Pertembungan harimau muda vs skuad samurai biru sudah tentunya satu detik epik sekali lagi di pentas piala asian 2018 acara bola sepak. Malaysia vs Jepun bawah u23 pusingan 16 pasukan, kalah mati asian games u23 2018.
Perjalanan harimau muda sebelum ke peringkat pusingan 16 pasukan, peringkat kumpulan.
Perjalanan malaysia sebelum ke peringkat ini, pertama dengan Kyrgyzstan 3-1, kemudian perlawanan kedua sangat kritikal bertemu dengan juara bertahan edisi yang lepas tetapi malaysia tenang kita menang 2-1. Perlawanan yang ketiga, malaysia tewas 2-3 dengan bahrain kesilapan yang sepatutnya tidak boleh dilakukan oleh pertahanan. Salah passing tuh yang membawa padah. Keeper pun main peranan juga. Tapi kalau defend tak berdisiplin apa yang coach ong kim swee dah pesan, tak jadi juga.
MALAYSIA VS JEPUN ASIAN GAMES BAWAH 23 24.8.2018
Ketua jurulatih skuad Bawah 23 Tahun (B-23) negara Datuk Ong Kim Swee enggan ‘diangkat’ terlalu tinggi atas persembahan terpuji ditonjolkan Malaysia sepanjang mengharungi saingan bola sepak pada temasya Sukan Asia 2018 Jakarta-Palembang.
Fokus malaysia vs jepun.
Kalau boleh kita nak elakkan jumpa dengan jepun, tetapi jika pasukan itu adalah calon juara sepatutnya tiada masalah untuk bertemu dengan sesiapa sahaja. Ecece, macam dah claim team juara je bila dah kalah kan team korea selatan tempohari tuh.
Korea selatan pun sudah mara ke pusingan suku akhir kalah mati apabila menumpaskan pasukan iran 2-0 malam semalam. Korea selatan sudah pasti sudah membariskan pemain yang terbaik dan tidak lagi mengulangi kesilapan perlawanan yang lepas. Pastinya korea sudah bersedia lebih awal dan mahu pergi jauh. Selepas ini korea selatan akan bertemu dengan juara piala afc u23 uzbekistan
Sebaliknya, beliau berkata pencapaian membanggakan anak buahnya itu yang meraih dua kemenangan termasuk mengejutkan gergasi Asia yang juga juara bertahan, Korea Selatan 2-1 untuk mengungguli saingan Kumpulan E adalah kerana hasil usaha keras para pemain.
“Saya tak ingin menyentuh tentang sejauh mana tahap yang saya boleh capai…yang penting ialah pasukan ini. Saya mahu mereka terus menumpukan perhatian pada perlawanan yang akan datang dan apa jua keputusan sama ada positif atau negatif, ia terpulang kepada seluruh pasukan.
“Sekiranya mereka berjaya mara ke peringkat lebih tinggi, bukan saya yang mencipta sejarah tetapi pemain-pemain ini,” katanya ketika ditemui media Malaysia pada sesi latihan rasmi skuad negara di Jakarta.
Malaysia akan berdepan Jepun yang menamatkan saingan Kumpulan D selaku naib juara di belakang finalis Kejuaraan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) B-23 2018, Vietnam pada aksi pusingan kedua di Stadium Pakansari, Jumaat ini.
Kata Datuk Ong swee perlawanan malam ini menentang jepun?
Pada masa sama, Kim Swee berharap pencapaian tersebut dapat membuka mata semua peminat bola sepak tanah air untuk terus memberikan sokongan kepada skuad negara selain menjadi inspirasi kepada semua pasukan muda negara termasuk skuad Bawah 19 Tahun (B-19) dan Bawah 16 Tahun (B-16) kebangsaan.
Katanya tiada apa yang mustahil untuk dicapai sekiranya sesebuah pasukan itu bersedia memberikan sepenuh tumpuan dan kesungguhan.
“Kita buatkan peminat di tanah air dan rakyat Malaysia percaya… percaya yang kita boleh buat dengan betul dan percaya kita boleh tumbangkan gergasi.
“Keputusan dengan Korea Selatan menunjukkan kita boleh capai apa yang kita mahu. Ia tidak mustahil… bukan sahaja bagi kami tetapi juga B-19 dan B-16 untuk mencapai objektif sama.
“Namun, paling penting kita tidak perlu beri terlalu banyak tekanan kepada anak-anak muda ini sebaliknya beri motivasi kepada mereka – kita perlu bentuk mereka, itu yang paling penting,” katanya.
