Keputusan terkini malaysia u23 vs Jepun U23 dibawakan oleh Zikrihusaini.com! Perlawanan pertama di bumi Jepun, bertempat di stadium Tosu. Stadium yang boleh memuatkan 25000 ribu orang. Mampukah skuad ong kim swee ini (harimau muda) mencipta kejutan untuk perlawanan malam ini nanti dalam bertemu pasukan Juara Asia 2010.
Namun, jurulatih jepun begitu merendah diri juga dalam sesi soal jawab wartawan di televisyen malam semalam. Beliau mengganggap situasi berbeza, walaupun ranking yang dimiliki jauh sekali kalau nak dibandingkan dengan malaysia. Mereka tetap mahu berhati-hati, dan tidak membangga diri. Perang psikologi sudah mula ditunjukkan.
Keputusan terkini:
MALAYSIA U23 0 VS JEPUN U23 2
(TAMAT PERLAWANAN)
Jaringan :
- Keigo Higashi, pemain no 10 (minit ke 9)
- Ryohei Yamazaki Pemain no 7 (minit ke 76)
Barisan malaysia U23. (jurulatih Ong Kim Swee).
Penjaga Gol: Khairul Fahmi Che Mat, Mohd Izham Tarmizi Roslan.
Pertahanan: Mahalli Jasuli, Mohd Muslim Ahmad, Mohd Fadhli Shas, Mohd Amer Saidin, Mohd Zubir Azmi, Muhd Syazwan Tajuddin, Mohd Nazmi Faiz, Ahmad Hazwan Bakri.
Tengah: K. Gurusamy Govandar, Mohd Irfan Fazail, Abdul Shukor Jusoh, Wan Zack Haikal Wan Nor, Mohd Fandi Othman, Wan Zaharulnizam Wan Zakaria, Izuan Solahuddin.
Penyerang: Syahrul Azwari Ibrahim, Thamil Arasu Ambumamee, Izzaq Faris Ramlan, Faizal Abu Bakar.
Barisan Pemain Jepun U23 (jurulatih Takashi Sekizuka ).
Penjaga Gol – Shuichi Gonda (FC Tokyo), Takuya Masuda (Ryutsu Keizai University), Shunsuke Ando (Kawasaki Frontale)
Pertahanan – Yusuke Higa (Ryutsu Keizai University), Daisuke Suzuki (Albirex Niigata), Yutaka Yoshida (Ventforet Kofu), Hiroki Sakai (Kashiwa Reysol), Mizuki Hamada (Urawa Reds), Gotoku Sakai (Albirex Niigata), Shohei Takahashi (Tokyo Verdy)
Tengah – Kosuke Yamamoto (Jubilo Iwata), Hiroshi Kiyotake (Cerezo Osaka), Kazuya Yamamura (Ryutsu Keizai University), Naoki Yamada (Urawa Reds), Keigo Higashi (Omiya Ardija), Hotaru Yamaguchi (Cerezo Osaka), Takahiro Ogihira (Cerezo Osaka)
Penyerang – Kensuke Nagai (Nagoya Grampus), Ryohei Yamazaki (Jubilo Iwata), Yuya Osako (Kashima Antlers), Genki Haraguchi (Urawa Reds)
Info perlawanan:
- Kelayakan olimpik : Pusingan ke 3, 1st leg 1st game. MALAYSIA vs JAPAN.
- 21 September 2011, Stadium Tosu, Jepun (7.00pm waktu Malaysia).
Tonton secara live??
Saksikan Siaran Langsung Perlawanan Kelayakan Olimpik 2012 peringkat kumpulan di antara MALAYSIA vs Jepun di TV2 jam 6.45 petang, Astro Arena 801 dan STAR Sport 813 jam 6.55 petang pada 21 September ini (hari ini dah). Perlawanan akan bermula pada Jam 7 malam.
Layan video prolog dulu.
Nampaknya ambil gambar dulu. Malaysia memakai baju jersi hitam kuning, dan jepun memakai baju jersi biru.
Perlawanan Sudah bermula!!
Minit 1: Sudah bermula…nampak bola banyak dipegang oleh jepun.
Minit 2: Banyak kali diserang pertahanan kita.
Minit ke 9: Alamak kena serang dengan pantas sekali. Goool dari jepun. 1-0 sekarang ini.
