Siri kejayaan skuad tempoh hari menyatakan perjuangan masih belum ada titik noktah dan terlalu jauh perjalanan ini untuk ditempuh. Misi hari ini dalam bertemu Syria di tempat sendiri mengharapkan sesuatu yang lebih bermakna. Kekalahan pertama di Stadium Tosu ketika bertemu dengan Jepun 2-0, mengetahui jurang perbezaan dengan jepun jelas kelihatan.
Tunggak penyerang ramai cedera.
Ketiadaan izzaq faris (izzaq wilcha ), syahrul Azwari, dan yang lain-lain tidak mematahkan semangat untuk memberikan yang terbaik untuk perlawanan penting malam ini.
Namun, ada ramai lagi juga yang sudah pulih dari cedera. Gary steven robbert dan wan zaharul nizam (mungkin sudah recover).
Percaturan Ong Kim Swee.
Harap ada pertukaran strategi untuk perlawanan kali ini. Biarpun ranking memang jauh, semangat juang tinggi pemain harus ada dan mengharapkan penyokong terus memberikan sokongan dari stadium mahupun dari kaca televisyen sahaja.
Kedudukan terkini:
MALAYSIA U23 [0] VS SYRIA U23 [2]
SEPARUH KEDUA
Jaringan:
- Solaiman- Solaiman (minit ke 53).
- Pemain no 9, Nassouh Nakkdahli (minit ke 86)
Info perlawanan:
- Tempat : Stadium bukit Jalil
- Masa: 08.30 Malam
- Live : RTM2, Astro Arena 801.
Info tiket:
Tiket bagi tempat duduk utama (Grand Stand) dijual pada harga RM40, manakala RM20 (Terbuka).
Peminat bola sepak boleh mendapatkan tiket berkenaan di Stadium Shah Alam dan Stadium Nasional Bukit Jalil pada 22 dan 23 November ini (hari ini).Tiket juga boleh dibeli secara online melalui www.tickethotline.com.my.
Separuh masa pertama:
Minit pertama: Permulaan yang baik, thamil arasu berjaya membuat asakan. Namun agak kelam kabut.
Minit ke 4: Syria offside. Nampak sangat bro.
Minit ke 6: Belum ada percubaan merbahaya. Harap malaysia dapat lakukan sesuatu!!
Minit ke 7: Wan Zack Haikal dijatuhkan. Sepakan percuma buat malaysia.
Minit ke 9: Kelihatan malaysia menguasai permainan di tengah. Cuma bila dibahagian serangan, masih buntu.
Minit ke 10: Wan Zack Haikal, nampak dijatuhkan. Serangan dari Syria. Tetapi KFC tangkap dengan mudah!!
Minit ke 14: Malaysia 48, Syria 52 Ball Possession.
Minit ke 16: Sepakan percuma buat Syria. DAlam 10 meter dari kotak penalti.
Minit ke 17: Bahaya seyh. Biarpun dah clear bola, sepakan terus dari pemain syria. Nasib baik KFC berjaya menampan!! Sepakan sudut buat Syria.
Minit ke 18: Mohammed Fares, dilayangkan kad kuning. Wan zack haikal kena lagi. Aduii.
Minit ke 20: Wan Zack Haikal!!! Membuat percubaan, namun tersasar jauh!!!
Minit ke 23: Thamil Arasu!!! Nazmi memberi satu through pass yang cantik. Namun pemain pertahanan clear bola. Sepakan sudut pertama buat malaysia. Hadui terus ke penjaga gol lah pulak.
Minit ke 25: Sepakan sudut buat syria. Offside. Sepakan gol buat malaysia.
Minit ke 26: Fakri kad kuning pertama buat malaysia. Teruk bebenor dia main. Hadui.
Minit ke 28: Hantaran dalam buat syria. Syria mula mengatur serangan.
Minit ke 30: Fakri sha’rani. Membuat percubaan akhirnya. Tetapi keeper Syria dengan mudah menangkap bola.
Minit ke 31: Nazmi cantik bagi hantaran kepada wan zack. tetapi tidak berjaya mengawal bola. Rugi seyhh!!!
Minit ke 34: Nazmi mencuba !!! Tetapi tidak menepati sasaran. Keeper diaorang dah keluar. Wan Zack haikal, mengalami injured yang agak teruk. Dia tak pulih sepenuhnya. Dan corak permainan masih belum ditahap yang sebenarnya.
Minit ke 38: Satu hantaran yang cantik dari fakri. Tetapi thamil arasu dijaga ketat 2 orang.
Minit ke 39: Serangan dari syria pun buntu.
Minit ke 40: Bahaya!!! Sepakan dari jauh kaki kanan. Nasib baik KFC berjaya menampan bola itu. Sepakan sudut buat Syria. Bahaya , 2,3 kali percubaan yang menarik dari mereka.
