Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Arts & Entertainment / Komen Azmeer Kenapa lagu ada yang layak dan tidak layak ke ajl, bikin nitizen bengang

Komen Azmeer Kenapa lagu ada yang layak dan tidak layak ke ajl, bikin nitizen bengang

Zik · Dec 17, 2020 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp

azmeer

Selesai sudah separuh akhir Muzik-Muzik 35, dan seperti biasa, ada sahaja yang tidak puas hati dengan keputusannya.

Azmeer selaku ketua juri di temu bual bagi mendapatkan sedikit penjelasan yang mungkin kita boleh terima , namun kadang-kadang alasan yang dikemukan tidak logik, tahun lepas cakapnya lain, tahun ini lain pulak. Yer entahla.

Berikut adalah lagu yang layak ke AJL35 tahun hadapan 12 februari 2021.

  1. HATI • HAEL HUSAINI
  2. 7 NASIHAT • SHIHA ZIKIR, KMY KMO & LUCA SICTA
  3. BELENGGU RINDU
  4. WANY HASRITA & DATO’ JAMAL ABDILLAH
  5. AKU BIDADARI SYURGAMU ,AISHAH
  6. HUTANG • FLOOR 88
  7. KAU SAKITI • AMIR MASDI
  8. GUNDAH • ERNIE ZAKRI GILA
  9. KAKA AZRAFF, NOKI & LOCA B
  10. JANGAN KHIANATI AKU • AZLAN & THE TYPEWRITER
  11. EH • ZIZI KIRANA SEMALAM , AINA ABDUL
  12. PELUANG KEDUA • HAEL HUSAINI

BEBERAPA kesalahan kecil menjadi punca beberapa lagu yang dijangka melangkah ke Anugerah Juara Lagu 35 (AJL35) tidak layak bertanding di pentas akhir,

Ketua juri separuh akhir Muzik Muzik 35 (SFMM35), Azmeer berkata, walaupun semua lagu yang bertanding di SFMM35 dianggap karya terbaik, namun ada kekurangan ketika pemarkahan dibuat.

“Semua lagu (di SFMM35) adalah juara. Bukannya tak bagus, cuma dari sudut pemarkahan ada kurang sedikit. Contohnya lagu Sembah nyanyian Naim Daniel, juri merasakan bunyi gitar terlalu mengganggu vokal. Saya faham, dalam persembahan ada konsep yang diketengahkan, namun keindahan lagu juga penting,”

Azmeer berkata, ada juga lagu yang dikategorikan sebagai lagu popular, tetapi tidak memenuhi kriteria untuk layak ke AJL seperti Sakit nyanyian Yonnyboii dan Zynakal.

“Saya suka lagu itu, tetapi ia lebih kepada lagu popular dan bukan lagu pertandingan,” katanya.

Azmeer juga meminta peminat untuk faham proses pemarkahan dari sudut teknikal.

“Semua orang buat salah sebab kita manusia. Ada salah sikit-sikit saya tak ‘pancung’ (potong markah) sebab tidak bererti lagu itu tak bagus. Kalau saya ada kuasa, saya nak 17 lagu bertanding di AJL35, tapi kita kena faham hanya 12 lagu dipertandingkan.

“Saya harap peminat boleh faham dari sudut teknikal. Contohnya, walaupun Aishah ada sedikit kekurangan ketika menyanyikan lagu Aku Bidadari Syurgamu, tapi melodinya bagus. Ini pertandingan untuk lagu, bukan pertandingan nyanyian. Jangan hukum komposer kalau ada kesilapan daripada penyanyi,” katanya.

Malam semalam, 12 lagu diumumkan layak ke AJL35 iaitu Belenggu Rindu nyanyian Wany Hasrita dan Datuk Jamal Abdillah, 7 Nasihat (Shiha Zikir, Kmy Kmo dan Luca Sickta), Hati (Hael Husaini), Semalam (Aina Abdul), Peluang Kedua (Hael Husaini), Hutang (Floor 88), Kau Sakiti (Amir Masdi), Gundah (Ernie Zakri), Aku Bidadari Syurgamu (Aishah), Gila (Kaka Azraff, Noki dan Tuju), Jangan Khianati Aku (Azlan & The Typewriter) dan Eh (Zizi Kirana).

AJL35 akan berlangsung di Axiata Arena Bukit Jalil pada 7 Februari tahun depan.

Share this on WhatsApp

Arts & Entertainment bikin nitizen bengang, Komen Azmeer Kenapa lagu ada yang layak dan tidak layak ke ajl, komen azmeer ketua juri kenapa lagu sembah tak ke final

CNY PROMO LAZADA 2024

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.