Minit ke 15 : Pertahanan malaysia diuji sekali lagi. Yama hariguci kalau tak silap menanduk bola dengan lajunya. Nasib baik KFC berjaya menyelamatkan bola itu. Fuhh..
Minit ke 18: Mengakui permainan dikuasai oleh jepun. Apa yang boleh buat. Nampak macam bertahan jer nih. Adui.
Minit ke 20: pemain pertahanan jepun dibengkes. Takda kad.
Minit ke 22: Permainan baru nampak ok sikit. Tapi banyak diserang juga malaysia nih. Jepun begitu pantas membuat short passing yang kemas.
Minit ke 23: Bola muntah dari khairul fahmi, bahaya. Sepakan kencang dari pemain no14. Dan sepakan sekali lagi, nasib baik tak gol.
Minit ke 25: Goal kick dari khairulfahmi. 8 kali serangan yang dibuat dari jepun. Banyak buat serangan dari sebelah kiri. Mereka pantas membuat senrangan. Ditambah dengan penyokong samurai Biru di stadium membuat pemain mereka bertambah berkobar-kobar.
Minit ke 26: Izhan Faris dilayangkan kad kuning pertama. Ketua pasukan jepun yang dijatuhkan.
Minit ke 29: Hantaran dalam buat malaysia. Mungkinkah ada peluang???
Minit ke 30: Asakan yang bertali arus dari Jepun, yang cuba mencari gol lagi. Semuanya boleh dikatakan dari bawah dan terus. Khairul fahmi berjaya sekali lagi menahan serangan bola leret bawah yang laju.
Minit ke 32: Geyki pemain jepun (no 14) membuat sepakan yang kencang. Nasib baik kena tangan KFC, bahaya!!
Minit ke 36: Serangan dari Jepun lagi, cross yang cantik. Nasib baik muslim ahmad berjaya clearkan bola. Asakan demi asakan nih. Adui.
Minit ke 38: izzaq!! Ada peluang untuk menyerang (akhirnya ada juga serangan) , tetapi tiada rakan sokongan. Sukar membuat serangan.
Minit ke 39: Ada pemain malaysia yang dikasari. Alamak injured teruk nih.
Minit ke 40: Permainan berbaki 5 minit . Jumlah serangan ialah 11, dari Jepun semuanya. Malaysia tiada. Hadui.
Minit ke 42: Genki dan Yuya banyak mengentel bola dibahagian depan kotak penalti. Nasib baik Muslim dan siapa seorang lagi berjaya menyelamatkan keadaan.
Minit ke 45: Satu minit masa tambahan diberikan. Cuba membuat serangan, tetapi buntu dari sebelah kanan. Owhh bahaya, hiroshi hampir menjaringkan gol one by one degan KFC. Nasib baik!!! Fuhhh
Tamat separuh masa pertama!!
Separuh masa kedua:
Minit ke 45: Hantaran yang tidak berapa menjadi jadi pemain malaysia. Harus lakukan sesuatu. Malaysia mula mengatur serangan. Tetapi tidak berjaya.
Minit ke 50: Malaysia cuba mengawal segala pergerakan Jepun. Tiada serangan merbahaya lagi dari Jepun setakat ini.
Minit ke 52: Zaharul!! Tetapi sepakan terbang ke bulan. Hurm.
MInit ke 53: Penjaring gol pertama, berjaya diselamatkan oleh KFC dan serangan sejurus oleh Yuya berjaya juga diselamatkan.
Minit ke 54: Malaysia cuba memberi asakan. Ada sedikit harapan nampaknya. Teruskan membuat serangan. Penjaga gol jepun nih banyak berehat nih. Sekali sekala kena ada sedikit ujian.
Minit ke 57: Hiroshi cuba membuat serangan dari tengah. Nasib baik berjaya 4 orang pertahanan di bawah. Dan terus KFC ambil bola.
Minit ke 58: Pertukaran pemain jepun. Pemain star katanya yang pernah menjaringkan gol ketika Juara Asia 2010.
Minit ke 60: Bahaya!!! KFC sekali lagi berjaya menahan asakan dari Hiroshi. Pertahanan sudar pun bocor tadi.
Minti ke 61: Malaysia terlepas peluang untuk gol (berada di kawasan petak penalti) dari gandingan Thamil Arasu dan siapa aku kurang periksa. Sangat rugi!!! Agak kelam kabut disitu mungkin. Hurm.
Minit ke 62: Syukor dapat kad kuning. Ini yang kedua dari malaysia.
Minit ke 63: Gawang malaysia acap kali diuji. Pantas KFC menangkap bola kencang itu.
Minit ke 67 : penjaring gol jepun Keigo Higashi diganti dengan pemain lain. Kurang periksa.
Minit ke 70: 16 serangan berbahaya dari Jepun berbanding 1 serangan berbanding Malaysia setakat ini dari statistik.
Minit ke 73: Semua pemain malaysia ada berkampung di kawasan sendiri. Hitaki Hiroshi, pemain no 17. Banyak mengancam disebelah tepi. Nasib baik tak gol.
Minit ke 76: Gooll dari Jepun, pemain no 7. Tak pasti siapa namanya. 2-0 sekarang ini. Aduyai.
Minit ke 79: Hampir-hampi bolos sekali lagi. Nasib baik. KFC tersilap sedikit.
Minit ke 81: Asakan lagi dari Jepun seelah kiri. Pemain no 7 yang menjaringkan gol dilihat pantas.
Minit ke 87: Bukaan, dan passing yang kemas dilakukan oleh pemain jepun memudahkan untuk membuat serangan. Kita harus belajar sesuatu dari Jepun ini. Harap ianya dapat sedikit bekalan untuk bertemu dengan syria dan bahrain nanti.
Minit ke 90: 3 minit masa tambahan diberikan. Melihat keadaan Jepun dilihat mahu lagi gol. Mahu bantai cukup-cukup malaysia nih.
Minit ke 93 : Tamat perlawanan. Jepun 2-0 malaysia.
Sekian diucapkan dari meja sukan, kalau ada salah info, mohon beritahu. Akan diupdate dari masa ke semasa. Sekian terima aksih.
Untuk melihat video highlight goal dibawah ini:
Note: Sila refresh setiap 5 minit untuk mengetahui keputusan terkini(tamat perlawanan).
cr to , sokernet.com.
Discover more from Zikri Husaini
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
nuriz says
memandangkan rangking mereka jauh lebih baik, bukan mengharap sgt Malaysia menang, tapi semangat berpasukan dan berusaha bersungguh2 tu yg kita mau.
Juan says
walau kalah, aku tetap bangga dengan penjaga gol, dia dah buat yg terbaik, itu jer yg aku bangga, para pemain yg lain agak kurang la
Pacifista says
terbaik la malaysia.kekalahan yang boleh dibanggakan sebab hanya kehilangan 2 gol je dengan jepun 🙂
tehr says
benteng kita dah agak kukuh tapi serangan masih tumpul
apa pun tahiah untuk mereka
Razlan says
Tahniah untuk hm walaupun hilang 2 gol , tapi kita sememangnya tak mengharapkan kemenangan sangat ,cuma semangat
akubiomed says
Khairul Fahmi telah diasak oleh Samurai Biru. Jentera serangan masih belum berjaya mengacah bahagian pertahanan Jepun
MR.Z says
Malaysia boleh mengorak langkah lebih jauh lagi. kalah tipis, harap dapat improve lagi pada masa akan datang 😀
bEe says
Tak tahu mana silap org kita
ardzham says
kita mengharapkan kemenangan namun adat permainan ada yang menang dan ada yang kalah, maka terimalah hakikat kekalahan kita dan kepada jurulatih dan pemain eloklah buat kajiselidik dimana kelemahan yang harus diperbaiki.
zakisawie says
apsal aku tak perasan post nie…… pandangan peribadi ibarat langit dan bumi persembahan Harimau Muda malam tu…. saya akui separuh semasa pertama kita di ayamkan sahaja dengan jepun tapi pemain terbaik pada malam tu Apek patut dipujian….. kalau ada 4 pemain yang menunjukkan attitude permaian seperti apek kita mampu memberikan saingan yang lebih baik….. separuh semasa kedua plak kita baru berani pegang bola lebih lama cuma kita gagal juga nak create peluang untuk jaringkan goal….. aku rasa memang plan Ong Kim Swee kot nak elak kena belasah ngan Jepun….. bagi sesiapa yang tak tgk game mungkin depa rasa ok lah kalah 2-0… sesiapa yang tgk game… ermmmm tau la masih banyak lagi kita perlu lakukan….. harap2 Harimau Muda dapat curi mata bila beraksi di Malaysia nanti.