• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

Zikri Husaini

Kemesraan yang berkekalan

  • Tentang Penulis
  • Pengiklanan
  • Pertanyaan
  • Peta Blog
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
  • Affiliate Area
  • DMCA
  • Newsletter
  • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
  • Tolong buat Artikel ini (request article)
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Sukan / Live streaming malaysia vs Korea Selatan suku akhir afc u23 19.1.2018

Live streaming malaysia vs Korea Selatan suku akhir afc u23 19.1.2018

Zik · Jan 19, 2018 · 3 Comments

Share this on WhatsApp

afc u23, live streaming afc u23 2018,

Inilah perlawanan yang ditunggu-tunggu oleh pasukan harimau muda untuk menentukan mampu untuk mara ke separuh akhir atau tidak. Pasukan lawan sudah memberi amaran bahawa mereka akan memberi serangan awal yang sebanyak mungkin dalam mencari gol sebanyak mungkin. jadinya apakah taktikal yang akan terapkan oleh Datuk Ong Kim Swee esok?

Sekilas perjalanan harimau muda. 

Selepas Malaysia memahat sejarah muncul wakil Asia Tenggara pertama mara ke suku akhir dengan mengalahkan Arab Saudi 1-0 semalam, Vietnam mengiringi kemaraan anak-anak buah Datuk Ong Kim Swee apabila turut mengesahkan tiket ke peringkat lapan terbaik setelah mengikat Syria 0-0 untuk muncul naib juara Kumpulan D.

Selaku naib juara kumpulan, Vietnam akan berdepan juara Kumpulan C, Iraq yang sebelum ini membenam Malaysia 4-1 dalam perlawanan pembukaan mereka. Kalau ikut rekod dan reputasi sekarang ini, Korea Selatan adalah pilihan utama untuk memenangi pertarungan di Stadium Kunshan, sabtu ini, apatah lagi mereka turun dengan reputasi selaku naib juara 2016 selepas kalah tipis 2-3 kepada Jepun. Jepun yang gah pun dah balik kampung setelah tewas dengan uzbekistan 0-4.

Begitupun, kejayaan Malaysia mengejutkan naib juara 2013, Arab Saudi pada peringkat kumpulan membuktikan tiada apa yang mustahil untuk dilakukan jika pasukan negara mampu menunjukkan prestasi terbaik. Skuad muda negara juga sebelum itu mengikat Jordan, pasukan yang menduduki tangga ketiga pada kejohanan 2013 menerusi keputusan 1-1 dalam perlawanan kedua Kumpulan C.

harimau muda, pasukan bawah 23 tahun, pemain bola sepak,

Jalur gemilang dan nyanyian lagu negaraku berkumandang di Bumi Tanah Besar, China.

MALAYSIA U23 VS KOREA SELATAN U23

LOKASI : STADIUM KUNSHAN , CHINA

MASA : 4 PETANG (WAKTU MALAYSIA)

LIVE: DIBAWAH NANTI UPDATE, TUNGGU!!

Adakah akan parking bus, atau macam sekalipun, yang penting jawapannya kita nak menang jer tau. Haha. Kalau mengikut perkiraan aku, mungkin akan mengheret kemasa tambahan, kemudian ada penentuan sepakan penalti. Fuhh itu memang dramatik sekali sihh..

Kata Jurulatih Latuk Ong Kim Swee.

Pengendali pasukan, Datuk Ong Kim Swee bagaimanapun mengakui ia bukan tugas mudah berdepan naib juara 2016 itu, namun sudah bersedia menghadapi segala kemungkinan termasuk aksi berlarutan ke sepakan penalti.

“Korea Selatan sudah biasa bermain di pentas besar, mereka sudah meraih pelbagai kejayaan. Ia bukan perlawanan mudah dan harap pemain dapat menyaingi kehebatan mereka.

“Memang pemain biasa bermain dengan tekanan penyokong yang ramai tapi situasi ini berbeza, ia perlawanan lebih kompetitif. Kami datang ke sini untuk belajar sesuatu tapi dalam masa mahu mencipta kejutan.

“Saya mahu pemain fokus sehingga wisel penamat dibunyikan,” katanya pada sidang media kedua-dua pasukan, hari ini.