Minit ke 41: Muslim berjaya membuat clearance yang cantik. Bahaya dowh, mereka sudah mengasak banyak kali.
Minit ke 43: Gila rajin pemain syria kejar bola. Bahaya!! Serangan dari syria tetapi atas tiang gol tinggi!!.
Minit ke 44: Mahali jasuli membuat sepakan percuma. Aduii. Fakri sharani dipersalahkan.Menolak.
Minit ke 45: 2 minit masa tambahan. Rugi, nazmi bagus memberi hantaran kepada thamil, keeper syria keluar kotak penalti clear bola.
Minit ke 47: Wan Zack Haikal dijatuhkan. Pemain Syria dilayangkan kad kuning . Solaiman-solaiman.
Minit ke 48: ruginya…Tamat separuh masa pertama.
Ulasan separuh masa pertama.
Malaysia agak diasak pada awal perlawanan. Namun malaysia ada juga membuat serangan hasil hantaran kemas dari Nazmi yang begitu bagus sekali membuat hantaran dengan baik sekali.
KFC juga bagus, banyak berjaya menjaga pintu gawang daripada bolos. beberapa kali percubaan yang merbahaya dari syria memang merbahaya.
Keadaan padang yang berada dalam kondusi terbaik gagal diterjemahkan dengan permainan yang menarik oleh skuad Harimau Muda. Ayuh masih ada 45 minit! Sudah ada tanda kebangkitan bermula pada minit 30. Ayuh Nazmi tunjukkan sesuatu! Apek? Terbaik dalam kalangan semua ketika ini.
Separuh masa kedua:
Minit ke 46: Syria dah mula mengasak. Nasib baik kfc pantas.
Minit ke 47: Mahmud dijatuhkan. pemain no 8. Gurusamy dipersalahkan .Kad kuning da!!
Minit ke 49: Syria terus mengasak.
Minit ke 51: Hantaran dalam buat syria. Wahhhh gol dari syria. 1-0. Kenapa tak dijaga. Dapat free header gitu jer. Solaiman-solaiman!!
Minit ke 56: Kad kuning , thamil arasu.
Minit ke 59: Serangan merbahaya dari pemain syria. Fuhh. Nasib baik KFc berjaya menahan asakan. Kalau tak ambil gol bola tuh wei.
Minit ke 60: Wan Zack dikawal ketat. Pertukaran pemain, guru OUT, kurang pasti siapa yang IN.
Minit ke 63: Bahaya!!! Pemain syria mengelecek bola 3-4 orang dia lepas. Fuhh, nasib baik KFC berjaya menampan bola itu. Hampir-hampir kot!!
Minit ke 66: Syria terus mengasak. Kelebihan pemain mereka yang tinggi, sukar untuk ambil bola tinggi.
Minit ke 67: Bahaya!! Semakin garang mereka membuat asakan. Sepakan sudut buat syria. berjaya ditampan.
Minit ke 72: Rentak dah mula slow nih. Apa yang berlaku.
Minit ke 73: Berlakon pulak, pemian no11 nih. Buat-buat injured. Buang masa lah!!. Bawak pergi luar padang.
Minit ke75: Thamil arasu. Alah, mudah dikawal. Offside lah pulak malaysia.
Minit ke 77: Fandi othman dipersalahkan pulak. Adui. Adui banyak buang masa lah.
Minit ke 81: Bola dah banyak di kawasan bawah malaysia. Bahaya nih!!!Sepakan sudut lagi. Kena mark betul-betul weyh!!
Minit ke 82: Pertukaran pemain, fandi othman OUT, Naim IN.
Minit ke 84: Pertukaran pemain syria, 9 IN, 11 Out.
Minit ke 86: Pemain kita banyak pegang bola terlalu lama, sekarang nie.Syria gol sekali lagi. Muslim silap passing. Dan gol. 2-0.
Minit ke 90: 4 minit masa tambahan.
Minit ke 94: Tamat perlawanan.
Ulasan.
Susah nak cakap. Ketiadaan tunggak utama. Pemain pun dah tak berapa bertenaga sebenarnya. Harap lawan Bahrain nanti, hari ahad nanti. Boleh lakukan yang terbaik.
Faktor keletihan dan fizikal!
Hanya itu menjadi pemisah antara dua pasukan yang mepunyai skrip yang berbeza untuk menghadapi perlawanan tadi. Syria dengan fizikal yang besarnya telah menggunakan sepenuhnya kelebihan yang ada pada mereka untuk mengawal bola serta permainan. Ditambah pula faktor kecergasan 100% sebelum perlawanan berlangsung. Untuk rekod Syria telah tiba di Kuala Lumpur sejak hari jumaat lepas.
Sementara itu bagi skuad negara pula, keletihan yang mencengkam diri para pemain telah menyebabkan peratus aksi terbaik yang ingin dipamerkan telah berkurangan dengan drastiknya. Fizikal pemain lawan yang besar manakala pemain negara bersaiz kecil menyukarkan lagi aksi menyerang. Bukan mahu mencari alasan, tetapi sekiranya tahap kecergasan pemain berada di tahap yang optimun, fizikal pemain bersaiz besar mampu untuk ditumbangkan.
Baiklah yang berlalu biarkan ia berlalu. Kini aksi bertemu Bahrain Ahad ini perlu digunakan dengan sebaik mungkin oleh anak-anak buah Ong Kim Swee. Gunakan rehat selama 4 hari sebelum perlawanan seterusnya dengan sebaik mungkin untuk memulihkan dan juga meningkatkan kecergasan sekaligus membuka lembaran baru sebelum bertemu Bahrain.
Kalah tidak apa kerana apa yang penting kesungguhan yang dipamerkan oleh pemain negara sudah cukup sebenarnya kepada penyokong. Benar kita masih hanya mampu untuk mengenggam Asean buat masa ini. Tetapi biarlah kehadiran kita di Pusingan Kelayakan Olimpik 2012 ini menjadi bermakna dengan kehadiran sebuah pasukan tunggal daripada Asia Tenggara yang bernama MALAYSIA.
Sumber poster sinar harian. , gambar dari Sukan STAR FB, video gol sokernet.com dan copy paste bolasepak malaysia
Discover more from Zikri Husaini
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
titan says
harap-harap ramai yang leh main. risau gak tengok ramai yang injured..
Zik says
erm betul tuh.. takda rezeki lah malam hari tuh,,, harap lawan bahrain nanti.. dapat kutip mata… amin..
nUR_rOsALiNdA says
Good Luck for Malaysia team
Zik says
takda rezeki lah pulak kan kak… huhu , harap2 lawan bahrain nanti kita kutip mata…
Norizwan says
player dah kurang…jadi kekuatan pun kurang…takper jangan kalah dengan indonesia sudah….
Zik says
kalau hari tuh kalah.. kalah berganda kita.. huhu
MR.Z says
begitu terperinci sekali olahan perlawanan ini.. harap harimau muda tidak putus asa..
Zik says
yer betul tuh….
akubiomed says
Syria pun cuak juga untuk mendapatkan gol bukan mudah untuk menyerah kalah begitu sahaja. Pemain muda nampak keletihan dan beberapa pemain yang cedera.
Zik says
kalau bukan pemain kita dah letih.. pasti tentangan yang hebat… harap2 boleh balas balik bila lawan tempat mereka nanti.. huhu
tehr says
nampak sangat barisan depan tak berapa nak menjadi
mujur juga barisan belakang masih ok
kalau tidak… banyak lagi apek kutip bola dalam jaring
Zik says
barisan hadapan harus diperkemaskan lagi…. kalaulah baddrol bakhtiar boleh main kan best.. umur dia tahun depan dah 24.. sob2…
Fitrihadi says
malaysia penat lagi tu.. aku pun penat gak tadi.. sampaikan tv plak yang tengok aku.. adeh.. terlepas lak perlawanan tadi..
.
Zik says
aiyakkk.. takpe tengok highlights jer pun ok dah… huhu
wandisini says
keletihan faktor utama. baru balik selasa pagi. hari rabu dah ada international game. sebelum tu dalam masa 5 hari dah ada game besar. memang syria ambil kesempatan atas keletihan pemain, terutamanya pada separuh masa kedua
Zik says
syria memang tak bagi peluang langsung..dahla ambil kesempatan… takpe2…. next game kita akan balas balik..
shraqs says
Tapi game Syria takdela bagus sangat pun aku tengok, macam level Asia Tenggara jer, harap fizikal je besar. IMO.
Zik says
yer, kita punya serangan masih tak berapa bagus lagi… + keletihan
Yushi rieyn says
diorang tu manusia bukan robot,robot pun boleh letih jika berlebihan..sepatutnya jadual perlawanan dengan syria ditangguhkan….kerajaan dan pihak terbabit bukan bayar berjuta pun kepada pemain malaysia yang menang hari tu..ni suruh terus main dengan syria…mana tak letih suruhlah rehat dulu…
Zik says
rasanya dan mintak tangguh.. cuma tak approve kot.. entahla…
nuriz says
masa perlawanan dgn syria ni, saya sempat tgk di kedai makan je..malaysia penat baru habis lawan dgn indon, dah tu nak lawan lagi..emm mesti la tak bertenaga..