Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Sukan / LIGA SUPER / Live streaming PKNP vs Selangor liga super 18.5.2019

Live streaming PKNP vs Selangor liga super 18.5.2019

Zik · May 18, 2019 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp

liga super.

Perlawanan liga super diteruskan lagi dalam bulan ramadhan yang mulia ini. Pasukan PKNP tampak melalui detik yang sukar malam ini apabila bertemu dengan pasukan the red giant yang sudah comeback dengan aksi yang mengegarkan arena liga super kali ini. P sathianathan menjadikan pasukan ini lebih garang untuk perlawanan yang baru-baru ini pasukan selangor sudah berada di tahap optimum tidak seperti awal musim tempohari.

Pasukan yang kini dalam masalah prestasi, PKNP FC akan turun menentang Selangor di minggu ke-14 Liga Super Malaysia (MSL) 2019 pada malam ini di Stadium MP Manjung dalam misi mahu menjarakkan diri daripada pasukan di zon penyingkiran.

PKNP FC ketika ini sudah melalui 4 perlawanan tanpa kemenangan dengan kali terakhir ketika menang ke atas Melaka United pada 13 April lalu. Sebaliknya, Selangor pula berada dalam mood terbaik mereka selepas menang selesa ke atas Kedah, minggu lalu.

PKNP FC tanpa Giancarlo dan Thomas Abbey

Dengan tersingkirnya daripada saingan Shopee Piala FA 2019, PKNP FC kini boleh kembali menyusun strategi dan fokus untuk kekal bersaing di Liga Super musim hadapan. Mungkin jadual yang padat semasa Piala FA dan liga merencatkan rentak mereka.

Abu Bakar Fadzim diketahui miliki sentuhan magis dengan skuad yang dibentuknya sejak bersaing di saingan Liga Malaysia bermula 2016. Pasti sesuatu telah dirancang olehnya untuk aksi malam ini.

Dengan ketiadaan penyerang, Giancarlo yang akan menjalani penggantungan perlawanan dan Thomas Abbey yang mengalami kecederaan retak tulang kaki, Abu Bakar perlu memikirkan solusi pantas untuk menghalang Selangor memenangi perlawanan.

Selangor belum tewas sejak Mac lalu, 2 bulan lepas.

Ifedayo Olusegun! Ini sensasi terbaru di kem Gergasi Merah. Kemenangan selesa ke atas Kedah minggu lalu adalah hasil sumbangan hatrik penyerang import baharu ini yang masuk menggantikan Rufino Segovia di jendela perpindahan kedua.

Selain itu, keberkesanan permainan beberapa pemain antaranya gandingan di tengah iaitu Halim Saari dan kapten, K. Sarkunan menjadikan Selangor agak ampuh ketika ini. Kali terakhir mereka tewas adalah pada 1 Mac yang lalu – tewas 2-4 kepada JDT.

Kembali ke landasan terbaik dengan berjaya menempatkan diri di kedudukan ke-3 liga, Selangor pastinya mahu teruskan rentak ini dan mengelak posisi mereka kembali dipintas oleh Kedah.

Amani Aquinaldo dan Ifedayo Olusegun

Pertahanan berasal daripada Filipina berusia 24 tahun ini pasti akan melalui malam yang sangat panjang dan sibuk di Manjung. Ini kerana, Abu Bakar sudah tentu akan memberikan tugasan merantai penyerang, Ifedayo Olusegun kepada Amani Aquinaldo.

Selain Thomas Abbey, Aquinaldo juga seringkali dilihat bertugas sebagai ‘tukang rantai’ penyerang berbisa lawan. Dengan fizikalnya yang tegap dan keras, pemain skuad kebangsaan Filipina ini tentu akan diarahkan mengikuti ke mana sahaja Ifedayo melangkah.

Apa lagi yang lebih indah selain meledak hatrik dalam aksi debut bersama pasukan. Kini, Ifedayo Olusegun perlu memastikan ianya tidak terhenti di situ sahaja dan dengan rekod silamnya di Liga Malaysia (Liga M), ia akan mengundang bahaya buat PKNP FC.

9 gol bersama Felda United pada musim 2017 dan kemudian meledak 8 gol dalam 9 penampilan bersama Melaka United meletakkan Ifedayo sebagai antara penyerang berbisa dan cepat menyesuaikan diri dengan persekitaran Liga M.

Jika Selangor kekal fokus dengan momentum terbaik mereka ketika ini, PKNP FC bukanlah lawan setanding buat Gergasi Merah dan kemenangan pasti menjadi milik anak buah B. Satiananthan. Namun, bak kata Satiananthan, ‘jangan harapkan Ifedayo sahaja‘.

PKNP FC pula mengharapkan sokongan padu penduduk Manjung dan sekitar untuk mereka kembali meraih kemenangan. Ia adalah misi mustahil buat mereka tetapi dalam bola sepak, segalanya boleh berlaku. Masih ingat bagaimana Barcelona tersungkur?

Prestasi PKNP.

Last matches: PKNP
14.05.19SLPerakPKNP3 : 1
11.05.19FACPerakPKNP2 : 1
04.05.19SLPKNPTerengganu2 : 2
30.04.19FACPKNPPerak0 : 0
27.04.19SLPKNPPerak0 : 4

Memang agak teruk prestasi PKNP. Tiada kemenangan dicatatkan untuk 5 perlawanan yang lepas, 3 kalah 2 seri.

Prestasi Selangor.

Last matches: SELANGOR
15.05.19SLSelangorKedah3 : 1
04.05.19SLSelangorMelaka United1 : 1
26.04.19SLKedahSelangor1 : 1
20.04.19SLSelangorPKNP2 : 1
16.04.19FACSelangorFelda Utd.1 : 2

Selangor ada tewas satu, 2 kali seri dan 2 kali menang. Untuk game yang last pasukan selangor memberi peringatan kepada semua pasukan, the red giant sudah kembali untuk beraksi di tahap yang optimum.

Head to head.

Head-to-head matches: PKNP – SELANGOR
20.04.19SLSelangorPKNP2 : 1
16.09.18MCPKNPSelangor1 : 4
04.08.18MCSelangorPKNP0 : 3
26.07.18SLPKNPSelangor0 : 2
06.05.18SLSelangorPKNP1 : 1

Selangor 3 kali menang, satu seri dan satu kalah. Nampaknya pasukan selangor dilihat ada kelebihan dalam perlawanan ini walaupun sebagai pasukan pelawat kita tengok apa yang pasukan selangor akan buat . Apakah percaturan coach p sathianathan malam ini??

 

LIVE STREAMING PKNP VS SELANGOR 18.5.2019

Nantikannya kalau ada ok. Tunggu.

Watch live video from mrepl on www.twitch.tv

Share this on WhatsApp

LIGA SUPER, Sukan Live streaming PKNP vs Selangor liga super 18.5.2019, pknp vs selangor 18.5.2019

CNY PROMO LAZADA 2024

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.