“Kita tidak boleh membandingkan keputusan empat tahun lalu kerana ketika itu Korea Selatan memiliki kelebihan beraksi di laman sendiri. Sudah tentu kali ini berbeza apabila kedua-dua pasukan beraksi di gelanggang neutral dan saya percaya kita mampu menyaingi mereka,” katanya.

Kim Swee akan mengadakan latihan terakhir hari ini dan memberitahu masih perlu memantau kecederaan Dominic Tan, Syazwan Andik, Irfan Zakaria, Matthew Davies serta Syahmi Safari (demam) sebelum membuat keputusan sama ada mereka diturunkan atau tidak esok. Siapa agaknya yang akan mencari percaturan dalam meletakkan senarai terbaik skuad harimau muda dalam pertemuan dengan pasukan korea ini nanti.

Kata Jurulatih Korea Selatan.

JURULATIH Korea Selatan, Kim Bong Gil menuntut semangat juang tinggi anak buahnya untuk menewaskan Malaysia pada aksi suku akhir Kejohanan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) Bawah 23 (B-23) Tahun di Stadium Kunshan, China esok.

Walaupun di atas kertas finalis 2016 itu seharusnya tiada masalah mara ke separuh akhir, namun beliau tetap berwaspada selepas melihat persembahan pemain negara mengejutkan Arab Saudi 1-0 pada aksi terakhir Kumpulan C.

“Kami mengharungi perlawanan sukar dengan Australia tapi saya percaya semua pemain akan bersedia berdepan Malaysia. Kami mempunyai pemain yang bersemangat tinggi dan saya percaya dengan kemampuan pemain.

“Kami tak menjangkakan Malaysia boleh menewaskan Arab Saudi dan saya menyaksikan perlawanan itu, ternyata Malaysia memiliki kekuatan di bahagian serangan dan pertahanan,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Korea Selatan menepati ramalan melangkah ke suku akhir apabila muncul juara Kumpulan D dengan mengumpul tujuh mata hasil kemenangan ke atas Australia 3-2, Vietnam 2-1 dan seri 0-0 menentang Syria.

Biarpun dianggap pasukan pilihan di kejohanan ini selepas tumpas 2-3 kepada Jepun pada final di Qatar 2016, namun agak memeranjatkan apabila tiada wartawan dari negara itu hadir membuat liputan.

Bong Gil, 51, yang juga bekas jurulatih Incheon United percaya anak buahnya tidak tertekan biarpun mereka memiliki rehat kurang sehari apabila hanya beraksi perlawanan terakhir kumpulan menentang Australia, kelmarin.

“Malaysia ada kelebihan rehat sehari berbanding kami, tapi pemain kami ada semangat juang yang tinggi. Pemain sudah berehat semalam dan saya berharap mereka akan pulih,” katanya.

Ketika ditanya adakah beliau yakin mereka mampu menyingkirkan Malaysia dalam tempoh 90 minit permainan, Bong Gil berkata:

“Saya tidak tahu keputusan perlawanan itu, kami hanya perlu mengharungi setiap babak dalam permainan dan cuba menjaringkan gol.”

Strategi permainan psikologi nampaknya coach korea selatan lebih kepada merendah diri, tetapi dalam pada masa yang dia juga tahu dan mahu anak buahnya waspada dengan anak buah ong kim swee , dia tak mahu terjadi seperti pasukan arab saudi yang telah tewas dengan malaysia tempohari. Mungkin mereka yakin untuk menang, tetapi semuanya akan terjawab hari sabtu ini nanti. Lu tunggulah ,

Sekali imbas, perlawanan suku akhir hari ini (19.1.2018)

Uzbekistan dan Qatar mara ke separuh akhir.

Uzbekistan berjaya menewaskan jepun 4-0, tiada istilah mustahil dalam kamus bola sepak.Namun katanya pasukan jepun cuma menghantar bawah 20 tahun semuanya tuh. Sebab nak prepare untuk sukan tokyo apa benda tahun 2020. Entahla aku kurang pasti. Manakala satu lagi perlawanan, qatar mara ke separuh akhir juga setelah menewaskan pasukan palestine 3-2. Fun menang tipis jer tuh, lagi palestine kena kad merah.

