• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

Zikri Husaini

Kemesraan yang berkekalan

  • Tentang Penulis
  • Pengiklanan
  • Pertanyaan
  • Peta Blog
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
  • Affiliate Area
  • DMCA
  • Newsletter
  • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Sukan / Live streaming final malaysia vs Vietnam piala suzuki 11.12.2018

Live streaming final malaysia vs Vietnam piala suzuki 11.12.2018

Zik · Dec 11, 2018 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp

hotKERJA KOSONGhot

malaysia vs vietnam, poster malaysia vs vietnam,

Perlawanan pentas akhir kali ini malaysia vs vietnam di stadium bukit jalil pada 11 disember 2018. Mampukah skuad kebangsaan untuk mencari bekalan gol yang sepatutnya ada dalam perlawanan pentas akhir yang pertama di tempat sendiri nanti.

PASUKAN PILIHAN ANDA?

MALAYSIA ATAU VIETNAM

Perjalanan malaysia sebelum melangkah ke pentas akhir.

Malaysia yang diundi dalam kumpulan A, iaitu bersama dengan vietnam, myanmar, kemboja dan Laos.

Pada perlawanan pertama pasukan malaysia bermula dengan langkah kanan apabila mengutip tiga mata penuh menewaskan pasukan kemboja 1-0. Biarpun menang, tetapi pasukan ini dikritik kerana hanya dapat menjaringkan satu gol sahaja. Berbanding dengan pasukan vietnam yang menewaskan pasukan Laos 3-0 kalau tak silap. 

Perlawanan kedua di stadium bukit Jalil, akhirnya pasukan malaysia berjaya menang dengan agak besar 3-1 keatas Laos. Perlawanan ini pada awalnya Laos leading 1-0 apabila mereka mendapat sepakan percuma dan disempurnakan dengan baik. Separuh masa pertama berjaya menyamakan kedudukan. Separuh masa kedua 2 gol berjaya lagi disumbat oleh pemain kedua.

Perlawanan ketiga malaysia tewas 0-2. 

Tidak sangka malaysia akan bertemu sekali lagi di peringkat akhir apabila mara ke final. Namun pada perlawanan di stadium my dinh, malaysia tewas 0-2 ke atas pasukan vietnam yang lebih memanfaatkan peluang yang ada menjaringkan 2 gol untuk menewaskan malaysia. Malaysia terus dikritik oleh setengah nitizen. Mereka mengkritik apakah Tan Cheng Hoe membuat eksperiman.

Perlawanan terakhir KUMPULAn A, malaysia bangkit.

Akhirnya pasukan malaysia tiada masalah menewaskan pasukan myanmar 3-0 di stadium bukit jalil. Menjadikan pasukan malaysia naik tangga ke dua. Sebelum itu myanmar berjaya mengikat kedudukan dengan vietnam 1-1 .Menjadikan vietnam dan myanmar menduduki tangga pertama kedua. Mahu tak mahu malaysia perlu menang untuk meneruskan perjuangan di aff suzuki cup 2018.

Separuh akhir malaysia vs thailand. 

Perjalanan separuh akhir malaysias vs thailand tampak lebih getir berbanding vietnam vs filiphina di separuh akhir team yang lain. Malaysia pada perlawanan separuh akhir pertama di bukit Jalil tidak membuahkan hasil 0-0. Kemudian di stadium raja mangala di thailand, malaysia berjaya mara ke final apabila terikat seri 2-2 dengan thailand  kelebihan gol pelawat.

Manakala pasukan vietnam tiada masalah menewaskan pasukan Philippines dengan aggregate 4-2. Kalau kita tengok pasukan vietnam kali ini mereka lebih membariskan pemain muda, selain mereka pun ada strategi yang ampuh untuk menewaskan pasukan lawan yang lebih kuat.

TUGAS GETIR BUAT TAN CHENG HOE!!

KUALA LUMPUR – Menyedari tugas getir menunggu Harimau Malaya apabila berdepan Vietnam pada pertemuan final pertama Piala AFF Suzuki 2018 di Stadium Nasional Bukit Jalil esok, ketua jurulatihnya, Tan Cheng Hoe telah menyediakan ‘kejutan’ untuk pasukan The Golden Dragons itu.

Tanpa memberi sebarang bayangan akan kejutan yang menunggu Vietnam, Cheng Hoe yakin anak buahnya mampu mencipta keputusan positif.

“Beraksi di halaman sendiri serta menerima sokongan padu penyokong pasti akan melonjakkan lagi semangat para pemain kita kerana aura di Stadium Bukit Jalil sangat berbeza,” katanya pada sidang akhbar praperlawanan di sini hari ini.

Cheng Hoe bagaimanapun mengakui Vietnam mempunyai barisan pertahanan yang sangat kental dan menuntut pemain Malaysia berhati-hati semasa melancarkan serangan.

Pada masa sama beliau mahu anak buahnya menyerap tekanan dengan cepat agar dapat mengawal permainan. – Bernama

AFF Suzuki: Zaquan yakin dapat kekang Vietnam.

KUALA LUMPUR – Kapten skuad kebangsaan Mohamad Zaquan Adha Abd. Radzak meluahkan keyakinan skuad Harimau Malaya mampu mengekang Vietnam pada aksi final pertama Piala AFF Suzuki 2018 esok, sekalipun pasukan negara tewas di Hanoi pada aksi peringkat kumpulan sebelum ini.

Beliau memberi contoh kejayaan merangkul pingat emas Sukan SEA 2009 di Laos selepas menundukkan Vietnam 1-0 walaupun sebelum itu tewas 1-3 pada aksi peringkat kumpulan.

“Pentas final adalah satu perlawanan berbeza, suasananya sangat berbeza jika dibandingkan dalam saingan peringkat kumpulan.

“Pengalaman ini saya telah lalui sewaktu di Sukan SEA Laos. Kita tewas 1-3 di peringkat kumpulan tetapi menang bila jumpa mereka di final. Apa yang berlaku di peringkat kumpulan kita sudah belajar dan perbaiki…untuk final kali ini ia pasti lebih berbeza,” katanya pada sidang media praperlawanan di sini, hari ini.

Pada aksi ketiga saingan Kumpulan A di Stadium Nasional My Dinh, Harimau Malaya tewas 0-2 di tangan skuad The Golden Dragons sekalipun anak buah Tan Cheng Hoe itu mendominasi permainan.

Pada masa sama Zaquan yang telah meledak tiga gol sepanjang kempen ini berkata pasukan negara melakukan persediaan lebih rapi bagi menghadapi pertemuan esok untuk memastikan Malaysia mampu membolosi gawang Vietnam yang gagal ditembusi sebelum ini.

“Untuk final satu persediaan yang berlainan dilakukan pasukan kerana ini adalah saat yang ditunggu-tunggu setiap pemain bukan sahaja senior seperti saya tetapi juga pemain yang lebih muda.

“Saya berharap keserasian dan keharmonian dalam pasukan ketika ini akan diteruskan ke dalam padang dan berharap ia memberi kejayaan kepada pasukan esok,” katanya.

Selepas aksi final pertama di Stadium Nasional Bukit Jalil esok, Malaysia akan berdepan Vietnam sekali lagi di Hanoi untuk aksi final kedua yang dijadualkan Sabtu ini. – Bernama

Piala AFF Suzuki 2018: Perbezaan skuad Rajagobal dan Tan Cheng Hoe

Dalam sidang media praperlawanan Malaysia menentang Vietnam, Tan Cheng Hoe telah diajukan soalan daripada wartawan, apakah perbezaan utama antara skuad Piala AFF edisi 2010 dan skuad kendalian beliau pada edisi kali ini?

Tidak melengahkan masa, beliau segera menjawab kepada para wartawan yang hadir mengenai pemain-pemain dan juga falsafah bola sepak yang diterapkan olehnya.

“Generasi itu (skuad 2010) dan generasi kini terdiri daripada pemain-pemain yang berbeza. Dan ini merupakan satu perjalanan dan permulaan baru buat saya selaku jurulatih.

“Hanya mempunyai Matyo (Norshahrul Idlan Talaha) dan penjaga gol (Khairul Fahmi Che Mat), manakala pemain-pemain yang lain adalah muka baharu.

“Kami mempunyai falsafah permainan yang berbeza, iaitu menguasai bola dan pada masa yang sama kami mahu menjaringkan gol.

“Ini merupakan perkara penting dalam bola sepak moden.

“Kami juga perlu memastikan gaya permainan yang konsisten.” jelasnya.

Tan Cheng Hoe, individu yang menghabiskan masa hampir sedekad menjadi penolong kepada bekas ketua jurulatih kebangsaan, Datuk K. Rajagobal.

Dan sememangnya, beliau mempunyai penghormatan yang tinggi kepada jurulatih yang diberi julukan ‘King Gobal’ itu.

Bermula daripada skuad kebangsaan Malaysia bawah 19 tahun, dan kemudiannya mengikuti ‘bos’ beliau ke skuad bawah 23 tahun sebelum menabur bakti untuk skuad senior.

Semestinya tahun 2010, menjadi satu kenangan manis buat jurulatih kelahiran Kedah ini apabila berjaya bersama-sama Datuk K. Rajagobal menjulang Piala AFF Suzuki buat kali pertama sepanjang penyertaan Malaysia.

“Setiap jurulatih mempunyai falsafah dan gaya permainan yang tersendiri.

“Saya sangat menghormati Datuk K. Rajagobal kerana beliau telah membawa pasukan  memenangi Piala AFF buat kali pertama.

“Sangat menakjubkan, dan berjaya menyatupadukan rakyat Malaysia dengan bola sepak. Saya berharap dapat melakukan perkara yang sama.” katanya lagi.

Tan Cheng Hoe dipertanggungjawabkan selaku ketua jurulatih pasukan kebangsaan bermula Disember 2017 selepas Nelo Vingada mengumumkan meletakkan jawatan.

Persiapan Harimau Malaya untuk berentap dalam aksi final pertama Piala AFF Suzuki 2018 menentang Vietnam pada Selasa ini tampak sedikit meresahkan apabila pemain sayap, Safawi Rasid masih belum cergas sepenuhnya dari kecederaan.

Pengendali, Tan Cheng Hoe berkata Safawi Rasid mengadu mengalami kesakitan di bahagian belakang selepas aksi separuh akhir kedua menentang Thailand di Stadium Rajamangala, Bangkok pada Rabu lalu.

Dalam perlawanan yang berkesudahan seri 2-2 itu, Safawi Rasid dikeluarkan pada minit ke-67 dan digantikan oleh Akhyar Rashid.

Menjelang sepak mula perlawanan akhir pertama Piala AFF Suzuki 2018 di antara Malaysia dan Vietnam esok, ketua jurulatih negara, Tan Cheng Hoe mengesahkan bahawa anak buahnya berada dalam motivasi terbaik untuk berdepan pasukan Vietnam.

Menurut Tan Cheng Hoe, semua pemainnya sudah bersedia untuk memberikan yang terbaik untuk penyokong yang hadir ke Stadium Nasional Bukit Jalil esok biarpun dua pemain, Aidil Zafuan dan Syazwan Andik masih belum pasti diturunkan.

“Ini merupakan perlawanan penting buat kami tetapi kami sudah melakukan persiapan dengan baik, latihan juga baik dan kami sudah bersedia untuk perlawanan esok. Beberapa pemain masih belum cergas sepenuhnya tetapi semua sudah bersedia.

” Aidil (Zafuan) dan Syazwan Andik masih dalam proses pemulihan. Petang ini kami akan melihat bagaimana keadaan mereka sama ada mereka boleh bermain dalam perlawanan esok. Kami mahu semua pemain mempunyai peluang beraksi, tetapi saya yakin siapa pun yang dipilih akan memberikan sepenuhnya untuk membantu kami esok.

” Semua pemain sentiasa bersemangat untuk beraksi di Stadium Nasional Bukit Jalil. Suasana di stadium ini sangat istimewa dan sentiasa memberi motivasi untuk kami beraksi dengan baik. Oleh sebab itu kami mahu mengambil peluang daripada semangat yang diberikan oleh penyokong untuk beraksi dengan baik esok.”

Ketua jurulatih berusia 50 tahun itu juga menyatakan bahawa dia tidak akan melupakan kenangan menjuarai Piala AFF Suzuki 2010 dan mahu mengambil peluang ini untuk menjulang trofi tersebut sekali lagi.

“Saya tidak akan lupa kenangan 2010, memenangi Piala AFF Suzuki sebagai pembantu ketua jurulatih. Itu satu kenangan yang istimewa.  Tetapi kini kami mempunyai peluang memenanginya sekali lagi. Kami akan berdepan pasukan Vietnam yang kuat jadi kami perlu bersedia.

“2010 sangat istimewa kerana ianya menyatukan seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa. Ianya menyatukan Malaysia. Kami berharap dapat melakukannya juga.

“Saya sangat menghormati Datuk K. Rajagobal. Hanya dua pemain daripada skuad 2010 berada dalam skuad kami hari ini. Kami juga mempunyai filosofi berbeza, di mana kami suka memegang bola dan menjaringkan gol, satu perkara yang anda perlukan dalam bolasepak moden.

Pemain tunggak utama kecederaan belum pulih sepenuhnya!! 

Dengan khidmat pertahanan kiri Syazwan Andik Ishak serta pertahanan tengah Aidil Zafuan Abdul Radzak yang turut mengalami kecederaan hamstring masih tidak pasti sama ada boleh digunakan atau tidak manakala Syahmi Safari pula digantung perlawanan, Cheng Hoe pastinya tidak rela kehilangan khidmat seorang lagi pemain tonggak.

Namun pengendali berusia 50 tahun itu kekal tenang dan enggan melatah terlalu awal.

“Kita sedang memantau situasi ketiga-tiga pemain dan mendapatkan laporan perubatan. Mereka perlu benar-benar cergas sebelum dapat diturunkan dan itu satu isu kerana kita kesuntukan masa, namun walau apapun saya percaya dengan pemain-pemain yang ada di dalam skuad.

“Masing-masing bersedia menggalas tanggungjawab sepertimana kita tengok Nazirul (Naim) bermain cemerlang tempoh hari menentang Thailand.

“Jadi ketika ini di pertahanan kita ada Amirul (Azhan), Adam (Nor Azlin), Irfan (Zakaria) manakala di posisi Safawi juga kita ada beberapa pilihan yang kredible. Jadi kita tetap boleh turunkan skuad terkuat,” kata Cheng Hoe kepada Foxsports.

Malaysia yang mara ke final setelah menyingkirkan Thailand menerusi kelebihan gol di tempat lawan akan menjadi tuan rumah aksi pertama di Stadium Nasional dan Cheng Hoe mengharapkan kelebihan tempat sendiri akan dapat dimanfaatkan dengan baik.

“Kita tidak boleh ulangi kesilapan sama, sebolehnya kita bunuh terus perjuangan mereka dalam aksi pertama supaya tiada tekanan dalam aksi kedua nanti. Kita yakin dengan kehadiran lebih 80 ribu penyokong nanti akan menjadi inspirasi tambahan kepada pemain-pemain untuk berikan segala yang terbaik,” ujarnya.

Aksi kedua akan berlangsung di Stadium My Dinh, Hanoi pada 15 Disember.

Live streaming malaysia vs vietnam piala suzuki cup 11 disember 2018. All the best.
MALAYSIA VS VIETNAM
MASA : 8:45 PM
LIVE : RTM2
TARIKH  :11.12.2018
LOKASI: STADIUM BUKIT JALIL
Kita akan update keputusan dan live streaming perlawanan jam 8 malam ini kalau ada ok!!
LIVE STREAMING MALAYSIA VS VIETNAM 11 DISEMBER 2018

Daftar email dan berpeluang untuk menang cabutan bertuah setiap minggu/bulan

Subscribe to our mailing list and get interesting stuff and updates to your email inbox.

Thank you for subscribing.

Something went wrong.

The form collects name and email so that we can add you to our newsletter list for project updates. Checkout our privacy policy for the full story on how we protect and manage your submitted data!

Share this:

  • Tweet
  • Print
  • Share on Tumblr
  • Telegram
  • WhatsApp

Like this:

Like Loading...

Related

Share this on WhatsApp

Sukan keputusan terkini malaysia vs vietnam piala suzuki 2018, live online malaysia vs vietnam final piala suzuki 2018, Live streaming final malaysia vs Vietnam piala suzuki 11.12.2018, malaysia vs vietnam, siaran langsung malaysia vs vietnam 11 disember 2018, siaran langsung piala aff suzuki malaysia vs vietnam 11.12.2018

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Primary Sidebar

Search di zikrihusaini.com

Follow me on twitter. Official Twitter

banner

 



Ada promosi terbaru di shopee

Promosi di Lazada 


 

PESANAN PENAJA

THE BERKAT

Kerja Kosong

Recent Posts

  • Keputusan terkini Manchester city vs Manchester united 8.3.2021
  • Live Score Badminton Swiss Open (final) 7.3.2021
  • Live streaming Perak fc vs Petaling jaya fc liga super 7.3.2021
  • Keputusan terkini dan carta liga super 6.3.2021
  • Live streaming penang fc vs kuala lumpur city liga super 6.3.2021

Sponsored Links :

Iklan teks: sebulan 5 ringgit jer

Tekan sini untuk info iklan

 

Jom Shopping ke JD SPORT


 


Kategori/Sitemap

Archives

RSS “The Berkat”

  • Cara Buat Resume Online (Untuk Cari Kerja Kosong)
  • Contoh Resume Terbaik (Format Ringkas & Simple 2020)

Copyright © 2021 · Monochrome Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in

  • Tentang Penulis
  • Pengiklanan
  • Pertanyaan
  • Peta Blog
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
  • Affiliate Area
  • DMCA
  • Newsletter
  • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka

Before you go

You may also be interested in these posts:

AFF Sukan

Live streaming malaysia u18 vs Vietnam u18 aff 7.8.2019

Share this on WhatsAppKERJA KOSONG Perlawanan pertama hari ini untuk pasukan baw…

Sukan

Keputusan malaysia vs vietnam Separuh akhir 1, piala suzuki 2010!

Share this on WhatsAppKERJA KOSONG Keputusannya:- Malaysia VS Vietnam (2-0) Tahn…

Sukan

Siapa menang, malaysia vs vietnam Piala Suzuki AFF 2010?

Share this on WhatsAppKERJA KOSONG AFF Suzuki Cup 2010: Malaysia vs Vietnam (sum…

%d bloggers like this: