Perlawanan yang kedua buat skuad harimau muda hari ini, tuan rumah perlawanan yang ketiga. Kita ada advantage berbanding dengan philippines baru recover perlawanan 2 hari. Tapi takut buat skuad kita lama tak lawan jadi krem pulak. Bergantung kepada pemain dan peranan jurulatih datuk ong kim swee untuk buat apa taktikal yang sesuai perlawanan bertemu dengan pasukan tuan rumah sudah pastinya ramai penyokong yang akan datang memberi sokongan padu buat mereka.
Kita harap pasukan kita tidak patah semangat dan biarpun ramai yang datang memberikan sokongan , fokus yang paling penting. Tiga mata sangat diperlukan untuk perlawanan kritikal sekarang ini.
KEDUDUKAN KUMPULAN A SETAKAT INI.
[table id=5 /]
Kumpulan A memperlihatkan pasukan myanmar sudah mula nampak taring dia. Skuad kendalian Popov yang dahulunya bekas jurulatih kelantan ternyata berada dikelas yang tersendiri. Mampukah pasukan malaysia bangkit untuk menetang pasukan tuan rumah malam ini?? jawapan akan kita ketahui malam ini.
Aku harap coach bagi peluang buat luqman malam ini sampai 90 minit. Manakala pemain yang cedera seperti akhyar rashid nih tak perlulah dimasukkan. Namun katanya tidak serius, cuma kalau ianya tidak memberikan impak kepada pasukan (takda gol, takda hasil), lebih baik tidak payah masukkan.
Terdahulu pasukan Myanmar menewaskan pasukan tuan rumah 2-1 di stadium Memorial Rizal. Petang ini juga, Myanmar akan menentang pasukan tercorot Timor leste,. Pastinya myanmar tidak akan lepaskan peluang untuk sumbat gol sebanyak mungkin.
PERKARA YANG MEMBIMBANGKAN DOKS.
JURULATIH skuad B-22 negara, Datuk Ong Kim Swee menyuarakan kebimbangan dengan kebangkitan Filipina menjelang pertembungan wajib menang pada saingan Sukan Sea 2019 di Stadium Memorial Rizal, Manila malam esok.
Jelas Kim Swee, skuad Junior Azkals ketika ini ibarat harimau terluka susulan kekalahan 1-2 di tangan Myanmar dalam Kumpulan A kelmarin dan pastinya mahu bangkit memburu kemenangan pertama bertemu Malaysia.
Malah, faktor kedua yang turut menggusarkan jurulatih berusia 49 tahun itu adalah kelibat ketua pasukan tuan rumah, Stephan Schrock yang dilihat mampu memberi ancaman kepada benteng negara.
Untuk itu, beliau mengingatkan anak buahnya supaya memberi sepenuh tumpuan dan mengelak daripada melakukan kesilapan mudah.
“Ya, kami tahu kekalahan tuan rumah kepada Myanmar semalam (kelmarin). Jadi kami harus berwaspada di sini… kami tahu Filipina dah tewas dan seri sekali jadi mereka tak boleh lagi kehilangan mata.
“Kami pasti akan diasak seperti saya katakan yang mana ini pasti akan memberikan kami saingan sengit.
“Bukan itu saja, anda boleh lihat Filipina diwakili dua pemain lebih umur memberi suatu perbezaan yang cukup ketara yang mana mereka bermain cukup baik bagi saya terutamanya pemain bernombor 17 (Schrock) adalah nadi Filipina.
“Jadi kami tak boleh ambil mudah atau mencari jalan mudah dengan memikirkan boleh menang begitu mudah,” katanya ketika ditemui pada sesi latihan terakhir semalam.
Skuad negara yang meraih pingat perak pada Sukan Sea Kuala Lumpur dua tahun lalu memulakan kempen seri 1-1 dengan Myanmar Isnin lalu.
Bagi memastikan pemain negara benar-benar mengenali lawan yang akan ditemui malam ini, Kim Swee buat julung kali membawa barisan pemain ke stadium untuk melihat aksi tuan rumah kelmarin.
“Penting mereka (pemain) harus faham apa tugas mereka dengan datang pada perlawanan semalam (kelmarin) dan sesi video yang akan saya tunjukkan dan mungkin mereka akan lebih cepat memahami.
“Apabila kami berada di sini dan jurang antara hotel dan stadium tidak jauh, saya fikir ini amat baik buat pemain untuk datang melihat, bukan saja pasukan Filipina malah untuk perlawanan akan datang,” katanya.
Malaysia boleh menjangkakan perlawanan yang sukar apabila menentang tuan rumah Filipina dalam aksi kedua Kumpulan A saingan Sukan SEA 2019 pada Jumaat.
Pasukan ‘junior azkals’ itu yang dianggap salah satu pasukan pilihan untuk ke separuh akhir berikutan kelebihan bermain di gelanggang sendiri, mengalami kekalahan 1-2 di tangan Myanmar dua hari selepas membuka tirai saingan dengan keputusan seri 1-1 menentang Kemboja.
Pengendali skuad B-22 negara, Dato’ Ong Kim Swee berkata keputusan dua perlawanan pertama menjadikan tekanan di kem Filipina cukup tinggi menjelang aksi menentang Malaysia yang turut memburu kemenangan sulung, justeru mengingatkan pemain supaya tidak melakukan kesilapan.
“Kita tidak boleh fikir dengan prestasi mereka ketika seri dengan Kemboja dan kalah kepada Myanmar, maka ia bakal memberikan kita laluan mudah. Sebagai tuan rumah, mereka pastinya tidak mahu diaibkan lagi dan tersingkir awal di tempat sendiri, mereka pun tahu mereka tidak boleh lagi mencicirkan mata jadi saya harap kita tidak hilang fokus dan memberikan persembahan terbaik kita.
“Filipina juga diwakili dua pemain lebih umur yang memberikan perbezaan cukup ketara, mereka bermain dengan cukup baik terutama (Stephan) Schrock yang merupakan nadi utama mereka.
“Saya telah membawa pemain menyaksikan perlawanan Filipina-Myanmar, untuk mereka lebih mengenali permainan pasukan Filipina, kita juga akan ada sesi video jadi saya berharap pemain-pemain tahu dan faham apa yang perlu dilakukan,”
APA KATA KAPTEN??
Kapten pasukan Harimau Muda, Adam Nor Azlin menanamkan tekad untuk bangkit menampilkan aksi lebih baik dalam perlawanan seterusnya menentang Filipina, saingan temasya Sukan SEA 2019.
Pertahanan berusia 23 tahun ini mengakui persembahan menentang Myanmar semalam bukanlah aksi terbaiknya disamping pasukan juga sedang mencari keserasian antara satu sama lain.
Persembahan longlai Harimau Muda ketika perlawanan pembukaan Kumpulan A semalam menyebabkan mereka terlepas peluang untuk mengutip 3 mata penuh setelah seri 1-1 di Stadium Memorial Rizal, Manila.
“Secara peribadi, saya mohon maaf kepada rakyat Malaysia.
“Saya sendiri gagal membantu pasukan.
“Kami perlu memperkemaskan permainan dalam perlawanan seterusnya, Insya-Allah kami akan bermain dengan lebih baik ketika menentang Filipina,” katanya seperti dilaporkan oleh Stadium Astro.
Selain daripada itu, Adam antara pemain lebih umur yang dibawa oleh Datuk Ong Kim Swee bagi memperkuatkan pasukan turut meletakkan sasaran untuk mengumpul 9 mata penuh daripada baki tiga perlawanan berikutnya.
“Kami perlu cepat serasi dan kami perlu menang ketiga-tiga baki perlawanan,” tambahnya lagi.
Untuk perlawanan berikutnya, skuad Harimau Muda akan dijadualkan menentang tuan rumah, Filipina pada jumaat ini serta Timor Leste dan Kemboja masing-masing pada isnin dan rabu berikutnya.
KEPUTUSAN LIVE , PERLAWANAN MALAYSIA VS PHILIPPINES SEA GAMES 29 NOV 2019.
LIVE STREAMING
Discover more from Zikri Husaini
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Leave a Reply