Pertemuan terakhir antara Malaysia vs Jepun. (head to head)
- 31.03.2015, Jepun U23 1 – 0 Malaysia U23
- 10.11.2010, Malaysia U23 0 – 2 Jepun U23
Malaysia belum pernah menang dengan pasukan samurai biru ini. Adakah perlawanan malam ini menjadi satu sejarah baru untuk malaysia mara ke pusingan seterusnya?? Vietnam boleh tewaskan jepun 1-0, takkan malaysia tak boleh kan?? Malaysia vs Jepun piala asia bawah u23 2018.
5 Perlawanan Terakhir Malaysia:
- 20.08.2018, Malaysia U23 2 – 3 Bahrain U23
- 17.08.2018, Malaysia U23 2 – 1 Korea Selatan U23
- 15.08.2018, Kyrgyzstan U23 1 – 3 Malaysia U23
- 20.01.2018, Korea Selatan U23 2 – 1 Malaysia U23
- 16.01.2018, Arab Saudi U23 0 – 1 Malaysia U23
5 Pertandingan Terakhir Jepun:
- 19.08.2018, Jepun U23 0 – 1 Vietnam U23
- 16.08.2018, Pakistan U23 0 – 4 Jepun U23
- 14.08.2018, Jepun U23 1 – 0 Nepal U23
- 19.01.2018, Jepun U23 0 – 4 Uzbekistan U23
- 16.01.2018, Jepun U23 3 – 1 Korea Utara U23
Apakah keyakinan anda dalam perlawanan hidup mati pasukan harimau muda dalam menentang samurai biru malam ini?? Kita kena yakin, tiada yang mustahil dalam kamus hidup kita. Inilah peluang yang ada untuk pasukan kita membuktikan yang kebangkitan bola sepak dalam asia tenggara untuk menudukkan pasukan dari negara terbit ini.
Biarpun pasukan jepun hanya membariskan bawah u21 tahun sahaja, tetapi mereka tetap digeruni. Sebab mahu memberi pendedahan kepada pasukan bawah 21 tahun ini untuk pergi jauh. Biarpun tak sampai ke separuh akhir ke , final ke. Yang penting pasukan jepun ini sudah ada pengalama, pendedahan di pentas yang besar seperti ini.
Malaysia pula masih lagi menagih pemain senior seperti Baddrol Baktiar, Syazwan Zainon, dan Rizal Ghazali.
Your vote!!
Sedia hingga penalti
JAKARTA: Malaysia bersedia menghadapi sebarang kemungkinan termasuk sehingga penentuan sepakan penalti apabila bertemu Jepun esok.
Menurut jurulatih B-23 negara, Datuk Ong Kim Swee, ia antara perkara yang mendapat perhatiannya selepas aksi terakhir peringkat kumpulan menentang Bahrain.
“Kita perlu bersedia kemungkinan perlawanan berlarutan hingga ke masa tambahan atau penentuan penalti,” katanya selepas sesi latihan skuad negara di Padang B Gelora Bung Karno (GBK) sebentar tadi.
Kim Swee menjelaskan, akan ada pertukaran dalam kesebelasan utama kerana beliau hanya akan menurunkan barisan terbaik.
“Jepun sebuah pasukan yang berpengalaman, mereka sudah banyak menyertai kejohanan serta memiliki kombinasi yang cukup baik.
“Kita perlu fokus seperti ketika menentang Korea Selatan terutamanya ketika bertahan,” tambahnya.
Ditanya mengenai status Muhammad Akhyar Abdul Rashid, beliau menjelaskan pemain berkenaan sudah turun menjalani latihan hari ini dan berharap tiada kecederaan serius selepas berakhir sesi itu.
Kalau sampai ke penalti, dijangka percaturan datuk ong kim swee mahu lebih kepada bertahan, atau bagaimana? Nak tumpaskan pasukan jepun bukan senang. Vietnam lain sebab dia pasukan yang sudah meningkat naik.
Apa yang paling penting buat semua rkyat malaysia, doakan kemenangan untuk Malaysia… DEMI MALAYSIA!
#AsianGames2018. Pingat yang paling berharga ialah bola sepak, ibu segala emas.
TONTON SIARAN LANGSUNG rakan media yang lain :
Tak sempat nak tengok perlawanan ni. Kebetulan ada hal lain. Tapi sedih juga bila tahu pasukan negara tewas dengan team dari Jepun