habis separuh masa. Apa sudah jadi dengan defend ?? 8 minit tiga gol bolos dari pasukan malaysia, myanmar leading 3 terus.

KEPUTUSAN PENUH :

MALAYSIA 4-3 MYANMAR

Jaringan :

  • Awang Faz 3″
  • Nik akif 18″ , 90+3,
  • Win Naung Tun 24″
  • Myan Kaung Khant 26″ 31″
  • Shivan Pillay 75″

keputusan malaysia vs myanmar final piala aff u19 2019,

credit to beritabolasepak

Separuh masa pertama.

Game pantas dari kedua-dua pasukan, tetapi masing-masing melakukan simple mistake yang mengundang gol. Gol pertama dariAwang faiz memang cantik swing keeper tampan masuk dalam gol. Kemudian, Nik Akif gol kedua buat pasukan malaysia, hasil hari setup yang baik memudahkan nik akif merembat tegak ke tepi sebelah kanan gawang gol. Keeper tidak mampu untuk menampan terlalu laju. Malaysia 2-0 Myanmar.

Kealpaan mebawa padah.

8 minit 3 gol terhasil. 1 gol boleh lah diterima sebab sepakan penjuru tuh bola memang susah nak ambil. Tetapi kesilapan tidak menjaga pertahanan dengan baik, kita dibolosi 2 gol dengan mudah, dalam masa yang singkat pulak tuh, pada minit ek 26, Win Naing Tun menjaringkan gol, apabila pertahanan dengan mudah tersilap passing ke belakang , apa lagi terus bawak bola dan shoot. Myanmar 1-2 Malaysia.

Minit ke 26 sekali lagi pertahanan sekali lagi dihukum tiada pemain yang marking. kalau tengok 2 pemain di sebelah kanan tiada siapa yang jaga. Memang mudahla di shoot apabila pemain mereka membuat hantaran bola keatas ke sebelah kanan. Myanmar menyamakan kedudukan 2-2.

Tersentak dengan keadaan 2-2, pemain malaysia terus dibuai mimpi. Apabila myanmar mendapat peluang untuk membuat sepakan sudut terus masuk swing masuk ke gawang malaysia. Tertekan keadaan pasukan malaysia apabila ketinggalan 2-3 dengan myanmar. Itulah leading 2-0 tidak boleh diambil mudah. Dengan 8 minit sahaja pasukan myanmar boleh buat comeback apabila kita terus leka dan ambil mudah.Separuh masa pertama tamat.

Mujurlah bojan hodak membuat perhitungan di separuh masa kedua, memberi kata semangat kepada pemain harimau muda kali ini untuk terus bersemangat mencari gol kemenangan.

Separuh masa kedua.

Pasukan malaysia mencari gol penyamaan, memang agak sukar untuk bertemu dengan myanmar di pentas final pastinya gugup dah lain. Di separuh masa pertama, pertahanan hilang konsentrasi akibat tidak fokus, bila dan leading 2-0. Dah main-main. Kesannya 3 gol dalam 8 minit berjaya di jaringkan oleh pasukan myanmar.

Separuh masa kedua, barulah mengatur serangan demi serangan. Tetapi tidak berjaya , sering kali juga pasukan myanmar membuat serangan. Ya, kita perlu mencari gol penyamaan. Banyak sangat drama ianya tidak bagus.

Sehinggalah minit ke 75, pasukan harimau muda berjaya memecah kebuntuan apabila Shivan Pillay menjaringkan gol penyaman apabila keadaan di gawang myanmar kelam kabut ketika pasukan malaysia struggle mencari gol penyamaan, dalam keadaan ramai pemain di bahagian pertananan myanmar ianya menyusahkan penjaga gol mencari ruang yang sesuai untuk menampan bola itu. Shoot sebelah kanan dan goolllll.

Kita rasa lega sedikit bila dah kedudukan 3-3. kalau tak memang risau tengok jam ada masa lagi, tapi risau jugak takut tak boleh nak gol. Terus menggandakan asakan pada minit ke 77, kalau tak silap hampir lagi menjaringkan gol kemenangan buat malaysia tetapi berjaya ditampan menepis sepakan padu dari pasukan malaysia.

