Hari ini sangat sedih, dengan insiden yang berlaku di Johor. Satu insiden kemalangan kebakaran telah berlaku di Hospital Sultanah Aminah (HSA).
Seramai 166 anggota bomba dan 10 jentera dikejarkan ke HSA sebaik sahaja panggilan diterima pada 8.56 pagi Selasa.
Kronologi Kebakaran Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru|Johor Bahru: Polis mengesahkan mengesahkan enam mangsa terkorban dalam kebakaran di wad unit rawatan rapi (ICU) selatan Hospital Sultanah Aminah (HSA).
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan (JBS), Asisten Superintendan Sulaiman Salleh berkata, seorang lagi mangsa melecur 80 peratus pada tubuh dan sedang di rawat di hospital berkenaan.
Katanya, ketika kejadian terdapat tujuh pesakit sedang mendapatkan rawatan di wad terbabit dan mereka dibantu lapan kakitangan hospital.
“Bagaimanapun kejadian itu mengakibatkan enam pesakit termasuk empat perempuan dan dua lelaki ditemui mati akibat terperangkap di dalam wad itu.
Berikut kronologi kebakaran di Hospital HSA. (copy past astro awani)
1.Pada 25/10/2016 jam lebih kurang 9.00 pagi DCC Selatan telah terima panggilan dari MERS mengatakan ada kebakaran di Hospital HSA. (A1) jadikan maklumat ini sebagai maklumat pertama.
2.10.20 Bomban dan penyelamat masih memadamkan kebakaran,Pihak POLIS, BOMBA dan APM telah berada di tempat kejadian dalam usaha mengawal dan menyelamat kesemua orang awam, staf dan pesakit yang berada di Hospital.
3.Antara jumlah dan tempat yang terlibat dalam kejadian ini adalah :
Wad ICU : Pesakit 22 org (selamat) Staf 41 org (selamat)
Timur 2 : Pesakit 23 org (selamat) Staf 10 org (selamat)
Barat 2 : Pesakit 44 org (selamat) Staf 17 org (selamat)
Timur 3 : Pesakit 70 org (selamat) Staf 16 org (selamat)
Barat 3 : Pesakit 45 org (selamat) Staf 11 org (selamat)
Barat 4 : Pesakit 64 org (selamat) Staf 14 org (selamat)
Dewan Bedah : Pesakit 7 org (selamat) Staf 71 org (selamat)
Timur 4 : Pesakit 12 org (selamat) Staf 4 org (selamat)
OW 1st Class Wad : 9 org (selamat) Staf 7 org (selamat)
Timur 5 : Pesakit 23 org (selamat) Staf 11 org (selamat)
4.11.30 penolong pengarah bagian kebombaan dan operasi Mohd Rizal Buang sahkan api sudah dipadamkan.dan 6 mayat mangsa kebakaran berjaya dibawa turun.
5.Kesemua mayat telah dihantar ke Jabatan Forensik HSA menaiki lori Hospital pada jam 11.36 pagi setelah mengenal pasti identiti mangsa dan gambar telah diambil oleh pihak D6 dan Forensik.
6.Dalam kejadian ini tiada sebarang unsur khianat dan unsur sabotaj, dipercayai punca kejadian akibat litar pintas
7.12.05-12.27 bangunan blok utama sudah dikosongkan dan pesakit dipindahkan ke hospital sultan ismail.
8.1.02 petang .Raja Permaisuri johor Raja Zarith Sofia Melawat mangsa
9.1.51-1.58 petang.Sultan johor,Sultan Ibrahim Sultan Iskandar melawat mangsa,sementara Pada jam 1.58 petang JKM agih 500 bungkus makanan dan minuman kepada pesakit dan kaki tangan.
10 Identiti ke enam mangsa.
Senarai nama empat wanita dan dua lelaki yang terkorban itu disahkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Ayub Rahmat.
1. K. Logeswaran, 20.
2. Choo Lin Fung, 37.
3. Tow Ah Wah, 60.
4. Yusuf Hasan, 53.
5. M. Kaliama, 23.
6. C. Neeramala Devi, 24.
Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini menitahkan Wad Diraja Hospital Sultanah Aminah (HSA) dibuka sementara bagi menempatkan pesakit Unit Rawatan Rapi (ICU).
Perkara itu disahkan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, selepas sesi taklimat bersama Sultan Ibrahim yang berkenan melawat lokasi kejadian di sini hari ini.
“Tuanku benarkan buat sementara untuk mengunakan Royal Ward (Wad DiRaja) yang lama sebagai tempat utk pesakit ICU digunakan. Tuanku juga mengambil berat dan minta laporan penuh dan mahu supaya usaha membaik pulih kawasan tersebut dilakukan dengan segera,” kata Mohamed Khaled.
Wad bersalin Hospital Sultanah Aminah terbakar, bagi sesiapa yang mempunyai saudara mara di sana saya dan keluarga ucapkan takziah..
Tak perlu nk salahkan negeri mana kalau ditimpa musibah itu wajib kita bersatu sebagai umat Islam bukan pertikaikan itu ini,nak kira riak sombong semua negri sama je, cuma yang sedih bila ada musibah sebegini isu puak sana sini terus jdi isu,Islam ajar macam tu ker?
#PrayForHSA https://t.co/oY0Zdw4sLO
— The Doc (@dr_dykes) October 25, 2016
Sementara itu, Mohamed Khaled turut merakamkan rasa dukacita dan takziah buat keluarga terlibat dan kerajaan dan memberi jaminan pertolongan dari kerajaan negeri keluarga waris yang terkorban.
Punca kebakaran masih disiasat.












Al-Fatihah. Harap mangsa yang terlibat tabah dengan dugaan yang dihadapi.
Al-Fatihah. Harap pihak kerajaan boleh beri bantuan kepada keluarga mangsa yang terkorban.
Takziah kat ahli keluarga mangsa dan Tahniah kepada pihak staff hospital yang bertungkus lumus menyelamatkan pesakit-pesakit.