Semoga pasukan kita berjaya menewaskan pasukan korea selatan, apa yang paling penting disini ialah pemain kena kekalkan disiplin hingga tiupan wisel terakhir dan percaya apa saja kemungkinan itu dapat dicapai kerana sekali kita menang dengan pasukan lebih baik, tidak mustahil ia boleh berulang lagi. Insyallah. 

INFO LIVE STREAMING :

boleh ke laman ini :

live streaming

  1. MALAYSIA VS KOREA SELATAN 
  2. LIVE STREAMING KOREA SELATAN VS MALAYSIA U23 PIALA AFC 2018
  3. LIVE ONLINE MALAYSIA U23 VS SOUTH KOREA U23 AFC 2018
  4. LIVE STREAMING FOOTBALL MALAYSIA VS KOREA SELATAN BAWAH U23 2018

Daftar email dan berpeluang untuk menang cabutan bertuah setiap minggu/bulan

Subscribe to our mailing list and get interesting stuff and updates to your email inbox.

Thank you for subscribing.

Something went wrong.

The form collects name and email so that we can add you to our newsletter list for project updates. Checkout our privacy policy for the full story on how we protect and manage your submitted data!

Share this:

  • Tweet
  • Print
  • Share on Tumblr
  • Telegram
  • WhatsApp

Like this:

Like Loading...

Related

Share this on WhatsApp

Sukan info live malaysia vs korea selatan 2018, keputusan malaysia vs korea selatan piala afc u23 20.1.2018, keputusan suku akhir malaysia vs korea selatan piala afc u23 20.1.2018, live online piala afc u23 korea selatan vs malaysia 20.1.2018, live streaming malaysia u23 vs korea selatan u23 20.1.2018, live streaming malaysia vs korea selatan, live streaming suku akhir malaysia u23 vs korea selatan u23 piala asia afc u23 2018, siaran langsung malaysia u23 vs korea selatan u23 20.1.2018

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Comments

  1. olaoli says

    January 20, 2018 at 3:29 pm

    kalau tak menang pun takpe tapi harap persembahan permainan yang melawan

    Reply
    • Zik says

      January 20, 2018 at 9:12 pm

      ya betul tuh bro.. takda rezeki tahun nih nak melangkah ke semi finalll… harap lepas nih improve lagi, taknak sampai suku akhir jer.. sampai ke semi final pulakk

      Reply

Trackbacks

  1. Live streaming malaysia u23 vs Korea u23 piala afc 20.1.2018 says:
    January 20, 2018 at 2:28 pm

    […] LIVE malaysia vs korea selatan 20.1.2018 […]

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Primary Sidebar

Search di zikrihusaini.com

Follow me on twitter. Official Twitter

banner

 



Ada promosi terbaru di shopee

Promosi di Lazada 


 

PESANAN PENAJA

Recent Posts

  • Live streaming Penang fc vs Sabah fc liga super 11.4.2021
  • Live streaming Uitm vs Melaka united 10.4.2021
  • Live streaming Kuala Lumpur vs Sri Pahang fc 10.4.2021
  • Live streaming Selangor vs Perak liga super 10.4.2021
  • Live streaming JDT VS PETALING JAYA CITY 10.4.2021

Sponsored Links :

Iklan teks: sebulan 5 ringgit jer

Tekan sini untuk info iklan

 

Jom Shopping ke JD SPORT


 


Kategori/Sitemap

Archives

Copyright © 2021 · Monochrome Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in

  • Tentang Penulis
  • Pengiklanan
  • Pertanyaan
  • Peta Blog
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
  • Affiliate Area
  • DMCA
  • Newsletter
  • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
  • Tolong buat Artikel ini (request article)

Before you go

You may also be interested in these posts:

Sukan

Keputusan malaysia vs qatar , 19nov 2013.

Share this on WhatsApp Sedih betul malam tadi tengok game malaysia vs qatar. Ada…

Piala FA Sukan

Live streaming Felda United vs Kedah piala fa separuh akhir 30.6.2019

Share this on WhatsApp Semalam pasukan Perak sudah mengesahkan tempat apabila me…

Sukan

Live streaming Nigeria vs Iceland piala dunia Kumpulan D 22.6.2018

Share this on WhatsApp Pasukan Brazil boleh menarik nafas lega apabila menang 2-…

%d bloggers like this: