Malaysia juara Merlion Cup Singapura 2023!
Ini first time pasukan Malaysia menang sepanjang 40 tahun lebih piala ini dipertandingkan.
Skuad anak buah, E. Elavarasan dalam rentak terbaik dalam persiapan skuad B22 negara untuk Sukan SEA Kemboja 2023 yang akan berlangsung Mei depan 2022 nanti. Sedikit sebanyak memberi motivasi kepada semua barisan pemain dan jurulatih kena buat lebih baik lagi. Kemboja menjadi tuan rumah buat pertama kalinya. Kita harap pasukan ini mapu meraih ibu segala pingat, iaitu acara bola sepak nanti. Apepun tahniah buat skuad ini berjaya melakar kemenangan 2-1 dengan pasukan Hong kong dalam Kejohanan merlion edisi 2023.
KEPUTUSAN PENUH :
HONG KONG 1-2 MALAYSIA
Jaringan oleh :
- Najmuddin Akmal 74″
- Safwan Mazlan 79″
- Lau ka Kiu 80
KEDUDUKAN MERLION CUP
- MALAYSIA (JUARA)
- HONG KONG (NAIB JUARA )
- KEMBOJA (KETIGA
- SINGAPURA (KEEMPAT)
Pada perlawanan pertama pasukan malaysia bertemu dengan pasukan Kemboja , kita menang 4-2. Agak cemas masa kemboja dah menyamakan kedudukan 2-2. Namun, pasukan harimau muda berjaya mencari lagi 2 gol kemenangan dalam perlawanan pertama itu. Kemudian hari ini bertemu dengan pasukan Hongkong yang diliaht sebagai pilihan utama, sebelum itu menang 1-0 keatas pasukan Singapura. Malam ini skuad Elavasaran berjaya membuktikan pasukan ini adalah pasukan juara menang 2-1.
Secara keseluruhannya skuad yang diturunkan ini aku percaya mampu untuk tewaskan pasukan Hong-Kong. Banyak percubaan on target dengan tak target banyak dihasilkan oleh pasukan harimau muda ini, cuma kurang tajam dari segi finishing.
2 kali offside.
Separuh masa pertama dengan masa kedua. Tetapi memang betul offside. Pemain nak kena alert lah.
KESILAPAN PENJAGA GOL MALAYSIA, MEMBAWA PADAH!!
Apapun, kesilapan penjaga gol, Rahadiazli Rahalim dalam dua perlawanan berturut-turut di kempen Piala Merlion ini sehingga membenarkan lawan mendapat gol seharusnya diberikan perhatian oleh barisan kejurulatihan skuad B-22. Untuk game yang mendatang, atau perlu cari keeper lain yang lebih baik?

Pada aksi terbabit, palang gol Hong Kong bergegar pada minit ke-11 menerusi rembatan deras Adam Farhan Mohd Faizal sebelum jaringan Haqimi Azim Rosli pada minit ke-20 dibatalkan kerana ofsaid. Haqimi sekali lagi dikecewakan pada minit ke-58 selepas jaringannya menerima nasib yang sama seperti babak pertama apabila dibatalkan kerana ofsaid.
Percaturan Elavarasan memasukkan Najmudin Akmal Kamal Akmal membuahkan hasil apabila pemain gantian itu meledak gol pembukaan pada minit ke-74. Gol pertama itu tampak ‘memudahkan’ kerja Malaysia yang menyaksikan gol kedua skuad hadir empat minit berselang hasil percubaan jauh Safwan Mazlan menewaskan Ng Wai Him.
Bagaimanapun, Rahadiazlim yang membuat kesilapan sehingga dibolosi ketika berdepan Kemboja sekali lagi ‘membelanja’ pasukan lawan, kali ini tendangannya tidak mengena sehingga membolehkan Lau Ka Kiu mengurangkan defisit seminit berselang.
Perlawanan bertukar panas di penghujung permainan apabila menyaksikan berlakunya sedikit ketegangan antara kedua-dua pasukan dan insiden itu menyaksikan Haqimi dan Kong Maddox dilayangkan kad merah. Sementara itu bagi aksi aksi sebelah petang yang dilewatkan susulan cuaca buruk, Kemboja menewaskan tuan rumah, Singapura dengan keputusan 2-1 sekali gus merangkul tempat ketiga. Kemboja mendahului 2-0 menerusi Vouen Va (minit ke-12) dan Ky Rina (minit ke-31) sebelum Singapura mengurangkan defisit hasil jaringan Jordan Imaviwe (minit ke-74).
Leave a Reply