Inilah perlawanan yang ditunggu-tunggu oleh pasukan harimau muda untuk menentukan mampu untuk mara ke separuh akhir atau tidak. Pasukan lawan sudah memberi amaran bahawa mereka akan memberi serangan awal yang sebanyak mungkin dalam mencari gol sebanyak mungkin. jadinya apakah taktikal yang akan terapkan oleh Datuk Ong Kim Swee esok?
Sekilas perjalanan harimau muda.
Selepas Malaysia memahat sejarah muncul wakil Asia Tenggara pertama mara ke suku akhir dengan mengalahkan Arab Saudi 1-0 semalam, Vietnam mengiringi kemaraan anak-anak buah Datuk Ong Kim Swee apabila turut mengesahkan tiket ke peringkat lapan terbaik setelah mengikat Syria 0-0 untuk muncul naib juara Kumpulan D.
Selaku naib juara kumpulan, Vietnam akan berdepan juara Kumpulan C, Iraq yang sebelum ini membenam Malaysia 4-1 dalam perlawanan pembukaan mereka. Kalau ikut rekod dan reputasi sekarang ini, Korea Selatan adalah pilihan utama untuk memenangi pertarungan di Stadium Kunshan, sabtu ini, apatah lagi mereka turun dengan reputasi selaku naib juara 2016 selepas kalah tipis 2-3 kepada Jepun. Jepun yang gah pun dah balik kampung setelah tewas dengan uzbekistan 0-4.
Begitupun, kejayaan Malaysia mengejutkan naib juara 2013, Arab Saudi pada peringkat kumpulan membuktikan tiada apa yang mustahil untuk dilakukan jika pasukan negara mampu menunjukkan prestasi terbaik. Skuad muda negara juga sebelum itu mengikat Jordan, pasukan yang menduduki tangga ketiga pada kejohanan 2013 menerusi keputusan 1-1 dalam perlawanan kedua Kumpulan C. [Read more…] about Live streaming malaysia vs Korea Selatan suku akhir afc u23 19.1.2018