• Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Sukan / EURO / Italy mara ke separuh akhir, tewaskan Belgium ranking no1 dunia!!

Italy mara ke separuh akhir, tewaskan Belgium ranking no1 dunia!!

Zik · Jul 3, 2021 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp

belgium vs italy

Menepati ramalan, Italy mampu untuk menundukkan lawan dalam saingan euro suku akhir 2020, Belgium menang tipis 2-1. Sebelum itu pasukan italy dah menjaringkan gol tetapi oleh kerana kena rujuk VAR terlebih dahulu, keputusan jaringan itu tidak sah setelah rujuk mesin VAR itu .

3 gol itu dijaringkan dalam separuh masa pertama. 2 gol dari  Italy dan satu gol dari Belgium ,Romelu Lukaku pada minit ke 47″.

Kemenangan itu menyaksikan skuad Azzurri akan bertemu Sepanyol di Stadium Wembley bagi merebut tiket ke final kejohanan Eropah berkenaan.

Itali bermula garang dengan jaringan pertahanannya, Giorgio Chiellini pada minit ke-13 namun gol itu dibatalkan selepas pemain tersebut berada dalam kedudukan ofsaid.

Tersentak dengan isyarat itu, Belgium kembali mengatur gerakan dan hampir membuka tirai jaringan namun percubaan Kevin De Bruyne pada minit ke-22 berjaya ditepis keluar penjaga gol Itali, Gianluigi Donnarumma untuk memberi sepakan penjuru keempat kepada lawannya.

Pemain tengah, Nicolo Barella memanfaatkan kesilapan pertahanan Belgium yang gagal mengeluarkan bola dengan baik apabila melakukan rembatan deras untuk gol pertama pada minit ke-31.

Lorenzo Insigne menambah kelebihan buat Itali 13 minit kemudian menerusi rembatan menarik dari jarak 25 meter.

Bagaimanapun, Belgium yang berada di ranking nombor satu FIFA berjaya merapatkan kedudukan menerusi ledakan penyerang mereka, Romelu Lukaku dengan menyempurnakan sepakan penalti sebelum memasuki bilik persalinan.

PENJAGA gol Itali, Gianluigi Donnarumma berjaya mempamerkan aksi cemerlang dalam aksi suku akhir Euro 2020 berdepan Belgium.-AFP

Bersambung babak kedua, skuad kendalian Roberto Martinez meningkatkan lagi intensiti permainan dengan memberi asakan bertali arus ke kubu Itali yang diketuai, Chiellini dan Leonardo Bonucci disamping ketangkasan penjaga gol Gianluigi Donnarumma.

Skuad Azzurri juga tidak hanya menahan asakan tetapi turut mencipta beberapa peluang untuk menggandakan jaringan namun gagal untuk membolosi gawang yang dikawal Thibaut Courtois.

Keputusan itu terus melebarkan rekod tanpa kalah di bawah kendalian Roberto Mancini kepada ke-32. – AGENSI

Share this on WhatsApp

EURO, Sukan Italy mara ke separuh akhir, italy mara ke separuh akhir bertemu dengan spain 3.7.2021, tewaskan Belgium ranking no1 dunia!!

CNY PROMO LAZADA 2024

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.

Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss