Perrgghh pertemuan sekali lagi setelah last kali bertemu dalam separuh akhir juga, kita tewas dalam penentuan penalti. Menyedihkan, tetapi tahun 2015, kita lagi terus pencapaian hanya di peringkat kumpulan sahaja.
INDONESIA VS MALAYSIA SEMI FINAL SUKAN SEA 2017.
Pertemuan epik hari sabtu ini bertemu di stadium Shah Alam sekali lagi menjadi saksi untuk perlawanan sukan sea separuh akhir 2017.
Apa yang dilihat tahun ini ada peningkatan yang cukup baik apabila pasukan kita telah layak untuk mara ke peringkat seterusnya dalam afc bawah 23, 2018 China. Tewas dengan pasukan thailand tetapi dapat tempat pertama dalam peringkat kelayakkan.
Kita sudah hampir ke penghujung jalan untuk perjalanan sukan sea bagi acara bola sepak lelaki u23. Dari perlawanan pertama hingga ke perlawanan yang ke 4, kita berjaya mengharungi (macam ko pulak yang main) menang semua perlawanan , biarpun menang tipis. Tetapi apabila berhadapan dengan pasukan yang lebih hebat, pasukan harimau muda begitu opitimis dalam mendapatkan tiga mata penuh untuk setiap perlawanan.
Mungkin orang kata, bolehlah malaysia tuan rumah, jumpa dengan team yang senang boleh la. Tapi apa yang penting ialah malaysia harus buktikan kenyataan ini untuk pertemuan dalam separuh akhir nanti. Apa yang aku risau dalam pertemuan separuh akhir nanti provokasi dari pasukan lawan nanti akan menimbulkan pergaduhan yang besar dalam negara kita ini. Dahla ramai pulak rakan senegara cari makan di negara malaysia ini. Tapi kita harapkan tiadalah pergaduhan berlaku. Kena banyak fru dan pegawal keselamatan datang untuk berkawal dalam stadium shah alam nanti.
Untuk dapatkan tiket online semi final sukan sea bola sepak boleh ke laman rasmi sukan sea kuala lumpur 2017.
Leave a Reply