• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

Zikri Husaini

Kemesraan yang berkekalan

  • Tentang Penulis
  • Pengiklanan
  • Pertanyaan
  • Peta Blog
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
  • Affiliate Area
  • DMCA
  • Newsletter
  • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
  • Tolong buat Artikel ini (request article)
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Sukan / Lee Chong wei mara mudah separuh akhir kejohanan dunia guangzhao 2013!!

Lee Chong wei mara mudah separuh akhir kejohanan dunia guangzhao 2013!!

Zik · Aug 10, 2013 · 1 Comment

Share this on WhatsApp

lee chong wei mara ke separuh akhir kejohanan dunia badminton 2013, lee chong wei kalahkan Tommy Sugiarto 21-6 21-9,

Yah, satu-satunya wakil tunggal negara yang melangkah keperingkat seterusnya yang semkin hampir ke puncak. Datuk Lee Chong Wei melangkah garang ke separuh akhir Kejohanan Badminton Dunia 2013 apabila menang mudah ke atas pemain Indonesia, Tommy Sugiarto di suku akhir di Gimnasium Tianhe di sini hari ini.

Jaguh badminton negara itu yang juga pilihan pertama kejohanan, hanya memerlukan kira-kira 35 minit untuk mengenepikan cabaran pemain Indonesia itu dengan straight set jer iaitu 21-6, 21-9. Lawan Chong Wei pada separuh akhir esok ialah pemain pilihan ketiga, Du Pengyu dari China, yang sebelum itu menewaskan Parupalli Kashyap dari India.

Satu lagi perlawanan separuh akhir adalah antara juara empat kali yang juga juara bertahan, Lin Dan dari China bertemu pemain Vietnam, Nguyen Tien Minh.

Lin Dan sebelum itu menumpaskan rakan sepasukan yang juga pilihan kedua, Chen Long manakala Nguyen, pilihan ketujuh, menewaskan pemain pilihan
kesembilan, Jan O Jorgensen dari Denmark.

Pada pertemuan suku akhir, Chong Wei ternyata terlalu unggul buat Tommy untuk melebarkan kemenangannya kepada tujuh kali tanpa tewas terhadap pemain Indonesia tersebut.

Chong Wei berkata beliau tidak menjangkakan pertemuan dengan Tommy mudah dan berharap momentum itu dapat diteruskan apabila menentang Pengyu, yang sudah pasti mendapat sokongan padu daripada peminat tuan rumah.

Selepas pusingan ketiga (bertemu Wang Zhengming dari China), saya kembali menemui rentak dan Tommy tidak dapat mengikut corak permainan saya. Saya lebih berkeyakinan (untuk merebut kejuaraan),” katanya.

Berdasarkan rekod pertemuan sebelum ini, Chong Wei menang tujuh kali dan tewas sekali kepada Pengyu, iaitu pada Kejohanan BWF (Persekutuan Badminton Dunia) Super Series di Taiwan pada Disember lalu, apabila beliau menarik diri akibat kecederaan di pusingan awal.

“Saya akan membuat persediaan yang lebih baik dari segi fizikal dan mental bertemu Pengyu kerana sudah tentu perlawanan esok lebih sengit,” katanya.

Ditanya mengenai prestasi musuh tradisinya, Lin Dan, Chong Wei berkata pada masa ini, beliau tidak mahu terlalu memikirkan musuh tradisinya itu.

“Saya ada lihat perlawanan antara Lin Dan dan Chen Long. Satu perlawanan yang hebat. Buat masa sekarang saya akan tumpu perlawanan demi perlawanan kemudian (kalau layak) di akhir, saya akan lihat bagaimana (perancangan saya). “Seperti yang saya telah katakan sebelum ini, kejohanan ini amat penting dan saya akan lakukan yang terbaik,” katanya. Perlawanan separuh akhir akan bermula jam 12 tengah hari esok.

Chong Wei merupakan wakil tunggal negara yang masih membawa cabaran Malaysia pada kejohanan itu selepas beregu utama negara, Koo Kien Keat/Tan Boon Heong tewas kepada beregu Korea Selatan, Kim Ki Jung/Kim Sa Rang dengan 15-21, 16-21 pada peringkat suku akhir.

Pada Kejohanan Dunia 2011 di Arena Wembley, London, Chong Wei tewas kepada Lin Dan pada perlawanan akhir.

Semoga berjaya datuk lee chong wei hooo!!!

Sumber bernama.

Daftar email dan berpeluang untuk menang cabutan bertuah setiap minggu/bulan

Subscribe to our mailing list and get interesting stuff and updates to your email inbox.

Thank you for subscribing.

Something went wrong.

The form collects name and email so that we can add you to our newsletter list for project updates. Checkout our privacy policy for the full story on how we protect and manage your submitted data!

Share this:

  • Tweet
  • Print
  • Share on Tumblr
  • Telegram
  • WhatsApp

Like this:

Like Loading...

Related

Share this on WhatsApp

Sukan lee chong mara separuh akhir guangzhao 2013, lee chong wei kalahkan Tommy Sugiarto 21-6 21-9, lee chong wei mara ke separuh akhir kejohanan dunia badminton 2013

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Comments

  1. wazy says

    August 10, 2013 at 12:11 pm

    Semoga datuk LCW kekalkan prestasi sehingga peringkat akhir nanti

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Primary Sidebar

Search di zikrihusaini.com

Follow me on twitter. Official Twitter

banner

 



Ada promosi terbaru di shopee

Promosi di Lazada 


 

PESANAN PENAJA

Recent Posts

  • Jadual berbuka puasa dan imsak seluruh negeri Sabah 2021, 1442H
  • Live streaming Penang fc vs Sabah fc liga super 11.4.2021
  • Live streaming Uitm vs Melaka united 10.4.2021
  • Live streaming Kuala Lumpur vs Sri Pahang fc 10.4.2021
  • Live streaming Selangor vs Perak liga super 10.4.2021

Sponsored Links :

Iklan teks: sebulan 5 ringgit jer

Tekan sini untuk info iklan

 

Jom Shopping ke JD SPORT


 


Kategori/Sitemap

Archives

Copyright © 2021 · Monochrome Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in

  • Tentang Penulis
  • Pengiklanan
  • Pertanyaan
  • Peta Blog
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
  • Affiliate Area
  • DMCA
  • Newsletter
  • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
  • Tolong buat Artikel ini (request article)

Before you go

You may also be interested in these posts:

Sukan

Live streaming jdt vs uitm piala fa 17.3.2018

Share this on WhatsApp Perlawanan hari ini kita ada 5 perlawanan, jadinya semala…

Sukan

Live streaming jdt vs Ratchaburi Mitrphol FC 17.1.2019

Share this on WhatsApp Perlawanan pra musim untuk tahun 2019. Jdt menjelajah di …

Sukan

Pahang ikat pdrm 1-1, suku akhir 1, 11 feb piala fa 2014

Share this on WhatsApp Perlawanan yang aku sempat tonton malam tadi. Nak tengok …

%d bloggers like this: