Perlawanan separuh akhir kedua hari ini pastinya satu tugas yang sangat sukar bermain ditempat lawan . Malaysia vs Thailand di stadium Rajamangala yang boleh memuatkan dalam 45 lebih ribu orang sudah tentunya memberi kelebihan buat pihak lawan. Kita tak tahu apa yang harus malaysia lakukan untuk perlawanan kedua kali ini. Pastinya serangan dan gol seri diperlukan 1-1 jika mahu mara . PErlawanan pertam di stadium bukit jalil, malaysia gagal manfaat sebagai tuan rumah untuk mencari bekalan selesa pada perlawanan minggu lepas.
AGGREGATE TERKINI
MALAYSIA 2-2 THAILAND. (MALAYSIA MARA KE FINAL , KELEBIHAN GOL PELAWAT).
Apakah percaturan tan cheng ho perlawanan timbal balik kali ini?? Memang sangat sukar untuk perlawanan kedua kali ini. Namun kita harap pasukan malaysia dapat mara ke final itu sudah cukup membanggakan buat skuad kebangsaan. Tak kira apa keputusan, kita mahu mara jer. So menang atau seri sahaja diperlukan dalam perlawanan kali ini.
Kalau seri 0-0 . Nampaknya penalti tuh yang akan menjadi penentuan yang sangat susah 50-50.
Kita tak mahu gagal lagi.
Pada pendapat aku, perlawanan penting ini, malaysia perlu menang. Kita tak mahu lagi hanya jadi jaguh kampung. Kita harus pergi jauh. Takkanlah dengan thailand asik badi jer. Kena keluar dari zon kelompok yang kita tak pernah keluar.
Bijak hidu peluang yang ada !!
JURULATIH kebangsaan Tan Cheng Hoe mahu anak buahnya supaya bijak menghidu peluang untuk menghukum Thailand dalam aksi penuh getir separuh akhir kedua Piala AFF di Stadium Nasional Rajamangala malam esok.
Pengendali berusia 50 tahun itu berkata, jika mereka boleh mengekalkan momentum, kesungguhan dan semangat juang seperti dipamerkan pada perlawanan pertama, beliau yakin dapat meleburkan rekod buruk di Bangkok sekali gus mara ke final.
“Kita tahu Thailand mempunyai jentera serangan yang bahaya, mereka sudah menjaringkan 14 gol di laman sendiri dalam kempen Piala AFF kali ini. Saya mahu pemain bersedia dari segi fizikal dan mental untuk beraksi di tempat lawan.
“Saya yakin kita boleh menyekat mereka daripada menjaringkan gol dalam tempoh 90 minit permainan dan perlu bersabar menunggu peluang terbaik untuk menghukum mereka,” katanya dalam sidang media pra perlawanan semalam.
Pada aksi pertama di Stadium Nasional Bukit Jalil, Sabtu lalu, skuad Harimau Malaya beraksi baik dengan melancarkan asakan bertali arus ke kubu Thailand namun akur dengan keputusan seri 0-0.
Ia tugas mencabar buat Malaysia yang memiliki rekod buruk tidak pernah menang di Bangkok sejak 2004 dan gagal menghasilkan sebarang gol dalam lima pertemuan terakhir.
Namun sedikit melegakan buat Cheng Hoe apabila pemain sayap Mohamadou Sumareh kemungkinan dapat diturunkan meskipun pertahanan Syazwan Andik dan Aidil Zafuan Abd Radzak masih bergelut untuk pulih.
“Sumareh kembali pulih (kecederaan hamstring), Syazwan pula kami perlu menilai tahap kecederaannya, mungkin mereka boleh bermain dalam perlawanan esok,” katanya.
Tambahnya, apa yang perlu dilakukan pemain negara adalah sentiasa berwaspada dengan pergerakan penyerang Thailand Adisak Kraisorn dan Sanrawat Dechmitr yang cukup berbahaya.
“Selepas perlawanan pertama, kita melihat pemain berjersi nombor 9 (Adisak) dan 29 (Sanrawat) sangat bahaya. Tapi Thailand pasukan yang seimbang jadi kita kena beri perhatian kepada semua pemain,” jelas Cheng Hoe.
BANGKOK: “Esok kami tunjuk dalam padang!”
Itu reaksi balas kapten Harimau Malaya, Zaquan Adha Abd Radzak selepas penjaga gol Thailand Chatchai Budprom seperti memperlekehkan kemampuan mereka menjelang pertemuan separuh akhir kedua Piala AFF 2018.
Menurut penyerang kebangsaan itu, dia dan semua pemain tidak akan terpengaruh dengan permainan psikologi skuad Gajah Perang itu yang dilihat akan lebih tertekan pada aksi di Stadium Nasional Rajamangala nanti.
“Untuk saya apapun yang mereka cakap kita tak ambil pusing, yang penting kita tahu pasukan kita bersiap sedia dari segi fizikal dan mental, mungkin apa yang dia cakap itu sekadar psikologi.
“Kita ambil benda yang positif, kita lawan semula apa yang dia cakap jadi jawapan dia, esok malam kita tunjuk dalam padang,” katanya ketika ditemui Sukan NSTP hari ini.
Dalam sidang media praperlawanan hari ini, Chatchai menasihatkan pemain Malaysia agar tidur lena malam ini kerana esok mereka bakal mengalami mimpi ngeri.
Selepas aksi pertama di Stadium Nasional Bukit Jalil Sabtu lalu berkesudahan seri 0-0, skuad kendalian Tan Cheng Hoe tiada jalan lain selain memburu gol untuk layak ke final.
Bagi Zaquan, meskipun rekod Malaysia menentang Gajah Perang di Bangkok tidak memberangsangkan apabila tidak pernah menang sejak 2004 dan gagal menghasilkan gol pada lima perlawanan terakhir, dia tetap percaya peluang mereka membuat kejutan tetap ada.
“Mungkin esok mereka akan jaringkan gol, kita juga akan jaringkan gol, tapi tekanan lebih kepada mereka. Kita akan cuba sehabis baik untuk bermain, kita tahu di Kuala Lumpur mereka lebih bertahan, di sini selagi mampu kita menyerang kita akan menyerang, kita tahu mereka juga takut dengan cara permainan kita.
“Yang penting semangat dan keyakinan kita.Mana tahu rezeki kita kali ini di Bangkok, insya-Allah saya yakin pemain akan berikan aksi terbaik,” katanya.
Pengendali Thailand Milovan Rajevac tidak kisah sama ada perlawanan separuh akhir kedua Piala AFF esok bakal berakhir 90 minit atau berlarutan ke penentuan sepakan penalti.
Katanya, mereka sudah bersedia berdepan apa sahaja situasi untuk menyingkirkan juara 2010 Malaysia sekali gus mara ke final bagi mempertahankan kejuaraan.
Thailand tak kisah penentuan sepakan penalti
“Setiap pemain sedar dengan tanggungjawab masing-masing. Perlawanan ini penting untuk penyokong. Semua pemain sudah bersedia dan bersemangat untuk perlawanan esok.
“Kami yakin menang dan bersedia untuk sebarang senario yang akan berlaku (penentuan sepakan penalti),” katanya dalam sidang akhbar praperlawanan semalam.
Selepas aksi pertemuan pertama berakhir dengan 0-0, kedua-dua pasukan perlu memburu gol bagi mengelak perlawanan berlanjutan ke penentuan sepakan penalti.
Situasi Thailand, juara lima kali kejohanan lebih perit apabila tidak boleh seri dengan jaringan kerana bakal memberi kelebihan kepada Harimau Malaya menerusi gol di tempat lawan.
Rajevac dijangka mengarahkan jentera serangan mereka yang diterajui penjaring terbanyak dengan lapan gol Adisak Kraisorn untuk menggempur kubu Malaysia habis-habisan.
“Kami sudah bersedia, kali ini kami akan mempunyai sokongan padu penyokong, jadi saya yakin kami boleh mendapat keputusan positif dalam perlawanan penting ini untuk ke final,” katanya.
Mimpi ngeri Harimau Malaya menanti esok
Penjaga gol Thailand Chatchai Budprom menasihatkan kepada pemain Harimau Malaya supaya tidur lena malam ini.
Ini kerana dia yakin anak buah Tan Cheng Hoe bakal mengalami mimpi ngeri pada pertemuan separuh akhir kedua Piala AFF di Stadium Nasional Rajamangala malam esok.
“Pada perlawanan pertama, mereka memberi tekanan kepada kami tapi kali ini pasti berbeza. Kali ini kami akan beraksi di gelanggang sendiri.
“Ini adalah gelanggang Gajah Perang dan saya harap mereka tidur lena malam ini kerana esok bakal menjadi mimpi buruk buat mereka,” kata Chatchai dalam sidang media praperlawanan hari ini.
Pemain berusia 31 tahun itu jelas cukup geram dengan pemain Malaysia yang memperlekehkan mereka selaku juara bertahan ketika seri 0-0 dalam pertemuan pertama di Stadium Nasional Bukit Jalil, Sabtu lalu.
Beraksi di depan lebih 80,000 penyokong Malaysia, skuad Gajah Perang itu tenggelam dengan asakan pasukan tuan rumah namun bernasib baik kerana gawang mereka tidak dibolosi.
Chatchai berharap penyokong Gajah Perang akan melakukan perkara yang sama dengan membanjiri stadium bagi memberikan sokongan padu kepada mereka malam esok.
“Saya tidak mahu menipu, sudah pasti kami juga tertekan tapi kami akan berikan aksi terbaik. Kami mahu penyokong Thailand datang memberikan sokongan kepada kami,” kata penjaga gol Pathum United itu.
Nantikanya live streaming kita akan update malam ini nanti jam 7:30 malam ok.
MALAYSIA VS THAILAND
MASA : 8 PM
TARIKH : 5.12.2018
LOKASI : STADIUM , RAJAMANGALA THAILAND.
Discover more from Zikri Husaini
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Leave a Reply