Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Sukan / Piala ASIA / LIVE STREAMING MALAYSIA VS BAHRAIN 11.6.2022

LIVE STREAMING MALAYSIA VS BAHRAIN 11.6.2022

Zik · Jun 11, 2022 · 2 Comments

Share this on WhatsApp

MALAYSIA VS BAHRAIN PIALA ASIA

Perlawanan sebenar dalam kumpulan E hari ini pada jam 9 malam ini akan menentukan kedudukan terkini kumpulan E pasukan manakah yang akan lead kumpulan ini. Biarpun pasukan malaysia sekarang ini tangga pertama ia tidak bermakna jika kalah dalam pertembungan kedua pada malam ini.

MALAYSIA TIDAK PERNAH MENANG LAWAN BAHRAIN, REKOD SETAKAT INI.

Ikut rekod pertemuan, kita tak pernah menang lawan dengan pasukan Bahrain. Adakah malam ini bakal tercipta satu sejarah baru.  Tiga mata betul-betul kita menagih dalam perlawanan yang sangat penting ini. Pernah seri sekali dengan Bahrain pada tahun 2013 kelayakan piala asia jugak. Lain semua hauk kena bantai dengan Bahrain.

Perjalanan kempen ini, kita buat dua friendly ,iaitu menang dengan Brunei 4-0, kemudian menang dengan Hongkong 2-0. Dan terbaru kumpulan E ini, berjaya menewaskan pasukan lebih tinggi rankingnya iaitu Turkmenistan 3-1.  Kita baru rasa impak dan bangga dengan team pasukan ini sebab dah lama kita berada di tahap yang tidak sepatutnya. Pihak pengurusan FAM pun kena tukar semua tuh. Tapi dengan kehadiran Kim Pan Gon dan team analysis beliau wajar dipuji sebab kita nampak dia punya keputusan pasukan ini mula menampakkan impak yang positif. Kalau tengok dari segi rekod KPG pegang, dia baru tewas 1-2 dengan pasukan Singapura. Kalau ikut gameplay, dah cantik cuma finishing kurang dan defend agak kurang disiplin.

Ranking bukan alasan untuk tidak menang dalam perlawanan penting pada malam ini. Kim Pan Gon pun dah cakap kita akan kutip mata, paling cikai seri. Tapi kalau boleh kita nak menang , kutip tiga mata penuh dalam perlawanan ini.

Perlawanan pertama kita bermula langkah kanan apabila menang bergaya 3-1 bertemu dengan Turkmenistan. Biarpun ranking mereka lebih tinggi, tetapi kesungguhan dan high pressing pasukan harimau malaya pada separuh masa pertama membuahkan hasil. Kalau ikutkan diaorang tuh pun boleh buat gol banyak juga, kesilapan kita pun banyak juga. Tetapi satu kesilapan membawa pada buat pasukan apabila Shahrul Saad terlepas dan , Dion Cools nak clear bola tetapi ke dalam gawang dan kemudiannya farizal marlias agak cemas dan penyerang mereka cepat membuat pressing dan masuk ke gawang sendiri. Kita juga berjaya menjaringkan gol pertama hasil dari hantaran Aiman Arif ke tengah, dan bola muntah, dengan pantas Safawi Rashid menjaringkan gol pertama malaysia. Go

Tetapi berat untuk mengatakan bahawa, Pasukan Bahrain sangat kuat. Ini bergantung kepada pertahanan kita, disiplin dan juga taktikal yang akan diterapkan oleh KPG padam malam ini. Aku nak ada point pada game perlawanan malam ini, seri atau menang sahaja. Kalau kalah, takpa, harap next game lawan dengan Bangladesh kita kena menang. Tentang habis-habisan dalam perlawanan terakhir nanti. Sekarang kita fokus pada perlawanan yang kedua ini. Kalau dapat menang game malam ini, satu sejarah baru tercipta dengan team KPG.

Sokongan dan doa dari peminat malaysia seluruh dunia ,akan menjadikan pemain lebih bersemangat pada malam ini. Atmosfera di stadium menggamatkan suasana di sana malam nanti. Ultras malaya yang bergabung dari pelusuk malaysia. Semua akan turun memenuhkan stadium, kasi cuak itu pemain Bahrain pada malam ini.

KEDUDUKAN TERKINI KUMPULAN E

  1. MALAYSIA 3 MATA
  2. BAHRAIN 3 MATA
  3. TURKMENISTAN 0 MATA
  4. BANGLADESH 0 MATA

Malaysia berada di depan, biarpun mata sama dengan Bahrain sebab kita ada kelebihan satu jaringan. Malaysia ada peluang untuk dapatkan +17.36 mata FIFA jika berjaya menewaskan pasukan Bahrain. Kedudukan rangking setakat ini 144 (malaysia), 89 (Bahrain). Jurang ranking yang jauh. Fuuhh sesuatu yang agak jauh tuh, tetapi ianya tidak mustahil jika kita semua bersatu padu, menyokong dan peman berikan 100 peratus kotmitmen pada malam ini, ikut apa yang telah direncanakan oleh KPG pada malam ini.

Datanglah semua ke stadium pada malam ini. untuk memberi sokongan yang tidak berbelah bagi kepada pasukan Harimau Malaya. Korang boleh beli tiket secara online di tickethotline.com.my.  Dikhabarkan tiket masih banyak lagi. So jangan risau, stadium masih boleh isi ramai orang 85 ribu.

KEPUTUSAN TERKINI MALAYSIA VS BAHRAIN.

 

 

LIVE STREAMING MALAYSIA VS BAHRAIN KELAYAKAN PIALA ASIA KUMPULAN E 11.6.2022

 

LIVE FACEBOOK

Share this on WhatsApp

Piala ASIA, Sukan keputsan dan kedudukan terkini malaysia vs bahrain 11.6.2022, keputusan terkini malaysia vs bahrain 11.6.2022, keputusan terkini malaysia vs bahrain piala asia 2023, live streaming malaysia vs bahrain kelayakan piala asia 11.6.2022, malaysia vs bahrain, siaran langsung malaysia vs bahrain 11.6.2022, statistik malaysia vs bahrain 11.6.2022

About Zik

Berkongsi ilmu tentang, isu semasa, sukan, ekonomi, akademik, bijak wang, lelaki kacak dan peringatan untuk manfaat bersama-sama. Insyallah. Lanjut tentang penulis disini
PERINGATAN!! Pihak Zikri Husaini Dot Com, tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan. So, just be nice ok.

CNY PROMO LAZADA 2024

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.