Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Sukan / PIALA DUNIA / LIVE STREAMING UNDIAN AKHIR PIALA DUNIA QATAR 2022

LIVE STREAMING UNDIAN AKHIR PIALA DUNIA QATAR 2022

Zik · Apr 1, 2022 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp

POT DRAW WORLD CUP 2022

Inilah yang ditunggu-tunggu setelah mereka semua dah berusaha sebaik mungkin sebelum melayakkkan diri ke peringkat akhir dalam kejohanan piala dunia 2022 di doha convention centre.

Doha: Undian Piala Dunia akan dilangsungkan di bangunan pencakar langit di Doha, hari ini, dengan fokus utama kepada bola sepak selepas beberapa isu di luar padang membayangi pemilihan tuan rumah kejohanan itu.

Ia adalah keputusan paling kontroversi dalam Piala Dunia selepas Qatar dinamakan sebagai tuan rumah pada 2010 dengan dakwaan membeli undi, selain persoalan mengenai kemampuan serta kesesuaian negara itu.

Pada ketika kumpulan pejuang hak asasi manusia menyuarakan kebimbangan selepas peperangan di Ukraine, mustahil mengarahkan tumpuan sepenuhnya kepada sukan dan Presiden Fifa, Gianni Infantino terus menegaskan semalam, bahawa ia akan menjadi ‘Piala Dunia hebat dan unik.

“Kita tidak dapat menyaksikan Piala Dunia lain apabila semua lapan stadium berada pada jarak 50 kilometer, penonton boleh menyaksikan beberapa perlawanan dalam sehari dan pasukan tidak perlu berpindah lokasi,” katanya menjelang Piala Dunia pertama yang akan dilangsungkan pada November dan Disember.

Ia berbeza dengan kejohanan lazimnya pada Jun serta Julai dan Fifa terpaksa meminda berikutan cuaca panas ketika itu di wilayah berkenaan dan kejohanan itu akhirnya menjanjikan keseronokan tersendiri.

Undian akan diadakan di Pusat Konvensyen dan Pameran Doha, petang ini, dengan pemenang Piala Dunia seperti Cafu dan Lothar Matthaeus antara pembantu undian dan juara bertahan, Perancis akan berada dalam Pot Satu sebagai antara pasukan pilihan.

Ia akan membabitkan tujuh negara utama berdasarkan ranking Fifa selain kemunculan sulung Qatar, yang menduduki ranking ke-51, iaitu antara pasukan paling corot di Piala Dunia, tetapi mendapat hak sebagai tuan rumah.

Pasukan nombor satu dunia, Brazil, Belgium, Argentina, England, Sepanyol serta Portugal antara pasukan pilihan lain dan boleh memanfaatkan ketiadaan juara Eropah, Itali.

Ia bermakna Jerman, yang dikejutkan dengan penyingkiran di peringkat kumpulan di Piala Dunia 2018, muncul nama paling besar dalam Pot Dua, yang turut membabitkan Belanda dan naib juara empat tahun lalu, Croatia,.

Juara Afrika, Senegal, Jepun dan Poland antara pasukan dalam Pot Ketiga dan Kanada akan berada di Pot Empat selepas membuat kemunculan pertama sejak 1986.

Pada ketika penyokong 29 pasukan yang sudah layak tidak sabar menantikan undian, tiga lagi pasukan akan menentukan nasib bagi melengkapkan 32 pasukan bertanding, selepas 48 pasukan ke Piala Dunia pada 2026.

Serangan Rusia terhadap Ukraine turut memainkan peranan. Aksi separuh akhir penentuan kelayakan antara Ukraine dan Scotland ditangguhkan sehingga Jun dan pemenang perlawanan itu akan menentang Wales untuk ke Qatar.

Dua lagi perlawanan antara benua pada Jun membabitkan sama ada ada Australia atau Emeriah Arab Bersatu (UAE) menentang Peru dan Costa Rica berdepan New Zealand.

LIVE STREAMING UNDIAN PIALA DUNIA , QATAR 2022

 

Share this on WhatsApp

PIALA DUNIA, Sukan LIVE STREAMING UNDIAN AKHIR PIALA DUNIA QATAR 2022, siaran langsung undian pial adunia 1.4.2022, siaran langsung undian piala dunia qatar 2022, UNDIAN PIALA DUNAI 2022

About Zik

Berkongsi ilmu tentang, isu semasa, sukan, ekonomi, akademik, bijak wang, lelaki kacak dan peringatan untuk manfaat bersama-sama. Insyallah. Lanjut tentang penulis disini
PERINGATAN!! Pihak Zikri Husaini Dot Com, tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan. So, just be nice ok.

CNY PROMO LAZADA 2024

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.