Pengadil memberikan 3 minit masa tambahan. Memang agak kritikal waktu itu. Kita anggap mungkin akan membawa kepada penentuan penalti sekejap lagi. Kita harap mungkin akan ada kelebihan sebab dah pernah buat sepakan penalti. Tapi pentas final bukan mudah. Emosi dan fokus akan rasa lebih getir. Mujurlah pada minit-minit terakhir pasukan malaysia mendapat sepakan percuma di selaha kiri. Apa lagi inilah penentuannya. Masa nih aku tengok terus menjerit keriangan. Goooooollllll.

Sepakan percuma disempurnakan oleh Nik Akif. Memang terbaik lah… Sepakan yang cukup-cukup je, kena palang terus masuk dalam gawang…

Malaysia didepan 4-3 myanmar. dah menang.

malaysia julang piala aff u19 2018,

Upacara penyampaian hadiah dah trofi. Semua bersorak kegembiraaan. Syed saddiq pun ada tuh. Datuk Hamidin pun ada jugak tuh, baru jer jadi presiden FAM terus rangkul kejuaraan piala aff u19 untuk kali pertama.  Amboi datuk cuci kaki nampak .Hehe gurau jer.

Video goal highlights :

FAKTA HARI INI

AFF 2010: Indonesia tuan rumah, Malaysia juara

Sukan SEA 2011: Indonesia tuan rumah, Malaysia juara

AFF U19 2018: Indonesia tuan rumah, Malaysia juara

FAM tukar Presiden, hari pertama jadi Presiden terus Malaysia jadi juara. Hehehe

Daftar email dan berpeluang untuk menang cabutan bertuah setiap minggu/bulan

Subscribe to our mailing list and get interesting stuff and updates to your email inbox.

Thank you for subscribing.

Something went wrong.

The form collects name and email so that we can add you to our newsletter list for project updates. Checkout our privacy policy for the full story on how we protect and manage your submitted data!

Share this:

  • Tweet
  • Print
  • Share on Tumblr
  • Telegram
  • WhatsApp

Like this:

Like Loading...

Related

Share this on WhatsApp

Sukan keputusan dan ulasan penuh perlawanan final piala aff u19 2018, keputusan penuh malaysia vs myanmar piala aff u 19, keputusan penuh malaysia vs myanmar piala aff u19 14.7.2018, malaysia juara piala aff u 19 2018, youtube gol malaysia 4 vs 3 myanmar piala aff 14 julai 2018

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Primary Sidebar

Search di zikrihusaini.com

Follow me on twitter. Official Twitter

banner

 






Ada promosi terbaru di shopee

Promosi di Lazada 


 

PESANAN PENAJA

Recent Posts

  • Live streaming Melaka United vs Selangor fc liga super 18.4.2021
  • Live streaming Petaling jaya city vs Pulau Pinang liga super18.4.2021
  • Live streaming Sabah vs Uitm liga super 17.4.2021
  • Live streaming Perak vs Kedah 17.4.2021
  • Pelakon video iklan judi online sudah ditahan polis

Sponsored Links :

Iklan teks: sebulan 5 ringgit jer

Tekan sini untuk info iklan

 

Jom Shopping ke JD SPORT


 




Kategori/Sitemap

Archives

Copyright © 2021 · Monochrome Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in

  • Tentang Penulis
  • Pengiklanan
  • Pertanyaan
  • Peta Blog
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
  • Affiliate Area
  • DMCA
  • Newsletter
  • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
  • Tolong buat Artikel ini (request article)

Before you go

You may also be interested in these posts:

Sukan

Keputusan terkini separuh akhir badminton Lee Chong wei vs Lin Dan Rio 2016

Share this on WhatsAppPerlawanan yang sangat sengit malam ini. Mampukah Latuk Le…

Sukan

Live streaming Perak vs Pahang liga super 21.1.2017

Share this on WhatsApp Jom kita tengok perlawanan perak vs pahang liga super har…

Sukan

Jdt hanya bagi 30 tiket untuk fans terengganu??

Share this on WhatsApp Panas nih panas, Kenapa bagi fans terengganu macam ini ma…

%d bloggers like this: