Hari ini sangat sedih, dengan insiden yang berlaku di Johor. Satu insiden kemalangan kebakaran telah berlaku di Hospital Sultanah Aminah (HSA).
Seramai 166 anggota bomba dan 10 jentera dikejarkan ke HSA sebaik sahaja panggilan diterima pada 8.56 pagi Selasa.
Kronologi Kebakaran Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru|Johor Bahru: Polis mengesahkan mengesahkan enam mangsa terkorban dalam kebakaran di wad unit rawatan rapi (ICU) selatan Hospital Sultanah Aminah (HSA).
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan (JBS), Asisten Superintendan Sulaiman Salleh berkata, seorang lagi mangsa melecur 80 peratus pada tubuh dan sedang di rawat di hospital berkenaan.
Katanya, ketika kejadian terdapat tujuh pesakit sedang mendapatkan rawatan di wad terbabit dan mereka dibantu lapan kakitangan hospital.
“Bagaimanapun kejadian itu mengakibatkan enam pesakit termasuk empat perempuan dan dua lelaki ditemui mati akibat terperangkap di dalam wad itu.
Berikut kronologi kebakaran di Hospital HSA. (copy past astro awani)