Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Sukan / LIGA EPL / Liverpool buru duo Azzurri, Ciesa dan Domenico Berardi?

Liverpool buru duo Azzurri, Ciesa dan Domenico Berardi?

Zik · Jul 14, 2021 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp

gol ciesa


LONDON: Federico Chiesa tetap keutamaan Li­verpool biarpun Reds sudah me­mulakan rundingan dengan seorang lagi tonggak Azzurri, ­Domenico Berardi.

Chiesa menjadi sasaran No. 1 Li­verpool ekoran aksi cemerlang yang ditunjukkan ketika membawa Itali menjuarai Kejohanan Eropah (Euro) 2020 dengan menumpaskan England menerusi penentuan sepakan penalti.

Bagaimanapun Juventus meletakkan 77 juta pound (RM447 juta) sebagai harga yang perlu dibayar jika mereka mahu mendapatkan pemain berusia 23 tahun itu.

Pada ketika Juventus berusaha untuk memperbaiki kedudukan pada musim baharu selepas gagal mempertahankan trofi Serie A musim lalu, mereka tidak bercadang untuk melepaskan pemain penting.

Liverpool masih cuba menarik ‘perhatian’ Chiesa, namun dalam masa sama sudah memulakan rundi­ngan dengan Berardi, 26, yang turut mengharungi kempen cemerlang dalam Euro 2020.

Domenico Berardi
Domenico Berardi

Penyerang Sassuolo itu turut menarik minat Leicester City, namun Corriere dello Sport melaporkan, Reds sudah mengorak langkah.

Liverpool sudahpun menghungi ejen pemain itu dan tertarik apabila diberitahu dia boleh diperoleh pada harga sekitar 35 juta pound (RM203.19 juta) – separuh daripada nilai Chiesa.

Berardi telah bersama ­Sas­suolo sejak remaja dan melalui perjalanan hebat bermula dari Serie B sebelum dinaikkan pangkat ke Serie A. Dia beraksi cemerlang di bahagian sayap dengan meledak 17 gol musim lalu.

Pengendali Liverpool, Jurgen Klopp masih berusaha me­nguatkan bahagian serangan dalam misi memburu lebih banyak kejua­raan musim depan selepas sekadar menamatkan kempen Liga Perdana Inggeris (EPL) di tangga ketiga.

Dengan Chiesa masih menjadi sasaran No. 1 dan Berardi adalah sasaran terbaharu, peminat Reds amat teruja jika pasukan itu berjaya mendapatkan kedua-dua pemain tersebut. – AGENSI

 

Share this on WhatsApp

LIGA EPL, Sukan Ciesa dan Domenico Berardi?, Liverpool buru duo Azzurri

About Zik

Berkongsi ilmu tentang, isu semasa, sukan, ekonomi, akademik, bijak wang, lelaki kacak dan peringatan untuk manfaat bersama-sama. Insyallah. Lanjut tentang penulis disini
PERINGATAN!! Pihak Zikri Husaini Dot Com, tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan. So, just be nice ok.

CNY PROMO LAZADA 2024

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.