• Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Personal / Kisah Wak Semar cari kerja part time di zoo(kelakar)

Kisah Wak Semar cari kerja part time di zoo(kelakar)

Zik · Jul 19, 2011 · 32 Comments

Share this on WhatsApp

kerja kosong vacancy, kerja part time, kerja kosong diperlukan

Kisah Wak Semar yang cari kerja part time.

Alkisahnya begini, pakcik tua namanya ialah Wak Semar (Pak cik  yang dah pencen dari kerja kerajaan (dirahsiakan kerja apa). Memandangkan anak tanggungan yang terlalu ramai , maka dia terpaksa cari kerja part time untuk tampung kos sara hidup dan anak-anaknya yang masih lagi kecil dan masih lagi belajar. 

Maka Wak Semar yang malang tersebut pulang ke rumah menemui isterinya dengan hampa. Isterinya memujuk dan memberi semangat supaya suaminya mencuba lagi tanpa merasa putus asa. Disebabkan terlalu penat suaminya terus melelapkan mata.

Esok paginya, si suami bangun awal-awal pagi, terus keluar rumah untuk mencuba nasib sekali lagi, manalah tahu, kalau kalau hari ni boleh dapat kerja fikirnya. Tetapi ceritanya serupa saja, tak ada siapa yang mahu memberinya kerja.

Walau macamana pun Wak Semar masih tak putus asa, hari seterusnya dia masih lagi pergi dari satu tempat ke satu tempat untuk bertanyakan kerja kosong. Setelah puas mencari tetapi gagal, Wak Semar mengubah taktik dan meminta kerja ditempat lain. Dia pun terus pergi ke zoo. Dan pada masa yang sama dia nampak sign board Kerja Kosong (part time diperlukan). Apa lagi, pak Semar,cepat-cepat pergi tempat itu , kalau-kalau ada kekosongan.

Wak Semar: Sini ada kerja kosong part time ke?

Penjaga Zoo: Erm.. takdalah wak. Wak datang lambat sikit jer, ramai yang dah apply kerja part time nih.

Wak Semar: Tolonglah dapatkan wak apa-apa kerja, Wak ni orang susah.

Penjaga Zoo: (Dalam hati, kesian pakcik nih). Beginilah pakcik, kalau pakcik nak sangat kerja, sini ada satu kerja, disebabkan banyak sangat binatang disini mati pasal tak cukup makan, nak tak pakcik pakai sarung monyet dan berlakon jadik monyet, tapi kena duduk dalam kandang lah.

Wak Semar: Agak-agak berapa gajinya?? Sehari rm100 ker??

Penjaga Zoo: Tak berapa mahal pakcik, sehari RM15 je. (aik demand pulak orang tua nih).

Wak Semar: Baiklah nak, daripada tak ada kerja, jadik monyet, monyet lah, janji ada duit untuk sesuap nasi. Asalkan pakcik boleh makan satu anak beranak, dah bersyukurlah sangat dah nih.

Penjaga zoo: Kalau macam tu esok pagi-pagi pakcik kena datang, dekat sini ada sarung monyet, dan pakcik masuk kandang monyet, tau!

Wak Semar: Baiklah nak.

Penjaga Zoo: Tapi ingat, pakcik kena datang sebelum pukul 7 tau, jangan sampai orang ramai datang dulu dari pakcik. Nanti kantoi lah pulak kan.

Wak Semar: Beresss, takda masalah bos. (Malam nie malam jumaat, esok kena bangun awal, hurm takpelah cancel projek malam nih).

Keesokkan harinya, pagi-pagi lagi dengan penuh semangat Wak Semar pun pergi ke Zoo tersebut. Penjaga zoo telah pun bersedia menunggunya dan memberikan pakaian monyet pada Wak Semar. Inilah hari pertama Wak Semar bekerja sebagai pelakon. Bukan main semangat dia lagi.

Dengan penuh ceria Wak Semar mengenakan pakaian monyet lalu masuk ke kandang monyet. Ceria sungguh, lompat sana , lompat sini, bergayut sana, bergayut sini. Tak lama kemudian orang ramai mula berkunjung ke zoo tersebut, lagilah bersemangat Wak Semar, lagi galak dia melompat, lagi pun bukannya orang tahu siapa dalam sarung tersebut, apa nak dimalukan fikirnya.

Berjam-jam Wak Semar melompat kesana kemari tanpa mengenal penat, maklumlah hari pertama kerja. Kadang-kadang Wak Semar tersasul jugak, sempat lagi tuh bersalam pada orang yang datang kekandangnya.

Tragedi Oktober telah berlaku!!

Namun, tiba-tiba satu tragedi yang sangat menyayat hati telah berlaku. Tragedi yang amat sedih dan telah memasukkan nama Wak Semar di muka akhbar. Berita yang amat menggemparkan.

Wak Semar terlalu galak melompat, terlajak dan termasuk ke kandang harimau. Harimau tersebut merupakan harimau malaya jantan, dan lebih malang pula harimau tersebut sudah beberapa hari tidak makan. Makanan yang selalu diberikan adalah daging lembu sebanyak lima kilo sehari. Harimau itu sangat lapar. Ia merenung tepat ke arah Wak Semar yang memakai topeng monyet itu.

Auuumm…

harimau menangis

Wak Semar bergegas bangun untuk melompat semula kekandang asalnya. Tetapi kakinya kaku seolah-olah tidak bertenaga. Dia cuba berdiri tetapi jatuh semula, mungkin terkena badi harimau agaknya. Harimau mula memandang tepat kearah Wak Semar, kaki hadapannya mengais ngais kebelakang, sambil mengaum, ia menunjukkan gigi taringnya yang tajam dan berkilat.

Sang harimau: rezeki2x.

Wak Semar menggigil dan terkencing. Mula dia terbayang, begini rupa kesudahan hidupnya, diratah harimau pada hari pertama ia bekerja. Pada saat itu, mulalah terbayang wajah2 keluarganya, bagaimana nanti fikirnya, bila isterinya mengambil jasadnya yang mungkin tidak sempurna lagi, koyak sana , koyak sini, robek sana , robek sini, mungkin keseluruhannya berlumuran darah.

Wak Semar lemah tidak bermaya. Harimau setapak demi setapak maju untuk menerkam Wak Semar. Sesekali ia menunjukkan taringnya lagi. Kepalanya mula tunduk tanda bersedia untuk menerkam, punggungnya mula terjungkit naik ke atas, ekornya mula bergoyang goyang, kaki hadapannya mula diluruskan kedepan, kaki belakang mula memasang kuda-kuda.

Wak Semar hanya mengigil dan menangis sahaja, tiada daya seorang tua untuk melawan. Ketika ini nasibnya diserah bulat-bulat kepada Tuhan. Harimau itu mula memasang kuda-kuda untuk menerkam, tiba-tiba, sesuatu yang ajaib telah berlaku, harimau itu boleh bersuara, boleh bercakap, katanya “Janganlah takut Pakcik, saya pun macam pakcik jugak, pakai sarung harimau, cari makan pakcik….”

Bulat mata Wak Semar bila mendengar kata-kata harimau itu.. “Lahh.. orang jugak ke…

Sumber cerita dan dimodify dari baikpunyer.com

Share this on WhatsApp

Personal cerita kelakar, himpunan kisah kelakar, kisah kelakar, kisah monyet dan harimau, kisah pakcik dan harimau, Kisah Wak Semar cari kerja part time di zoo(kelakar), Lawak Punyer Pakcik Kena Makan Dengan Harimau

CNY PROMO LAZADA 2024

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Comments

  1. Ali ridha says

    July 19, 2011 at 7:59 am

    bila dah pencen pun kena cari kerja juga.
    itu sebab ayah aku nanti nak kerja juga.
    mana cukup nak tampung keluarga.

    Reply
    • Zik says

      July 21, 2011 at 2:22 am

      memang tak cukup…

      Reply
  2. muhammad fakhruddin says

    July 19, 2011 at 8:06 am

    Carilah rezeki yang halal πŸ˜‰

    Reply
    • Zik says

      July 24, 2011 at 1:13 pm

      yer betul tuh…

      Reply
  3. wandisini says

    July 19, 2011 at 10:14 am

    bacaan santai di pagi hari. best bro..

    Reply
    • Zik says

      July 24, 2011 at 1:28 pm

      oklah sikit2…

      Reply
  4. MDHAFiZ.NET says

    July 19, 2011 at 12:29 pm

    ahah… boleh juga buat contoh karangan bahasa melayu spm nanti untuk adik2 yg ambil spm tahun nih.. πŸ™‚

    Reply
    • Zik says

      July 24, 2011 at 1:13 pm

      ada banyak typo tuh… huhu

      Reply
  5. Razlan says

    July 19, 2011 at 12:40 pm

    Terharu juga bile mula-mula hayati jalan cerita,tibe2 mai tang harimau tu.kui2

    Reply
    • Zik says

      July 24, 2011 at 1:29 pm

      ending dia tak boleh blah..

      Reply
  6. adamfaiz says

    July 19, 2011 at 4:58 pm

    Wargh 3x…. kelakar gak

    Reply
    • Zik says

      July 24, 2011 at 1:35 pm

      ending dia buat orang rasa nak pukul jer… haha

      Reply
  7. titan says

    July 19, 2011 at 11:09 pm

    cis..cisssss.. tertipu aku akhirnya. haha..

    Reply
    • Zik says

      July 24, 2011 at 1:38 pm

      haha… im sorry (amir)

      Reply
  8. zulkbo says

    July 20, 2011 at 1:13 am

    salam..
    kah..kah..kah
    pelangkung je
    keduanya..
    hampehhh..
    πŸ˜€

    Reply
    • Zik says

      July 24, 2011 at 1:38 pm

      kesian pak cik tua tuh…hehe

      Reply
  9. tehr says

    July 20, 2011 at 3:13 am

    hahaha
    malas dah aku nak gi zoo lepas ni
    haha

    Reply
    • Zik says

      July 24, 2011 at 1:48 pm

      dah tahu taktik… huhu

      Reply
  10. mancai says

    July 20, 2011 at 3:41 am

    kah kah kah… apa aku nak kata pun tak tau dah… (sambung ketawa)

    Reply
    • Zik says

      July 24, 2011 at 1:52 pm

      ramai juga yang kerja part time kat situ..huhu

      Reply
  11. wrizuan[dot]net says

    July 20, 2011 at 9:10 am

    rugi sapa yg tak baca habis perghhhh……..:)

    Reply
    • Zik says

      July 24, 2011 at 1:53 pm

      hehe… betul2..

      Reply
  12. akubiomed says

    July 20, 2011 at 12:31 pm

    Selama ini ramai yang menjadi maskot di Zoo yer Zik πŸ™‚

    Reply
    • Zik says

      July 24, 2011 at 1:53 pm

      biasalah nak cari duit tepi…

      Reply
  13. Fahmi Raazali says

    July 20, 2011 at 1:04 pm

    haha… lawak2… aku ingat dia nak bawak satu family kerja kat zoo tu… ye la makan percuma…

    Reply
    • Zik says

      July 24, 2011 at 1:54 pm

      semua kena kerjalah , kalau bawak satu family..

      Reply
  14. Norizwan says

    July 20, 2011 at 10:35 pm

    hehe…sabor la wak…janji rezeki halal….hahaha

    Reply
    • Zik says

      July 24, 2011 at 1:55 pm

      kesian wak tuh πŸ™‚

      Reply
  15. rusliesophian says

    July 21, 2011 at 3:07 am

    Kahkahkah…..nasib baik harimau tu pandai bercakap, tapi kalau Harimau Malaya lagi terror….boleh main bola.

    Reply
    • Zik says

      July 24, 2011 at 2:05 pm

      hehe harimau malaya bukan pemain bola nih… huhu

      Reply
  16. bEe says

    July 25, 2011 at 11:08 am

    Harimau Malaya boleh tendang bola, sepak kaki & bercakap…

    πŸ˜† Nasib harimau bukan harimau jadian. Mau lagi ternganga pulak!!!! hehehe

    Reply
  17. Mazir says

    August 6, 2011 at 8:19 am

    Ini kali pertama saya baca cerita ne secara kuat..Saya pernah terbaca cerita yang diungkit oleh Datuk, cuma saya tak pasti laman mana..

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.

Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss